Rabu, 13 Januari 2016

SELOKA – BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU (Za’ba)

SELOKA – BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU (Za’ba)

A MAKSUD

RANGKAP 1
Baginda sultan menitahkan empat orang pembesar untuk membina istana sebagai mercu tanda kotanya. Oleh hal yang demikian, Pawang Raja telah mengerah rakyat untuk bekerja keras. Sebanyak empat puluh empat orang jurubina dan pandai tukang dan projek pembinaan itu dijalankan siang dan malam tanpa henti.

RANGKAP 2
Pembinaan istana baginda itu menelan masa tujuh bulan sehingga siapkan sempurna dengan perabot dan segala peralatan di dalamnya. Istana yang disiapkan itu tersergam indah dengan sembilan ruang utama yang memiliki sepuluh batang tiang penyokong. Di dalam istana itu, ada kain yang disusun dan diikat serong dengan puncanya tergantung dan memiliki kawasan anjung yang tinggi.

RANGKAP 3
Di dalam istana itu, ada tiga sudut untuk kegunaan lapan orang menteri yang utama yang dihias dengan tiga batang tiang yang dinamakan maharaja lela. Di tengah-tengah istana itu, ada sebatang tiang besar yang kukuh yang bertanggam dengan ukiran corak ular yang garang. Kayu yang melintang pada atap istana pula bercorak seorang puteri yang menyembah dan sebatang kayu yang melengkung pada atap istana juga bercorak ukiran helang di sekelilingnya.

RANGKAP 4
Bahagian tingkap istana raja dibina dengan seni yang istimewa, yakni berukir corak bunga dan ular sawa yang berbaring dengan lemah longlai. Di samping itu, jendela istana pula diperbuat daripada batu yang kukuh dan bertiang. Seni bina ini dipercantik dengan ukiran Jawa dan Cina. Selepas itu, garam ditaburkan di sekeliling istana yang baharu untuk membuang segala kekotoran dan anasir jahat yang cuba dibawa oleh pendatang asing atau nakhoda. Pada pintu istana yang besar itu, ukiran bunga kenanga amat jelas kelihatan bersama corak ular. Demikianlah keunikan istana raja yang siap dibina.

RANGKAP 5
Setelah istana siap dibina, tukang bina istana pun meninggal dunia. Kesetiaan jurubina istana ini menyempurnakan pembinaan istana ini amat terserlah apabila tiada sesiapa yang dapat meniru teknik dan gaya pembinaan istana tersebut. Apabila istana siap dibina, pembesar yang bertanggungjawab dalam pembinaan itu mempersembahkan istana tersebut kepada baginda raja dan permaisuri.

B TEMA DAN PERSOALAN

Tema seloka ini ialah keunikan seni bina istana yang dibina oleh jurubina yang setia. Hal ini dapat dibuktikan apabila tukang bina istana meninggal dunia selepas istana siap dibina dan memastikan tiada sesiapa yang mampu meniru pembinaan itu.
Persoalan
(a) Kepentingan istana kepada raja.
(b) Keunikan seni bina istana.
(c) Kesetiaan pembesar kepada raja.
(d) Kesempurnaan seni bina istana lama.

C GAYA BAHASA
(a) Repitasi
Buktinya, empat puluh empat tukang dan utas
(b) Imej alam atau imejan
Buktinya, Berbunga sawa mengelempai,
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenangan dimakan ular
(c) Anafora
Buktinya, Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega
(d) Responsi
Buktinya, Istana siap dengan alatnya,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

D NILAI MURNI
(a) Kesetiaan
(b) Bertanggungjawab
(c) Amanah
(d) Kegigihan
(e) Ketaatan

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah setia kepada raja dan menjalankan titah perintah raja dengan sempurna.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab dalam semua tugasan yang kita jalankan.
(c) Kita mestilah memegang amanah yang diberikan kepada kita oleh raja.
(d) Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu tugasan sehingga selesai.
(e) Kita mestilah taat setia kepada raja dan mengikut titah perintah baginda.

45 ulasan:

  1. terima kasih atas makmlumat ini..

    BalasPadam
  2. terima kasih atas makmlumat ini..

    BalasPadam
  3. useful , thanks

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. sangat berguna! terima kasih ! moga moga dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  7. Sangat berguna bagi saya.halal kan ap yg sy ambik point dari cikgu.doa kan sy cemerlang dalam spm 2016.amin

    BalasPadam
  8. terima kasih cikgu doakan saya berjaya dalam peperiksaan SPM dan halalkan ilmu yang cikgu berikan pada saya....

    BalasPadam
  9. terima kasih cikgu doakan saya berjaya dalam peperiksaan SPM dan halalkan ilmu yang cikgu berikan pada saya....

    BalasPadam
  10. Izinkan saya mengambil bahan daripada blog tuan..... Terima kasih

    BalasPadam
  11. Thanks a lot.moga dipermudahkan urusan

    BalasPadam
  12. assalamualaikum.saya ada kemusykilan.pada rangkap akhir seloka kerana ada yang menafsirkan tukang dibunuh setelah siap istana. sebab itu ada yg menyatakan tema bagi seloka ini ialah kekejaman pemerintah zaman dahulu yang sanggup membunuh demi kepentingan diri sendiri...dan sebagainya. apa pendapat tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana menunjukkan rangkap ini.semoga tuhan permurahkan rezeki kpd cikgu...

      Padam
  13. minta izin ambil nota ni...terima kasih

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum, cikgu Rahim KVSI. Saya pinjam nota ni ya, cikgu. Terima kasih.

    BalasPadam
  15. sangat berguna untk saya yg sdg dlm exam percubaan SPM 1... terima kasih.. semoga sentiasadirahmati Allah.

    BalasPadam
  16. Nk tanya apa fungsi istana zaman dahulu

    BalasPadam
  17. Nk tanya apa fungsi istana zaman dahulu

    BalasPadam
  18. Nk tanya apa fungsi istana zaman dahulu

    BalasPadam
  19. Nk tanya apa fungsi istana zaman dahulu

    BalasPadam
  20. Balasan
    1. cuba cari maklumat kat laman lain. kot2 adaaaa jumpa

      Padam
  21. Simple dan padat. Sangat membantu. Tq

    BalasPadam
  22. Izinkan saya mengambil bahan nota daripada blog cikgu..nota cikgu sangat berguna

    BalasPadam
  23. kesetiaan dgn ketaatan sama la oi

    BalasPadam
  24. Emm... bole laaa. bole berjumpa dgn pacik ka nnti... emmm... pacik nsemm lol.. ohk laa bai smpai disini jerr nak solat emm....

    BalasPadam
  25. errm daddy how r u im here missing you all the time.i dont know why.. but this feeling r kiliing me..

    #callmewhenyouarefree
    #imabdk2weechtmamang-_-

    BalasPadam
  26. errm daddy how r u im here missing you all the time.i dont know why.. but this feeling r kiliing me..

    #callmewhenyouarefree
    #imabdk2weechtmamang-_-

    BalasPadam
  27. Emm... bole laaa. bole berjumpa dgn pacik ka nnti... emmm... pacik nsemm lol.. ohk laa bai smpai disini jerr nak solat emm....

    BalasPadam
  28. tq.. doa kn sy berjaya spm2019 ni cg . nota ni terbaik 😇

    BalasPadam
  29. bagaimana tukang bina meninggal dunia

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena bunuh sbb raja taknak orng lain tiru reka bentuk istana yg tukang tukang tu telah buat

      Padam
  30. terima kasih ats nota ni😉👌

    BalasPadam