SINOPSIS ( Sumbangan Sy. Siti Hajar )
Cerpen ini
mengisahkan seorang pelajar bernama Aiman Aqil yang sangat meminati bidang
penerokaan sains angkasa lepas. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman yang
berehat di rumah banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit yang sudah tergondola
akibat kerja-kerja penerokaan dan pembangunan tanah. Kemudian, cerita ini
berkisarkan tentang peristiwa masa lalu yang ditempuhi oleh Aiman sepanjang
perjalanan hidupnya. Aiman teringat kembali peristiwa Cikgu Faridah mengajarnya
dan murid-murid sekelasnya yang lain berkaitan dengan Teori Graviiti yang
dicetuskan oleh Isaac Newton dalam sesi pengajaran subjek Sains tersebut, berlaku
perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah sehingga suasana di dalam
kelas itu menjadi riuh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai professor
disebabkan kepintarannya dan dia mempunyai daya berfikir yang tinggi serta
matang berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.
Aiman juga teringat akan kisah
dirinya sebagai anak sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu
Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. Ketika di rumah, Aiman selalu menyindir
adik-adiknya yang kurang bijak menyelesaikan masalah matematik. Ketika menuntut
di sekolah rendah, Aiman teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah
akibat berasa bosan dan jelek dengan silibus sekolah rendah yang dikatakan
tidak setanding dengan daya pemikirannya yang cerdik dan pintar pada waktu itu.
Disebabkan Aiman dikurniakan daya berfikir yang tinggi, dia gemar menyakat
kawan-kawannya yang agak lambat menyelesaikan latihan terutamanya bagi mata
pelajaran Matematik. Perbuatannya yang suka menyakat kawan-kawannya dan merayau
di dalam kelas itu menyebabkan Aiman selalu ditegur oleh guru kelas. Guru kelas
Aiman melaporkan perkara itu kepada ibu bapa Aiman. Ibu dan bapa Aiman berasa
marah apabila mengetahui hal tersebut. Bapa Aiman telah merotan Aiman pada
bahagian pinggul sehinggga lebam.
Aiman telah ponteng kelas disebabkan
lebam pada pinggulnya yang belum hilang. Kesempatan itu digunakan oleh Aiman
untuk berhalusinasi tentang dunia penerokaan Sains angkasa lepas. Dalam
imaginasinya itu, usianya pada waktu itu telah ditambah sepuluh tahun. Sebatang
pohon nyiur dara di penjuru banglonya diandaikan sebagai tempat berlepas ke
angkasa lepas dengan menggunakan sebuah kapal angkasa Soyuz. Sikap peliknya
terhadap dunia penerokaan Sains angkasa lepas dengan menjadikan pohon kelapa
dara sebagai lokasi imaginasi telah diketahui oleh ibu dan bapanya.
Kesudahannya, pinggul Aiman dirotan lagi oleh bapanya. Ibunya memprotes
tindakan bapanya itu di dalam hati saja.
Aiman semakin galak membayangkan
dirinya sebagai seorang angkasa yang telah diberi peluang mengikuti latihan
intensif di bawah program Aeroangkasa bersama-sama dengan pihak Rusia. Aiman
membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang mendarat di bulan dengan
menaiki kapal angkasa Soyuz dari Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman berpendapat
bahawa dia perlu membuat kajian saintifik di Stesen Angkasa Antarabangsa itu
terlebih dahulu sebelum meneroka bulan. Seterusnya, daya imaginasi Aiman
semakin meluas apabila dia membayangkan dirinya berada di ruang udara angkasa
bulan tanpa udara. dengan berpakaian lengkap sebagai seorang angkasawan, dia
melihat ciri-ciri fizikal dan keadaan bulan yang sebenar.
Setelah Aiman meningkat remaja, daya
imaginasinya terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas itu masih kuat.
Keadaan itu menyebabkan bapanya yang tegas dan kasar itu seringkali menampar
Aiman yang masih kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap.
Bagi mengatasi masalah Aiman yang gagap dalam pertuturan, ibu dan bapa Aiman
telah membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan latihan terapi. Aiman
terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata, iaitu
kepada Ilahi. Aiman berasa bahawa ibu dan bapanya tidak perlu lagi membawanya
untuk mengikuti latihan intensif dan latihan terapi itu. Akhirnya, Aiman sedar
akan kesilapan yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan
mengharapnya ke hadrat Ilahi.
PERWATAKAN
AIMAN AQIL
1. Aiman
Aqil berumur hampir 20 tahun.
2. Dia
berwajah agak cengkung dan memiliki jari-jemari tangan yang kurus dan runcing.
3. Dia merupakan anak sulung dan mempunyai dua
orang adik perempuan, iaiut Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah .
4. Aiman seorang yang bercakap gagap, iaitu
mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum keluar kata-kata.
5. Aiman mementingkan pengambilan makanan
seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat.
6. Dia seorang murid yang pintar dalam
pelajaran terutamanya dalam subjek Matematik dan Sains.
BAPA AIMAN
1. Bapa Aiman mempunyai tiga orang anak, iaitu
Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
2. Dia
bertugas sebagai seorang jurutera mekanikal.
3. Dia
dipanggil dengan gelaran “babah” oleh aiman dan anak-anaknya.
4. Dia seorang yang bertanggungjawab dengan
membesarkan tiga orang anaknya di sebuah rumah.
5. Dia seorang yang bengis dan garang, iaitu
dia pernah menampar Aiman dan merotan Aiman kerana kedegilan dan kenakalan
anaknya itu.
6. Dia seorang yang penyayang, iaitu dia
berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani
latihan intensif dan terapi.
IBU
AIMAN
1. Ibu
kepada tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
2. Ibu
Aiman bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi.
3. Dia
seorang yang penyayang.
Contohnya, dia berasa kasihan setiap kali melihat
Aiman dirotan oleh suaminya.
4. Dia
seorang isteri yang taat dan patuh akan suami.
Contohnya, ibu Aiman tidak melawan apabila suaminya
merotan Aiman.
5. Dia seorang yang penyabar.
Contohnya, dia
tetap bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak
terutamanya Aiman yang bersikap kontras dengan suaminya.
CIKGU FARIDAH
1. Cikgu Faridah ialah guru Sains di
sekolah Aiman.
2. Dia
seorang yang dedikasi.
Contohnya, dia
menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada Aiman dan
kawan-kawannya.
3. Dia
seorang yang cepat marah.
Contohnya,
wajahnya segera berubah apabila Aiman mempertikaikan teori gravity yang
diajarinya dengan kuasa Tuhan.
4. Cikgu Faridah seorang yang bijak melihat
potensi murid.
Contohnya, dia
menggelar Aiman sebagai professor kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya
itu.
NILAI
1. Nilai kasih sayang.
Contohnya, ibu
Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah
Atiqah.
2. Nilai kebijaksanaan.
Contohnya, Aiman
boleh menyelesaikan latihan Matematik murid tingkatan lima walhal umurnya
ketika itu baru lapan tahun.
3. Nilai belas kasihan/bersimpati.
Contohnya, ibu
Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya.
4. Nilai dedikasi.
Contohnya, Cikgu
Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti denga bersungguh-sungguh kepada Aiman
dan kawan-kawannya.
5. Nilai tanggungjawab.
Contohnya, bapa
Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani
latihan intensif dan latihan terapi.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga
kita.
Contohnya, ibu
Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah
Atiqah.
2. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Contohnya, Aiman boleh menyelesaikan latihan matematik murid tingkatan lima
walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun.
3. Kita mestilah dedikasi dan amanah dalam
melaksanakan tugas yang diberikan. Cikgu Faridahmenerangkan ilmu Teori Graviti
denga bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya
4. Kita perlulah bertanggungjawab terhadap
aspek kesihatan ahli keluarga. Contohnya, bapa Aiman berusaha merawat kegagapan
anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.
5. Kita hendaklah bersabar apabila berdepan
dengan masalah.
Contohnya, ibu
Aiman bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak
terutamanya Aiman.
( Sumbangan Sy. Siti Hajar )
terima kasih cikgu 😊
BalasPadamterima kasih cikgu 😊
BalasPadamboleh saya bertanyakan tentang tema dan persoalan ?
BalasPadamBudak KV ke. Kv mane.
PadamBudak KV ke. Kv mane.
PadamKvsm
PadamKvsm
PadamKvsm
PadamSalam cikgu..apa kaitan maksud hipertensi tu sendiri dengan cerpen hipertensi ni dimana Aiman melalui beberapa pengalaman semasa di bangku sekolah sehingga berumur 20 tahun???
BalasPadamcikgu... bila tarikh cerpen hipertensi diperkenalkan ?
BalasPadam