Puisi Tradisional
(Pantun Lapan Kerat)
Maksud
Rangkap 1
Bersifat sabar
ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan
bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.
Rangkap 2
Keturunan manusia
berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka
bumi Allah.
Rangkap 3
Kelalaian manusia
menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya
Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.
Tema
Keagamaan
Persoalan
1.
Persoalan kunci kejayaan
ialah bersabar. (rangkap 1)
2.
Persoalan keistimewaan
sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
3.
Persoalan pencemaran
budaya dan bahasa . (rangkap 3)
Ciri-ciri
1.
Mempunyai 3 rangkap.
2.
Mempunyai 8 baris dalam
setiap rangkap.
3.
Jumlah perkataan antara
3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3 perkataan – rangkap 2)
Contoh : biarlah sabar dengan perlahan ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Di tepi halaman menanam
kubis ( 5 perkataan – rangkap 1)
4.
Terdiri daripada 8
hingga 13 suku kata.
5.
Rima akhir abcdabcd
6.
Bentuk pantun terikat.
Gaya Bahasa
1. Unsur bunyi
Asonansi - kerana
lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)
Aliterasi – bumi kandungan nenek moyangku
(rangkap 3 baris 5)
2. Sinkof
Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)
3. Kata ganda
Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2)
Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4)
Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5)
Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)
4. Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit, bumi
Nilai
1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.
2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita
dengan segala anugerah Allah kepada kita.
3. Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan.
2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.
3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.
LATIHAN.
1.
Berikan maksud rangkap
Pantun Lapan Kerat dibawah.
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan
beriman
Tidak patah digoncang iblis
Akhirnya menang berjaya.
2.
Nyatakan unsur-unsur
alam yang terdapat dalam Pantun Lapan
Kerat.
JAWAPAN
1.
Bersifat sabar ialah
tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan
bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.
2. Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit, bumi