Ahad, 26 April 2015

PUISI TRADISIONAL - PANTUN LAPAN KERAT

Puisi Tradisional
(Pantun Lapan Kerat)

 Maksud


Rangkap 1

Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.

Rangkap 2

Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah.

Rangkap 3

Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.
  

 Tema


Keagamaan



 Persoalan


1.     Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)
2.     Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
3.     Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)


 Ciri-ciri



1.     Mempunyai  3 rangkap.
2.     Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.
3.     Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3 perkataan – rangkap 2)
Contoh : biarlah sabar dengan perlahan ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Di  tepi halaman menanam kubis ( 5 perkataan – rangkap 1)
4.     Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.
5.     Rima akhir abcdabcd
6.     Bentuk pantun terikat.


Gaya Bahasa





1.     Unsur bunyi
Asonansi -  kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)
Aliterasi – bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

2.     Sinkof
Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

3.     Kata ganda
Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2)
Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4)
Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5)
Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)

4.     Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit, bumi


 Nilai


1.     Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.
2.     Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita  dengan segala anugerah Allah kepada kita.
3.     Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.


Pengajaran 




1.     Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan.
2.     Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.
3.     Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.
                     

LATIHAN.

1.     Berikan maksud rangkap Pantun Lapan Kerat dibawah.

Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman
Tidak patah digoncang iblis
Akhirnya menang berjaya.

2.     Nyatakan unsur-unsur alam yang terdapat dalam  Pantun Lapan Kerat.





JAWAPAN

1.     Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.

2.     Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit, bumi
                                                                                  



PUISI TRADISIONAL - PANTUN ENAM KERAT

Puisi Tradisional
(Pantun Enam Kerat)

Maksud

 
 




Rangkap 1
Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam.
Rangkap 2
Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita.
Rangkap 3
Sudah menjadi kelaziman  manusia sering melebihkan orang   yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi.

Tema

 
 



Kekecewaan dalam hidup.

Persoalan

 
 



1.        Persoalan menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1)
2.        Persoalan menerima suratan takdir (rangkap 2)
3.        Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama. (rangkap 3)

Bentuk

 
 



1.        Mempunyai  3 rangkap
2.        Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap
3.        Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris
        Contoh : Putik kelapa menjadi muda ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Sudah mendapat orang yang baru (5 perkataan – rangkap 3)
4.        Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
5.        Rima abcabc
6.        Bentuk pantun terikat.

Gaya Bahasa

 
 



1.        Unsur bunyi
Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’
Aliterasi – kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan ‘t’

2.        Peribahasa
Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6)
Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6)

3.        Sinkope
Rasa pedih buat  tak tahu (rangkap 1 baris 5)

4.        Repitisi
Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5)

5.        Unsur alam
Haiwan –  ikan cencaru, ikan gelama
Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh,


NILAI

 
 





1.    Nilai keredaaan.Contohnya reda dengan suratan takdir.
2.    Nilai  ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.

Pengajaran

 
 




1.        Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa.
2.        Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir.
3.        Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita.



Latihan
1.    Nyatakan maksud rangkap pertama pantun tersebut.
2.    Berikan maksud ibarat melukut di tepi gantang.

Jawapan
1.    Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam.
2.    Maksud ibarat melukut di tepi gantang ialah orang yang kurang penting.