Selasa, 12 Julai 2016

Kaedah Mudah Menulis Perenggan Karangan

Kaedah Ulang, Rujuk dan Tambah (URT)

Kaedah URT bertujuan utk membantu murid, khususnya murid kumpulan sederhana dan GALUS utk menulis ayat-ayat yang berkait dan mengembangkan idea dlm perenggan.

Murid kumpulan ini sering menghadapi masalah utk memulakan ayat baharu setelah ayat yg sedang ditulis berakhir. Mereka kerap kali mengambil masa yg lama, hilang idea atau buntu utk menulis ayat-ayat dlm perenggan.

Idea yang ditulis dlm setiap perenggan oleh murid kumpulan ini juga bercampur aduk.

Oleh itu, Kaedah URT ialah penyelesaian kepada masalah yg dinyatakan di atas. Kaedah ini membantu murid utk memulakan ayat baharu dlm perenggan setelah ayat yg dibina berakhir. Ayat2 yg dibina pula berkait antara satu sama lain.

Melalui kaedah URT, setiap ayat baharu dimulakan dengan "mengulang" atau "merujuk" maklumat dlm ayat sebelum.

Contoh:

Aktiviti sukan sangat berfaedah kerana 'aktiviti ini dapat menyihatkan badan'. "Aktiviti ini dapat menyihatkan badan" kerana badan kita 'berpeluh' semasa bersukan. "Peluh ini" mengeluarkan 'bahan toksik' daripada badan kita. "Bahan toksik ini" mengandungi 'bahan berbahaya' yang tidak diperlukan oleh badan. "Bahan berbahaya yang tidak diperlukan itu" adalah seperti 'urea dan garam mineral'. "Urea dan garam mineral"/ "Bahan-bahan ini" sudah tentu mengundang pelbagai 'penyakit' sekiranya berada dalam kuantiti yang banyak di dalam badan kita. "Penyakit" yang boleh dihidapi oleh seseorang yang tidak bersukan adalah seperti penyakit lemah jantung, diabetes dan obesiti.

Dalam contoh di atas, setiap ayat yg dibina bermula dgn mengulang atau merujuk maklumat yg terdapat dlm ayat sebelum.

Melalui aktiviti dan latihan yg menarik dan kerap, murid kumpulan sederhana dan GALUS akan menjadi mahir dan tidak membuang masa yg lama utk memulakan ayat2 baharu dlm perenggan.