Novel
Songket Berbenang Emas
Karya
: Khairuddin Ayib
Tema:
· Ketabahan seorang gadis dalam menempuh
berbagai-bagai cabaran dan dugaan.
Buktinya:
1. Hal ini
digambarkan melalui Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah
menghadapi dugaan hidupnya. Apabila emaknya, Saleha menghadapi tekanan
perasaan dan dimasukkan
ke hospital, Dahlia terpaksa
keluar dari asrama dan
berulang-alik ke sekolah.
2.
Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa
menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya.
3.
Kehidupan Dahlia semakin tertekan apabila
abahnya dipatuk ular. Dahlia terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan
adik-adik dan keperluan rumah mereka.Namun,Dahlia tetap tabah menghadapi
dugaan tersebut.
4. Dahlia
juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang
lemas di sungai berhampiran rumahnya.
5. Dahlia
juga tabah melayan kerenah neneknya yang membenci keluarga Dahlia kerana
keluarga mereka hidup dalam kemiskinan berbanding anak-anaknya yang lain yang
hidup senang.
6. Dahlia
tetap tabah apabila mengetahui neneknya dan Pak Cik Seman ingin menjual tanah
yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini.
7. Dahlia
juga tabah mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang kurang selesa di pusat
pemindahan banjir.
8. Berkat
ketabahan Dahlia,akhirnya dia telah berjaya dalam STPM dan mendapat
tawaran untuk melanjutkan
pelajaran di
Jepun.
Novel
Novel Songket Berbenang Emas
Karya
: Khairuddin Ayib (Semester 4)
Bincangkan
persoalan dalam novel yang telah anda pelajari. (7 markah ).
1. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Allah
· Dahlia
menyerahkan jodohnya dengan Azhari kepada Allah. Dia mahu meneruskan
pelajarannya demi membaiki taraf hidup keluarganya.
2. Persoalan kasih sayang antara keluarga
·
Embong amat menyayangi isterinya, saleha
dan anak-anaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga ke malam untuk
menyara keluarganya. Beliau tetap menyayangi isterinya walaupun Saleha
menghidapi tekanan mental.
·
Dahlia amat menyayangi emaknya. Dahlia
sanggup ponteng sekolah untuk menziarahi emaknya yang dirawat di Hospital
Permai.
·
Dahlia sangat menyayangi adik-adiknya,
Melati, Anggerik, Mawar dan Abu Bakar. Dahlia sanggup keluar dari asrama dan
berulang-alik dari rumah ke sekolah kerana mahu menguruskan keperluan
adik-adiknya.
·
Mawar sangat menyayangi keluarganya. Dia
sanggup berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya.
3.
Persoalan
kepentingan ilmu dalam kehidupan.
·
Embong sedar akan kepentingan ilmu kepada
anak-anaknya. Oleh sebab itu, beliau marah apabila mendapat tahu Dahlia mahu
berhenti sekolah kerana mahu menjaga adik-adiknya.Beliau mahu Dahlia meneruskan persekolahannya, walaupun
Embong sendiri tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalahnya setelah
isterinya dirawat di hospital.
·
Embong mengatakan bahawa beliau sanggup
bersusah payah untuk memastikan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.
4.
Persoalan
keinginan untuk membaiki taraf hidup (m/s 31 – Dahlia ingin membaiki diri
sendiri dan keluarga )
·
Dahlia mahu membaiki diri dan keluarganya
oleh sebab itu dia tidak memberi kata putus semasa Azhari ingin melamarnya.
5. Persoalan kemiskinan hidup di kampung
·
Keluarga Dahlia hidup dalam kemiskinan
sehingga dibenci oleh neneknya sendiri.
·
Anggerik menangis kerana tidak mahu minum
susu yang cair akibat susu telah
habis dan keluarga Dahlia tiada
wang untuk membeli susu.
·
Dahlia tidak mahu rakan-rakannya datang ke
rumah pada Hari Raya Aidilfitri kerana tidak mahu mereka tahu keadaan
keluarganya yang hidup dalam
Kemiskinan.
6.Persoalan
kepercayaan karut masyarakat kampung.
·
Nek Kiah percaya di rumah Dahlia ada hantu
oleh sebab itu, seorang demi
·
seorang keluarganya ditimpa bencana. (m/s
50)
·
Nek
Kiah tidak mahu dipadamkan kapur yang diletakkan dipintu rumah Dahlia kerana
dikatakan boleh menghalau hantu)
·
Nek Kiah menuruh seorang anak muda membawa
Said keliling rumah sebanyak
tujuh kali kerana dikatakan Said
boleh hidup semula jika dibuat
begitu. (m/s 56-
Nek Kiah menyuruh seorang anak
muda membawa Said keliling rumah
tujuh kali
kerana dikatakan
nyawanya boleh kembali )
7.
Persoalan kesabaran dalam mengharungi dugaan
hidup
·
Dahlia tetap bersabar apabila Aton
menyindirnya sewaktu dihantar oleh Azhari.
·
Dahlia tetap bersabar apabila Aton
mengatakan emaknya gila.
·
Dahlia bersabar mengharungi kehidupannya
walaupun keluarga mereka hidup dalam kemiskinan.
·
Dahlia tetap bersabar menghadapi kerenah
Nek Kiah yang membenci
keluarganya.
8.
Persoalan semangat untuk menempa
kejayaan
·
Dahlia terpaksa berulang alik ke sekolah
setelah emaknya dirawat di hospital kerana dia tetap ingin belajar.
·
Dahlia bersemangat mengulang kaji
pelajaran di pusat pemindahan banjir demi mencapai kejayaan dalam STPM.
9.
Persoalan keberanian menyelamatkan nyawa orang lain
·
Dahlia seorang yang berani kerana sanggup
terjun ke dalam sungai untuk
menyelamatkan Said walaupun sungai itu arusnya
deras.
10.
Persoalan semangat setia kawan
·
Kavita membawa Najib datang ke rumah
Dahlia apabila Dahlia kerap tidak hadir
ke sekolah. Hal ini membuktikan semangat setia kawan yang tinggi.
·
Kavita diminta oleh Cikgu Hisyam untuk
membuat salinan nota untk diberikan
kepada Dahlia. Kavita menurut
suruhan cikgunya kerana dia mempunyai
semangat setia kawan dalam membantu
rakannya yang dalam kesusahan.
11.
Persoalan sikap mementingkan diri sendiri
·
Nek Kiah seorang yang mementingkan diri
sendiri kerana tidak mahu membantu anak dan cucunya sendiri yang hidup dalam
kemiskinan.
·
Seman, anak Nek Kiah juga seorang yang
mementingkan diri sendiri kerana
berpakat denganNek Kiah untuk menjual
tanah yang menjadi tempat tinggal keluarga Dahlia.
12.
Persoalan suka berprasangka buruk terhadap orang lain
·
Aton suka buruk sangka terhadap Dahlia
apabila Azhari dan Najib berkunjung ke
rumahnya.
·
Aton juga mengatakan emak Dahlia “orang
gila”
·
Aton juga telah menuduh Dahlia yang
menjadi penyebab kematian anaknya, Said.
13.
Persoalan sikap keprihatinan terhadap orang lain
·
Tauke Lim amat prihatin terhadap keluarga
Embong. Beliau selalu membantu Dahlia dan keluarganya dengan memberi hutang
apabila keluarga Dahlia membeli barang di kedainya.
·
Haji Sulaiman juga amat prihatin kepada
keluarga Embong. Beliau juga membantu membawa Saleha untuk dirawat di
hospital. Beliau juga selalu
meminjamkan wang kepada Embong.
·
Cikgu Hisyam juga seorang yang prihatin terhadap
masalah Dahlia. Beiau menyuruh Kavita membuat salinan nota sepanjang Dahlia
tidak hadir ke sekolah
Novel
Songket Berbenang Emas
Karya
: Khairuddin Ayib (Semester 4)
Bincangkan perwatakan watak
utama dalam novel yang telah anda pelajari. ( 8 markah )
Watak Utama
Dahlia
· Anak
sulung (m/s 8)- harapan keluarga mempunyai
lima orang adik.
·
Seorang yang bakal menduduki STPM (m/s 5)
·
Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggung Ibrahim (Ting. 6) (m/s 42) dan Sekolah Menengah Tun Ismail (Ting.1
– Ting.5)
·
Tertekan dengan masalah yang menimpa
keluarganya
·
Seorang yang bijak-Cikgu hisyam yakin
Dahlia akan cemerlang dalam STPM.
Dahlia merupakan pelajar harapan sekolah. Dahlia mendapat tawaran untuk
melanjutkan pelajaran di Jepun.
·
Hidup dalam suasana kemiskinan –berhutang
dengan Tauke Lim (m/s 14)
·
Ibunya menghidap penyakit kemurungan
·
Bapanya dipatuk ular
·
Seorang yang tidak sombong –melayan Aton
yang menyindirnya ketika dihantar pulang oleh Azhari (m/s 10)
·
Seorang yang taat akan perintah Allah-
berdoa selepas sembahyang Isyak(m/s 19)
·
Seorang yang penyayang – sanggup keluar
dari asrama untuk menguruskan
adik-adiknya.
·
Seorang yang menghormati tetamu –memberi
layanan yang baik kepada
tetamu menghidangkan air walaupun
neneknya tidak suka akan
keluarganya
(m/s 21)/ menghidangkan air
bujang ketika Kavita dan Najib berkunjung ke
rumahnya (m/s 78)
·
Seorang yang menjaga tatasusila budaya –
akur kepada budaya Melayu yang
melarang keras perbuatan membantah
kata-kata orang tua (m/s 27)
·
Seorang yang berani- Dahlia terjun ke
dalam sungai untuk menyelamatkan
Said (m/s 53)
·
Seorang yang berjiwa kuat dan mampu
menghadapi setiap dugaan (m/s 57)
·
Seorang yang bertanggungjawab- Dahlia
bertanggungjawab menjaga makan
minum
abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital (m/s 73)
Novel
Novel Songket Berbenang Emas
Karya
: Khairuddin Ayib (Semester 4)
Bincangkan perwatakan satu watak sampingan dalam novel yang telah anda pelajari. (8
markah)
Watak Sampingan
Saleha
· Ibu
Dahlia
·
Berumur 39 tahun (m/s 16)
·
Mempunyai enam orang anak (Dahlia,Melati,Kiambang, Mawar,Anggerik
dan Abu Bakar)
·
Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang
·
Bekerja sebagai penoreh getah
·
Seorang yang penyayang- semasa sihat
, beliau yang menjaga semua
·
keperluan anak-anaknya.
Embong
· Bapa
Dahlia . Berasal dari Melaka.
·
Seorang ketua keluarga yang
bertanggungjawab. Beliau tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan
mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun
isterinya sakit.
·
Seorang yang penyayang sangat menyayangi
isteri dan anak-anaknya
·
Seorang yang percaya akan kehendak takdir
–Isterinya menjadi kurang siuman (m/s 22)
·
Seorang yang penyabar (m/s 24)- Sanggup
dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.
·
Seorang yang mementingkan ilmu untuk
anak-anaknya – menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal
adik-adik Dahlia (m/s 32)
·
Seorang yang berani- Embong berani
membunuh ular sawa yang membelit
badannya.
Azhari
·
Berkumis nipis
·
Bermuka bulat (m/s 7)
·
Tinggi
·
Kacak
·
Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu
Sekolah Menengah Tun Ismail.
·
Berpendidikan tinggi- baru mendapat
segulung ijazah
·
Suka akan Dahlia
·
Seorang yang suka memberi nasihat-
menyuruh Dahlia belajar bersungguh-sungguh ( m/s 6)
·
Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai
memujuk Dahlia agar menerima
Lamarannya.
4. Siti Wangi
·
Sahabat Dahlia
·
Bermuka bulat
·
Sentiasa ceria
5. Tauke Lim
·
Berbangsa Cina
·
Seorang yang suka membantu keluarga
Dahlia- sanggup membantu keluarga
Dahlia dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada
Embong untuk dibayar kepada Nek
Kiah yang berhasrat menjual tanah
tempat mereka tinggal.
·
Seorang yang baik budi kerana memberi
keluarga Dahlia berhutang
·
Seorang yang prihatin akan masalah orang
lain- Sangat prihatin atas nasib
keluarga Embong
·
Seorang yang pemurah menyumbangkan
barang-barang untuk sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga memberi wang
sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti
Malaya sebelum ke Jepun.
·
Seorang yang setia kawan – menganggap dia
dan Embong sudah berkawan lama
·
Seorang yang pandai bergaul- Walaupun
Tauke Lim berbangsa Cina tetapi beliau amat disenangi oleh orang-orang
kampung kerana pandai bergaul.
6. Nek Kiah
·
Ibu Saleha
·
Suka membandingkan antara anaknya- Nek
Kiah suka membandingkan anak-anaknya dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam
kemiskinan. Nek Kiah lebih menyayangi cucu-cucunya yang lain.
·
Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana
hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah
tidak
suka akan keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan,dia
langsung tidak membantu malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong
yang tidak diketahui asal usulnya.
·
Seorang yang pemarah
·
Seorang yang suka mempercayai perkara
tahyul- Nek Kiah mengatakan
rumah Dahlia ada hantu. Dia
menggores kapur di setiap pintu kerana dipercayai
boleh menghalau hantu.
·
Seorang yang mementingkan diri- Nek Kiah
tidak mengambil tahu akan
keperitan hidup cucunya setelah
Saleha dimasukkan ke hospital.
Novel
Songket Berbenang Emas
Karya
: Khairuddin Ayib (Semester 4)
Bincangkan latar tempat dalam novel yang telah anda pelajari. (8
markah)
Latar Tempat
1.
Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti
Wangi.
(m/s 1)
2.
Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia (m/s 4)
3. SMK
Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia
pernah
belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima (m/s 7)
4.
Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar
tingkatan
enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
5. Bilik
Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat
tahu masalah Dahlia daripada Kavita.(m/s 91-92).
6.
Kebun getah- 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah
(m/s
17)
7.
Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia (m/s 23). Di sini, Dahlia
menjaga
adik-adiknya,
Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di
hospital.
8.
Hospital Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan
pada
peringkat awal
9.
Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah
dipatuk ular.
(m/s
153)
10.
Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat (m/s 46) di bilik
16. Di
sini
juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.
11.
Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia (m/s 47)- Dahlia cuba
menyelamatkan
Said
yang lemas di sungai ini.
12.
Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah
Dahlia di
sinilah
Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun
kelapa
sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
13.
Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini .(m/s58)
14.
Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia. (m/s 58)- Dahlia disindir
oleh
Aton
kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.
15.
Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong –
royong
semasa
majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat
pemindahan
mangsa banjir yang berlaku di kampong Dahlia.
Novel Songket Berbenang Emas
Karya : Khairuddin Ayib (Semester 4)
Bincangkan
latar masa dalam novel yang anda pelajari
( 8 markah )
Latar
Masa
1.
Petang – Azhari menghantar Dahlia balik ke kampungnya dari asrama (m/s 9)
2.
Maghrib- Sehingga maghrib Saleha belum pulang ke rumah ….kentung azan pun
sudah
bergema (m/s 17)
3.
Pagi- Dahlia menunggu bas untuk ke sekolah
4.
Malam- Haji Sulaiman datang bersama dengan tiga orang pekerja hospital
5.
Empat bulan sebelum peperiksaan STPM- Cikgu Salwani tidak membenarkan
Dahlia
keluar dari asrama kerana periksaan STPM hanya tinggal empat bulan
sahaja.
6.
Pukul 8:30 malam- Kambing Embong hilang dicuri orang. (m/s 126)
7.
Pukul 3:41 petang –Dahlia menunggu di luar wad untuk melawat abahnya. (m/s
138)
8.
Tidak sampai seminggu- Embong dirawat di Hospital Batu Pahat. (m/s 177)
9. Pada
waktu petang selepas solat Jumaat- Abu Bakar menemui Dahlia dan bertanyakan
sama ada abah mereka masih marah akan tindakannya menjual.
Novel
Songket Berbenang Emas
Karya
: Khairuddin Ayib (Semester 4)
Bincangkan latar masyarakat dalam novel yang telah anda pelajari. (8
markah)
Latar Masyarakat
1. Masyarakat kampung
·
Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais.
Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah
Mak Aji, Aton, Embong,
Tauke Lim dan lain-lain.
·
Mereka hidup bekerjasama antara satu sama
lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk
sambutan Majlis Mauludir Rasul.
2. Masyarakat guru
·
Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu
Hisyam, guru kelas Dahlia.
·
Cikgu Salwani marah apabila Dahlia
mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama.
·
Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya
meneruskan persekolahannya kerana
dia sorang yang bijak .
3. Masyarakat pelajar
·
Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita
merupakan pelajar sekolah.
·
Mereka bersekolah di Sekolah Menengah
Temenggung Ibrahim.
·
Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam
kokurikulum.
4. Masyarakat yang saling membantu
·
Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu
keluarga Dahlia / Tempat
Embong meluahkan perasaan (m/s
26)
·
Tauke Lim membantu memberi hutang kepada
keluarga Dahlia.
5. Masyarakat yang bertanggungjawab
·
Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu
anak buahnya,Embong yang
menghadapi masalah (m/s 24 dan
27)
6. Masyarakat remaja yang terpengaruh dengan
rakan sebaya
·
Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok
dengan rakan-rakannya dan tidak mahu
membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke
rumah untuk menukar baju sahaja.
7. Masyarakat yang insaf akan kesilapannya
·
Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang
suka membuang masa dengan rakanrakannya.Dia juga insaf akan kesalahannya yang
telah mencuri kambing milik abahnya sendiri.
·
Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya
terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia
dan emaknya yang banyak membantu
beliau ketika sakit sedangkan
anak-anak
yang selama ini
amat disayangi langsung tidak menziarahinya.
8. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan
hidup
·
Embong tabah menghadapi keadaan hidup
mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan
·
Embong juga tabah apabila beliau tidak
disukai oleh ibu mentuanya, Nek Kiah.
·
Embong tabah apabila isterinya mengalami
masalah mental.
·
Embong tetap tabah apabila rumah yang
diduduki oleh keluarganya dilanda banjir.
·
Dahlia tabah menjalani kehidupan sebagai
seorang pelajar walaupun emaknya dimasukkan ke hospital dan ayahnya dipatuk
ular.
·
Dahlia juga tabah apabila dihina oleh Aton
yang menyalahkannya sewaktu
menyelamatkan Said yang mati
lemas.
·
Dahlia juga tabah berhadapan dengan Azhari
yang ingin melamarnya walaupun pada ketika itu terlalu banyak dugaan yang
terpaksa ditempuhinya.
9.
Masyarakat yang penyayang
·
Embong sangat menyayangi anak-anaknya.
Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk menanggung keluarganya.
·
Dahlia juga amat menyayangi adik-adiknya.
Dia sanggup ponteng sekolah
apabila Anggerik sakit.
·
Saleha juga merupakan emak yang penyayang.
Semasa beliau sihat, beliaulah yang menjaga keperluan keenam-enam anaknya
itu.
10.
Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaan
·
Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia
mengetahui Dahlia mempunyai emaknya yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam kemiskinan namun akhirnya dia tetap melamar
Dahlia .
·
Najib juga mencintai Dahlia. Dia mengambil
berat apabila Dahlia kerap ponteng sekolah.
Novel
Songket Berbenang Emas
Karya
: Khairuddin Ayib (Semester 4)
Bincangkan nilai dalam novel yang telah anda pelajari. (8
markah)
Nilai
1. Kasih sayang (Lengkapkan
contoh bagi nilai kasih sayang)
·
Kasih sayang anak terhadap ibu bapanya
– Contohnya:
Kasih sayang kakak terhadap adik-adiknya-
Contohnya:
- Kasih sayang
suami terhadap isterinya - Contohnya:
- Kasih sayang ibu
terhadap anak-anaknya - Contohnya:
- Kasih sayang
bapa terhadap anak-anaknya - Contohnya:
- Kasih sayang
adik terhadap kakaknya- Contohnya:
- Kasih sayang
cucu terhadap neneknya- Contohnya:
2. Keberanian
- Embong berani
membunuh ular sawa yang cuba membelitnya.
- Dahlia berani
terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.
3. Setia kawan
- Kavita seorang
yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota –
nota untuk
diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana
masalah keluarganya
4. Pengorbanan
- Dahlia sanggup
berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat
di hospital. Dia
sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adikadiknya
dan menjaga
adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar
dari asrama
sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki
STPM.
- Embong sanggup
berkorban bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari
rezeki.
5. Keikhlasan
- Tauke Lim ikhlas
membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang
balasan.
- Beliau juga
ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
- Beliau ikhlas
memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di
Universiti Malaya.
- Beliau ikhlas
memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur
Rasul yang
diadakan di balai raya.
- Haji Sulaiman juga
ikhlas membantu keluarga Dahlia.Beliau membantu
menghantar Dahlia
ke stesen bas untuk ke Univesiti Malaya.
6. Nasihat-
menasihati
- Haji Sulaiman
menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya
mengamalkan sikap
bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang
susah.
- Cikgu Hisyam
menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar
yang berpotensi
untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.
7. Kerjasama
- Penduduk kampung
bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka
bekerjasama
membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir.
- Penduduk kampung
juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan
kepada Dahlia yang
akan melanjutkan pelajaran.
- Haji Sulaiman
bekerjasama dengan Hospital Batu Pahat untuk merawat Saleha.
8. Perpaduan/
Bersatu padu
- Masyarakat di
Kampung Parit Haji Rais bersatu padu selepas peristiwa banjir
yang melanda
kampung mereka.
- Walaupun
penduduk di Kampung Parit Haji Rais berlainan bangsa tetapi mereka
hidup bersatu
padu. Tauke Lim sanggup menyumbangkan barang-barang
sewaktu sambutan
Maulidur Rasul. Beliau juga selesa tinggal di kampung itu
walaupun berbangsa
Cina.
9. Kegigihan
- Dahlia gigih
belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk
mencapai kejayaan
dalam STPM.
- Dahlia gigih belajar
dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa
menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke
hospital
10. Ketabahan
- Dahlia tabah
mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya
sakit dan abahnya
dipatuk ular.
- Dahlia juga tabah
apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat
tinggal mereka.
11. Keinsafan
- Abu Bakar insaf
akan kesalahannya yang suka berfoya-foya dengan rakannya.
- Abu Bakar insaf
akan kesalahannya yang mencuri kambing abahnya.
- Nek Kiah insaf
akan kesalahannya yang membenci keluarga Dahlia. Sewaktu
Nek Kiah sakit hanya Dahlia dan keluarganya yang
menjaga beliau.
Novel
Songket Berbenang Emas
Karya
: Khairuddin Ayib (Semester 4)
Bincangkan pengajaran dalam novel yang telah anda pelajari. (8 markah)
Pengajaran
(Lengkapkan contoh bagi setiap pengajaran di bawah ini)
1. Kita hendaklah
membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
– Contohnya:
2. Kita hendaklah
bekerjasama dalam melakukan sebarang tugasan.
– Contohnya:
3. Kita janganlah
berprasangka buruk terhadap orang lain.
– Contohnya:
4. Kita mestilah
insaf setelah melakukan kesalahan.
– Contohnya:
5. Kita mestilah
nasihat-menasihati antara satu sama lain.
– Contohnya:
6. Kita mestilah
bersatu padu demi keharmonian hidup.
– Contohnya:
7. Kita mestilah
menyayangi ahli keluarga kita.
– Contohnya:
8. Kita mestilah
berani berhadapan dengan sebarang masalah.
– Contohnya:
9. Kita mestilah
tabah dalam menempuh dugaan hidup.
– Contohnya:
10. Kita mestilah
gigih belajar untuk mencapai kejayaan.
LATIHAN
TAMBAHAN
Novel
Songket Berbenang Emas
Karya
: Khairuddin Ayib (Semester 4)
Bincangkan binaan plot dalam novel yang telah anda pelajari. (8
markah)
Binaan Plot
Plot novel ini
mengikut kronologi urutan masa.
Permulaan
Dahlia pelajar
tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola
jaring.Mereka
berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa
berhenti rehat,
Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan.Azhari datang
menemuinya di
kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti .
Dia menyuarakan
hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia
pulang ke rumahnya
di Kampung Parit Haji Rais.
Perkembangan
Dahlia amat sedih
apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah
pada waktu senja.
Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk
emaknya balik ke
rumah dengan bantuan orang kampung.Nek Kiah menyalahkan Embong
yang menyebabkan
Saleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha
dibawa ke Hospital
Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru
kerana keadaannya
semakin serius.Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng
sekolah kerana
menguruskan adik-adiknya.Abah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana
dipatuk ular.
Perumitan/Konflik
· Seman telah
datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang
menjadi kawasan
tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan
keluarganya
berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak
RM15,000.Dahlia
tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan
wang sebanyak itu.
· Aton menyalahkan
Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan
Dahlia telah
berusaha untuk menyelamatkan Said.
· Nek Kiah
memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke
rumah
Dahlia.Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.
· Najib cuba untuk
memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang
merisik Dahlia
kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.
· Penduduk kampung
sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin
terhadap orang
lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang
kampungnya agar
bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga.
Klimaks/Kemuncak
Abu Bakar
menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang
mengandungi jarum
peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar
membuangnya ke
sungai. Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke
rumahnya.Nek Kiah
pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah
yang menjaganya.
Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia
sehingga
benar-benar pulih.Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga
Dahlia.
Banjir yang
berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk
kampung bersatu
dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir
setelah dinasihati
oleh Haji Sulaiman.
Peleraian/
Pengakhiran
Dahlia tinggal di
asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir.Keluarga
Azhari menetapkan
tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM
tamat..Kedatangan
Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk
mengikuti
pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu
mengikuti kursus
bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan
Dahlia terlewat
kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia di
stesen bas sebelum
Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket
berbenang emas
berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya
sebagai
orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.
|
Novel
Jendela Menghadap Jalan
Karya
Ruhaini Mat Darin
Tema:
Kehidupan
masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara
bermuafakat.
Buktinya:
1.
Masalah keganasan rumah tangga yang
berlaku kepada keluarga Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi
apabila Che Jah sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak
tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah akhirnya
berjaya diselamatkan.
2. Masalah
buruk sangka atas orang lain.Masyarakat di Pekan Sentosa buruk sangka terhadap
anak-anak Che Jah yang selama ini terkenal kenakalannya. Mereka menyangkakan
bahawa Haziq dan Rafiq yang melarikan kubah surau. Masalah terlerai apabila
Che Jah menyatakan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau tersebut.
3. Keprihatinan
masyarakat terhadap masalah yang dihadapi. Lili begitu prihatin terhadap
masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Penduduk kampung yang selama ini
menganggap keluarga Seman sebagai contoh institusi kekeluargaan yang buruk,
namun dengan bantuan kefahaman Geetha yang bukan berbangsa Melayu menjadikan
Lili tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan bukannya cemuhan.
Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya
Ruhaini Mat Darin (Semester 2)
Bincangkan
persoalan dalam novel yang telah anda pelajari. (7 markah ).
1.
Persoalan tentang keganasan rumah tangga.
·
Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi,
berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan.
Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai
seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai
daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
2.
Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional.
·
Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu
prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan
membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk
tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk
masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.
3.
Persoalan tentang sikap prihatin.
·
Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang
mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi
Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut
memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan
motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk
selama ini.
4.
Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung.
·
Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan
selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah
sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab
untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk
lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru.
Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya
keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang
kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang
tersalah memilih kawan.
Novel Jendela Menghadap
Jalan
Karya Ruhaini Matdarin
Bincangkan perwatakan watak
utama dalam novel yang telah anda pelajari. ( 8 markah )
Watak Utama
Lili
·
Lepasan sekolah menengah
·
Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan
neneknya
·
Berpura-pura menjaga hari ibunya
·
Rajin membaca buku panduan pemakanan
sayur-sayuran dan buah-buahan
·
Akur cakap orang tua
·
Suka berkawan dan peramah
·
Menjadi teman baik Geetha
·
Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq
dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,
·
Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya
mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan
rumah tangga.
·
Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk
pembinaan masjid baru di kampungnya itu.
Berdasarkan
novel Jendela Mengadap Jalan karya Ruhaini Matdarin yang telah saya pelajari
di Semester 2, watak utama dalam novel ini ialah Lili.
Terdapat
beberapa perwatakan Lili, antaranya ialah dia seorang prihatin. Sebagai
contoh, Lili meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap
suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
Selain
itu, Lili juga cepat bersimpati dengan orang lain…….
Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya Ruhaini
Matdarin( Semester 2 )
Bincangkan
perwatakan satu watak sampingan dalam
novel yang telah anda pelajari.(8 markah
Watak Sampingan
Datuk (Haji Abdul Rahman)
·
Pakar Akar Kayu Dan Ubat Tradisional
·
Jadi Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk
Kampung
·
Berjaya Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk
Dengan Herba Yang Dibuat Oleh Datuk
·
Ajar Lili Ilmu Kegamaan
·
Menguji Lili Dengan Ilmu Agama
·
Sayang Akan Pekerjaannya Mengumpulkan Akar Kayu
·
Berjaya Mengislamkan William
·
Dahulu Orang Mendengar Cakap Datuk Tetapi
Sekarang Tidak
·
Berumur 70tahun
·
Rajin Beribadat, Solat, Zikir Dengan Tasbih
·
Rajin Membaca Kitab
·
Berjaya Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur
Menggunakan Herba
·
Tidak Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan\
·
Pandai Mengurut (Mengurut Danel)
Danel
·
Anak William
·
Jelaskan Isu Pembinaan Kubah Surau
·
Jelaskan Kebaikan Rawatan Mden
·
Berhujah Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak
Berkecil Hati
·
Percaya Perubatan Moden
·
Akrab Dengan Datuk
·
Menulis Artikel Tentang Buah Pisang Di Tenom
Sabah
·
Sering Membantu Nenek Memasak
·
Memasak Menggunakan Pisang
·
Bantu Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.
Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
·
Kurang Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Datuk
Sediakan
·
Isteri Kepada Datuk
·
Percaya Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin
Untuk Terbalikkan Mata Kilat)
·
Bakar Kulit Bawang Putih Untuk Bau Harum Dalam
Rumah
·
Suka Menyindir Datuk Tentang Ubat Tradisional.
·
Pandai Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh
Danel.
Ibu Lili
·
Suka Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk
Dan Tumbuhan
·
Tanam Herba Pembuka Selera Makan
·
Tidak Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian Datuk
·
Gemar Belajar Silat.
·
Belajar Di Luar Negara
·
Menjawat Jawatan Penting.
Rafiq Dan Haziq
·
Anak Remaja Berumur Belasan Tahun.
·
Menduduki Pmr
·
Anak Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
·
Memulas Tangan Lili Dan Menculik Lili
·
Menggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukan Di Leher
Lili
·
Berubah Sikap Menjadi Lebih Baik.
Seman
·
Suami Che Jah
·
Kaki judi, berhutang dan minum arak
·
Melarikan kubah surau
·
Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che
Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan
geram dan marah.
·
Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk
·
Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan
kepada pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan akidah.
Pilih
mana-mana satu watak sampingan dan huraikan perwatakannya. Sekurang-kurangnya
empat perwatakannnya, kalau lebih isi lagi baik.
Novel Jendela Menghadap
Jalan
Karya Ruhaini
Matdarin
Bincangkan
latar tempat dalam novel yang anda pelajari
( 8 markah )
Latar Tempat
·
Dungun
o Daerah
Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal
o Daerah
asal ibu Lili
·
Pekan Sejahtera
o Tempat
Tinggal Geetha
o Kedai
milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.
·
Pekan Sentosa
o Tempat
Tinggal Datuk Dan Nenek Lili
·
Bendang
o Tempat
Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung
·
Masjid
o Tempat
Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.
o Tempat
Datuk Bersolat Berjemaah
·
Rumah Datuk
o Rekabentuk
Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan Pintu
o Tempat
Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.
o Tempat
Danel datang dan membantu nenek memasak
o Tempat
Danel berurut dengan datuk
·
Kedai Runcit Letchumi
o Tempat
Nenek Membawa Lili Berbelanja
o Tempat
Lili Bertemu Geetha
o Tempat
Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.
·
Kedai Runcit Ah Kwan
o Tempat
Lili Diminta Membeli Barangan Dapur
o Terletak
Berhampiran Dengan Rumah Nenek.
·
Balai Raya
o Tempat
penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang
kampung oleh orang yang tidak dikenali.
o Tempat
Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau
Novel
Jendela Menghadap Jalan
Karya
Ruhaini Matdarin
Jelaskan
empat nilai dalam novel yang telah anda pelajari . ( 8 markah )
Nilai
Nilai Jati Diri
·
Datuk tetap menganggap perubatan secara
tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan
alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.
Nilai Tanggungjawab
·
Penduduk kampong bergotong-royong membantu
menyelesaikan masalah kubah surau.
Nilai Prihatin
·
Lili prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana
Berpunca Dari Masalah Keluarga Yang Dihadapi Walaupun Mereka Pernah Menculik
Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar
Belakang Haziq Dan Rafik.
·
Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang
berlaku dalam kampong mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual
tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah
walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah.
Nilai baik hati
·
Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu
nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.
·
Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu
orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai
cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara
perubatan moden.
Nilai kasih sayang
·
Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu
ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
·
Sebagai ketua keluarga , sikap Seman yang tidak
menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih
sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.
Novel Jendela Menghadap
Jalan
Karya Ruhaini
Matdarin
Jelaskan
empat pengajaran dalam novel yang telah anda pelajari . ( 8 markah )
Pengajaran
·
Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang
berlaku di sekeling kitasupaya masalah tersebut diatasi dan keadaan
menjadi seperti sediakala. Contohnya…
·
Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya
kegunaan herba dapat menfaatkan manusia sejagat.
·
Kita hendaklah hidup dalam harmoni supaya
semua kaum dapat menikmati hidup yang aman. Contohnya…
·
Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara
bermusawarah supaya segala masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab
yang telah terbina selama ini. Contohnya…
·
Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga supaya
melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni serta membesar dengan penuh
kasih sayang.Contohnya…
CONTOH:
SOALAN
: Berdasarkan novel yang anda kaji,huraikan tiga nilai yang terdapat dalam
novel tersebut. (8 markah )
Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela
Menghadap Jalan karya Rahani Mat Darin. Terdapat beberapa nilai yang
terkandung dalam novel tersebut antaranya ialah nilai prihatin. Hal ini dapat
dilihat dengan jelas melalui sikap Lili yang prihatin atas nasib Rafik dan
Haziq yang berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi walaupun mereka
pernah menculik Lili.
Seterusnya nilai baik hati. Contohnya, Daanel
seing datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak.
Akhir sekali ialah nilai kasih sayang…………….
LATIHAN
TAMBAHAN
Novel
Jendela Menghadap Jalan
Karya
: Ruhaini MatDarin (Semester 2)
Bincangkan binaan plot dalam novel yang telah anda pelajari. (8
markah)
PLOT- JENDELA MENGHADAP JALAN
Permulaan
•Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun,
Terengganu dengan menaiki bas. walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya
pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak
berasa kecil hati.
•Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel
dan juga Geetha dalam bas.
•Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa
sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.
Perkembangan
•Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat
penggantian kubah surau.
•Datuk dituduh melindungi anak-anak che Jah yang
menculik Lili.
•Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan
tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan.
•Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri
majlis perpisahan pengetuanya.
• Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan
memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di
kampung datuk.
• Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk
mendapatkan rawatan secara tradisional.
•Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya
telah berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan
herba tradisional.
•Danel sering datang untuk membantu nenek memasak
kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat
sedap.
•Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan
kepentingan perubatan moden. Cara
Danel yang berhemah dapat memastikan
datuk tidak berkecil hati.
•Danel sering menulis artikel tentang pisang.Lili
diculik oleh anak-anak Che Jah, namun berjaya diselamatkan oleh Danel.
Klimak, puncak
•Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang
melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafik,
namun telahan mereka tersasar.
Peleraian
•Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya
membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
•Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok
dusun.
•Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
•Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
•Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil
pemaju perumahan yang memujuk penduduk
kampung menjualkan tanah mereka.
•Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik
Lili.
•Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan
tanah penduduk kampung dengan projek
agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
•Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah.
•Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri
majlis perpisahan pengetuanya.
•Haziq dan Rafiq kembali semula ke sekolah untuk
menduduki PMR
|