Kaedah Ulang, Rujuk dan Tambah (URT)
Kaedah URT
bertujuan utk membantu murid, khususnya murid kumpulan sederhana dan GALUS utk
menulis ayat-ayat yang berkait dan mengembangkan idea dlm perenggan.
Murid kumpulan ini sering menghadapi masalah utk memulakan
ayat baharu setelah ayat yg sedang ditulis berakhir. Mereka kerap kali
mengambil masa yg lama, hilang idea atau buntu utk menulis ayat-ayat dlm
perenggan.
Idea yang ditulis dlm setiap perenggan oleh murid kumpulan
ini juga bercampur aduk.
Oleh itu, Kaedah URT ialah penyelesaian kepada masalah yg
dinyatakan di atas. Kaedah ini membantu murid utk memulakan ayat baharu dlm
perenggan setelah ayat yg dibina berakhir. Ayat2 yg dibina pula berkait antara
satu sama lain.
Melalui kaedah URT, setiap ayat baharu dimulakan dengan
"mengulang" atau "merujuk" maklumat dlm ayat sebelum.
Contoh:
Aktiviti sukan sangat berfaedah kerana 'aktiviti ini dapat
menyihatkan badan'. "Aktiviti ini dapat menyihatkan badan" kerana
badan kita 'berpeluh' semasa bersukan. "Peluh ini" mengeluarkan
'bahan toksik' daripada badan kita. "Bahan toksik ini" mengandungi
'bahan berbahaya' yang tidak diperlukan oleh badan. "Bahan berbahaya yang
tidak diperlukan itu" adalah seperti 'urea dan garam mineral'. "Urea
dan garam mineral"/ "Bahan-bahan ini" sudah tentu mengundang
pelbagai 'penyakit' sekiranya berada dalam kuantiti yang banyak di dalam badan
kita. "Penyakit" yang boleh dihidapi oleh seseorang yang tidak
bersukan adalah seperti penyakit lemah jantung, diabetes dan obesiti.
Dalam contoh di atas, setiap ayat yg dibina bermula dgn
mengulang atau merujuk maklumat yg terdapat dlm ayat sebelum.
Melalui aktiviti dan latihan yg menarik dan kerap, murid
kumpulan sederhana dan GALUS akan menjadi mahir dan tidak membuang masa yg lama
utk memulakan ayat2 baharu dlm perenggan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan