SINOPSIS ( Sumbangan Sy. Siti Hajar )
Cerpen ini
memaparkan kisah seorang doktor yang mementingkan ganjaran material ketika
merawat pesakit sehingga menyebabkan berlakunya pengabaian nilai kemanusiaan.
Profesor Doktor Juaidi cuba mempengaruhi kakitangannya agar memastikan semua pek
darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang
menjadi penyumbang utama kepada jamuan tahunan kelab elit mereka.
Nusia sedang memberikan rawatan kepada Tuan
Besar Musa yang koma dan semakin tenat akibat pengambilan minuman keras selama
bertahun-tahun. Nusia memberitahu Doktor Murni berkaitan dengan bank darah yang
sudah kehabisan stok tabung darah. Doktor Murni mengarahkan Nusia supaya
menngebahkan masalah itu kepada pihak media dengan harapan ada insan yang mahu
mendeerma darahnya kepada Tuan Besar Musa.
Dalam keadaan dirinya yang seddang koma dan
tenat itu, Nusia merasakan bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu lagi diselamatkan
kerana dia hanya hidup bergantung pada alat sokongan hayat. Bagi Nusia, dalam
keadaan kritikal tersebut, bacaan surah Yasin dan pengucapan Syahadah lebih
diperlukan. Nusia turut mempersoalkan waris Tuan Besar Musa yang tidak
kelihatan menjenguknya. Doktor Murni menyatakan bahawa Profesor Doktor Juaidi
mahu Tuan Besar Musa hidup. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor
Juaidi itu. Menurut Nusia, harapan Tuan Besar Musa untuk hidup adalah terlalu
nipis dan arahan Profesor Doktor Juaidi supaya dia memasukkan darah ke dalam
tubuh Tuan Besar Musa itu dianggap satu pembaziran. Doktor Murni meminta Nusia
agar tidak terlalu beremosi dan menurut sahaja arahan itu.
Di wad Unit Rawatan Rapi terdapat
pesakit-pesakit yang sedang koma serta menunggu bantuan darah untuk membolehkan
mereka kembali sihat. Solehah tenat dan koma akibat pundi janinnya yang pecah
di ovary. Al-Hafiz pula ditimpa kemalangan kereta. Di wad Unit Rawatan Rapi itu
juga terdapat bayi buangan yang hampir kekeringan darah, gadis malang yang koma
dan tenat akibat didera, dan mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia. Nusia
mengatakan bahawa selagi riwayat hidup pesakit di wad itu ditentukan oleh
Profesor Doktor Junaidi, maka selama itulah akan berlaku ketidakadilan dalam
proses rawatan di situ.
Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor
Murni mendapatkan sepuluh pek darah daripada hospital lain dengan segera
setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan. Profesor
Doktor Juaidi memberitahu Nusia bahawa Tuan Besar Musa merupakan tokoh korporat
dan teknokrat yang banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit hospital itu.
Sifat dermawannya yang telah menaja majlis makan malam tahunan yang bernilai
ratusan ribu menyebabkan Profesor Doktor Juaidi berasa amat terhutang budi dan
mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawanya.
Nusia memberitahu bhawa tekanan darah
Solehah semakin rendah. Profesor Doktor Juaidi menyuruh Nusia memberikan
gelafundin untuk menggantikan darah disebabkan bekalan darah tidak mencukupi.
Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak mahu memberikan
darah tulen kepada Solehah. Profesor Doktor Juaidi menyoal Nusia mengenai
status perempuan yang sedang koma itu jika dibandingkan dengan Tuan Besar Musa.
Akhirnya, Nusia akur dengan arahan Profesor Doktor Juaidi dan mengambil sebotol
gelafundin lalu dimasukkan ke dalam tubuh Solehah yang sedang koma untuk
menggantikan darah.
Nusia meluahkan rasa kesalnya kepada Doktor
Murni mengenai pek-pek darah di dalam bank darah di hospital itu adalah
kepunyaan kelab yang boleh dijual. Doktor Murni memujuk Nusia supaya tidak
terlalu emosional kerana mereka ialah golongan minoriti di hospital itu. Nusia
mengatakan bahawa berlakunya pembaziran darah apabila seratus pek darah
diperlukan selama dua hari untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa yang koma serta
memang tidak boleh diselamatkan. Walhal, hanya empat pek darah diperlukan untuk
menyelamatkan mahasiswa yang berpenyakit leukemia itu dan setengah pek darah
sahaja diperlukan untuk menghidupkan bayi buangan yang sedang koma.
Nusia memberitahu juruteknik makmal darah
bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk memberikan peluang kepada empat
orang yang sedang koma pulih kembali. Juruteknik makmal darah itu menegaskan
bahawa darah itu adalah untuk kegunaan Tuan Besar Musa. Nusia menjelaskan
bahawa Tuan Besar Musa sebenarnya sudah mati kerana hanya adrenalin, dopamine,
serta atropine yang masih merangsang denyutan jantungnya ketika itu. Juruteknik
makmal darah itu termakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk
itu kepadanya. Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia
sanggup menanggung segala risiko atas tindakannya itu.
Nusia berasa bahawa bantuan darah-darah itu
mampu menyelamatkan Solehah, mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia, dan
menyembuhkan al-Hafiz yang boleh mengajar beratus-ratus tahfiz kecil. Bagi
Nusia, sekiranya lima pek darah itu dimasukkan ke dalam Tuan Besar Musa, nilai
pembaziran yang amat besar dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi.
Profeser Doktor Juaidi berusaha untuk
menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadar penggunaa
adrenalina,dopamine dan atropina . Namun demikian,Tuan Besar Musa yang sedang
tenat dan koma itu gagal di selamatkan dan meninggal dunia . Profesor Doktor Juaidi berasa tertekan kerana
kematiannya menyebabkan kelab elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM100
ribu .
Doktor Murni datang dan memberikan surat
peletakkan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu yang
mengetepikan nilai kemanusiaan terhadap pesakit. Keadaan itu menyebabkan
Profesor Doktor Juaidi tercengang dengan keputusan Doktor Murni itu . Kemudian,
Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah supaya mereka
dapat menderma darah untuk disalurkan kepada semua pesakit yang sedang koma di
wad Unit Rawatan Rapi itu .
PERWATAKAN
NUSIA
1. Nusia ialah seorang jururawat yang bertugas
di Wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital .
2. Dia merupakan seorang yang akur akan
perintah ketua.Contohnya,dia menurut arahan Profesor Doktor Juaidi supaya
memberikan sebotol gelafundin kepada Solehah untuk menggantikan darah tulen.
3. Nusia seorang yang penyayang,iaitu dia amat
menyanyangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
4. Nusia seorang yang bertanggungjawab.
Contohnya, dia
berusaha untuk memberikan khidmat rawatan terhadap pesakitnya Tuan Besar Musa
dengan penuh tanggungjawab .
5. Dia seorang yang sangat bersimpati.
Contohnya,dia
menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah .
DOKTOR MURNI
1. Doktor Murni merupakan pegawai perubatan muda
di sebuah hospital .
2. Dia bertugas merawat pesakit di Wad Unit
Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu .
3. Doktor Murni mementingkan aspek kemanusiaan
pesakit.
Contohnya, dia
menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai doctor kerana tidak berpuas hati
dengan kaedah rawatan untuk pesakit di hospital itu.
4. Dia seorang yang prihatin dan
bertanggungjawab .
Contohnya,dia
memaklumkan kepada Profesor Doktor Juadi mengenai bekalan darah di bank
hospital itu yang telah kehabisan stok .
5. Dia bersifat tenang ketika merawat pesakit.
Contohnya,dia
menasihati Nusia agar tidak terlalu emosional ketika merawat Tuan Besar Musa .
PROFESOR DOKTOR
JUAIDI
1. Profesor Doktor Juaidi merupakan pegawai
perubatan senior di sebuah hospital.
2. Dia merupakan ketua jabatan kepada Doktor Murni
dan seorang jururawat, Nusia.
3. Profesor Doktor Juaidi sudah berumur, bermata
bulat dan berkening lebat.
4. Dia amat mementingkan ganjaran material
daripada nilai kemanusiaan. Contohnya, dia berasa tertekan apabila Tuan Besar
Musa meninggal dunia kerana kelab elit hospitalnya akan kehilangan tajaan
berjumlah RM100 ribu.
5. Dia seorang yang bijak dalam menyelesaikan
masalah.
Contohnya, dia
meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah
tulen untuk mengisi tabung darah di hospitalnya yang kehabisan stok.
TUAN BESAR MUSA
1. Tuan Besar Musa merupakan seorang elit
korporat dan teknorat yang memiliki gedung perniagaan yang besar.
2. Dia merupakan seorang dermawan.
3. Tuan Besar Musa ialah seorang suami kepada
wanita jelita yang tidak setia.
4. Dia mempunyai sepasang anak yang menjadi
penagih dadah berjenis heroin.
5. Tuan Besar Musa mempunyai perut yang buncit.
NILAI
1. Nilai kasih sayang.
Contohnya, Nusia
amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
2. Nilai belas kasihan.
Contohnya, Nusia
menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
3. Nilai tanggungjawab.
Contohnya,
sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab untuk merawat semua
pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
4. Nilai kebijaksanaan.
Contohnya,
Profesor Doktor Juaidi bijak mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di bank
darah, iaitu dengan mengarahkan Doktor Murni mendapatkan bekalan darah tersebut
daripada hospital lain dengan segera.
5. Nilai sayang akan nyawa.
Contohnya, Nusia
mengatakan bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk menyelamatkan empat
nyawa pesakit yang sedang koma.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersifat penyayang sesama
insan tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
Contohnya, Nusia
amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
2. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang
yang bernasib malang.
Contohnya, Nusia
menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
3. Kita perlulah bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas yang diberi. Contohnya, sebagai seorang jururawat, Nusia
bertanggungjawab merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat
seseorang.
4. Kita hendaklah bijak berikhtiar untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi
mengarahkan Doktor Murni menghubungi hospital lain untuk mendapatkan bekalan
darah bagi mengisi tabung darah di hospital mereka yang kehabisan.
5. Kita hendaklah bersedia menderma darah untuk
menyelamatkan nyawa pesakit/insan yang memerlukannya.
Contohnya,
Doktor Murni dan Nusia bermurah hati untuk menderma darah bagi menampung
bekalan darah yang tidak mencukupi di bank darah hospital.
Terima kasih. Nota ini amat berguna untuk pembelajaran saya,:-)
BalasPadamk
PadamSama2...moga mendapat keputusan yg cemerlang nanti
BalasPadamk
PadamSama2...moga mendapat keputusan yg cemerlang nanti
BalasPadamk
PadamTerima kasih, cikgu...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam sejahtera cikgu. Terima kasih atas nota yang sangat membantu. Boleh saya tanya adakah cikgu ada menerbitkan nota Burung Terbang Dipipiskan Lada?
BalasPadampersoalannya x de ker cikgu ??
BalasPadamthanks cikgu
BalasPadamTerima kasih cikgu.halal kan ap yg saya ambik point.doakn kejayaan sy dlm spm 2016 .amin
BalasPadamTerima kasih cikgu.halal kan ap yg saya ambik point.doakn kejayaan sy dlm spm 2016 .amin
BalasPadamamin
Padamade x latar dan gaya bahasa ???
BalasPadamTerima kasih banyak2 cikgu
BalasPadamThanks for inform
BalasPadamcikgu , latar masa , latar masyarakat , latar tempat tak de ke ?
BalasPadamcikgu , latar masa , latar masyarakat , latar tempat tak de ke ?
BalasPadam