BURUNG
TERBANG DIPIPISKAN LADA
A. SINOPSIS
A. SINOPSIS
- Negara
Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh
sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan
Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada
raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan menghantar
hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka.
- Sultan
Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di
Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari
Kelang dengan keluarga mereka dengan tujuan supaya mereka berperang dengan
bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat
dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta
tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.
- Ada seorang
Kelang iri hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya kepada Sultan bahawa
Tun Perak mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk ditanya.
Tun Perak berkata dia bertugas untuk negara. Dia meminta sultan
memecatnya jika percaya fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan
percakapan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka
Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri
Nara Diraja di balai perjumpaan.
- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja dan sebahagian berpihak Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak bermaufakat hingga boleh membinasakan negara. Sultan sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua.
- Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah ini iaitu Paduka Raja dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.
- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai pertahanan Melaka untuk menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang sudah sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar pula telah menaiki perahu dan melanggar banyak perahu Siam hingga mereka kalah. Tentera Siam sangat hairan.
- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam,Paduka Bubunnya sangat marah. Dia mengarahkan anaknya Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya.
- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya mengarahkan ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.
- Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.

B. TEMA:
-
Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi.
- Contoh:
Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka
supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan Siam.
C.
PERSOALAN:
1.
Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi - Contohnya, Sultan Muzaffar
menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk
mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.
2. Perpecahan
dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara - Contohnya, perbalahan antara
Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan
Melaka dalam keadaan bahaya.
3. Bersiap
siaga dengan ancaman musuh - Contohnya, Paduka Raja sentiasa bersiap sedia
dengan strategi awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.
4.
Kepentingan ilmu dalam kehidupan - Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang
tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan
panahnya dari Melaka.
5.
Keberanian menghadapi cabaran - Contohnya, Tun Perak tidak takut apabila
dipanggil sultan setelah orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya
beliau berani memberi jawapan yang baik hingga sultan melantiknya sebagai
perdana menteri.
6. Taat
setia kepada pemimpin - Contohnya, rakyat Melaka setia dan memberikan daulat
kepada sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan
maju.
D. WATAK DAN
PERWATAKAN:
1. Tun
Perak:
- pembesar
Melaka yang menjaga daerah Kelang.
- bijaksana
- mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam.
- baik hati
- menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin
semula.
- berani -
memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka.
-
berpengaruh - beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengkita
dengan Seri Nara diraja.
2. Sultan
Muzaffar Syah:
-
mementingkan keharmonian Melaka - berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri
Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.
- perihatin
- meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan.
- bijaksana
- mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.
- Tidak
terburu-buru - tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya
memanggil Tun Perak menceritakan keadaan yang sebenarnya.
- menghargai
rakyatnya - memberi anugarah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah
membunuh Cau Pandan.
E. LATAR:
1. Latar
tempat:
- Melaka -
cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
- Muar -
askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.
- Batu Pahat
- askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
- Kelang -
tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
- Siam -
tempat tinggal Paduka Babunnya.
2. Latar
masa:
- Zaman
Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.
- Zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42
tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.
- Zaman Tun
Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan
gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.
F. NILAI:
1.
kebijaksanaan - Tun Perak bijaksana apabila membakar bokok bakau pada waktu
malam hingga cahaya api itu disangka askar Melaka yang ramai dan menakutkan
askar Siam.
2. baik hati
- Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang
persalinan.
3. bersatu
padu - Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan askar Siam.
4.
Keikhlasan - Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk
menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
5.
keberanian - Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga
dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan.
6.
Pengorbanan - Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan
Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
G.
PENGAJARAN:
1. Kita
mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara. Contohnya ............
2. Kita
mestilah bijak menggunakan strategi untuk mendapat kemenangan.
Contohnya...........
3. Kita
mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan. Contohnya ..............
4. Kita
mestilah sanggup bekeorab demi mendapatkan kebaikan. Contohnya, Sultan
Muzaffar...........
5. Kita
mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju. Contohnya,
...............
6. Kita
mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain kepada
kita. Contohnya, Sultan Muzaffar ..................................
terima kasih cikgu
BalasPadam