Rabu, 29 Jun 2016

Novel Songket Berbenang Emas

Tema:

Ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.

• Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital, Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya. Kehidupan • Dahlia semakin tertekan apabila abahnya dipatuk ular. Dahlia terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan adik-adik dan keperluan rumah mereka.Namun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan tersebut. • Dahlia juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang lemas di sungai berhampiran rumahnya. • Dahlia juga tabah melayan kerenah neneknya yang membenci keluarga Dahlia kerana keluarga mereka hidup dalam kemiskinan berbanding anak-anaknya yang lain yang hidup senang. Novel Songket Berbenang Emas Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016 • Dahlia tetap tabah apabila mengetahui neneknya dan Pak Cik Seman ingin menjual tanah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. • Dahlia juga tabah mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang kurang selesa di pusat pemindahan banjir. • Berkat ketabahan Dahlia,akhirnya dia telah berjaya dalam STPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.

Persoalan

1. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Allah - Dahlia menyerahkan jodohnya dengan Azhari kepada Allah. Dia mahu meneruskan pelajarannya demi membaiki taraf hidup keluarganya.

2. Persoalan kasih sayang antara keluarga - Embong amat menyayangi isterinya, saleha dan anak-anaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga ke malam untuk menyara keluarganya. Beliau tetap menyayangi isterinya walaupun Saleha menghidapi tekanan mental. - Dahlia amat menyayangi emaknya. Dahlia sanggup ponteng sekolah untuk menziarahi emaknya yang dirawat di Hospital Permai. - Dahlia sangat menyayangi adik-adiknya, Melati, Anggerik, Mawar dan Abu Bakar. Dahlia sanggup keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah kerana mahu menguruskan keperluan adik-adiknya. - Mawar sangat menyayangi keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya.

3. Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan - Embong sedar akan kepentingan ilmu kepada anak-anaknya. Oleh sebab itu, beliau marah apabila mendapat tahu Dahlia mahu berhenti sekolah kerana mahu menjaga adik-adiknya.Beliau mahu Dahlia meneruskan persekolahannya, walaupun Embong sendiri tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalahnya setelah isterinya dirawat di hospital. - Embong mengatakan bahawa beliau sanggup bersusah payah untuk memastikan anak-anaknya Berjaya dalam pelajaran.

4. Persoalan keinginan untuk membaiki taraf hidup (m/s 31 – Dahlia ingin membaiki diri sendiri dan keluarga ) - Dahlia mahu membaiki diri dan keluarganya oleh sebab itu dia tidak memberi kata putus semasa Azhari ingin melamarnya.

5. Persoalan kemiskinan hidup di kampung - Keluarga Dahlia hidup dalam kemiskinan sehingga dibenci oleh neneknya sendiri. - Anggerik menangis kerana tidak mahu minum susu yang cair akibat susu telah habis dan keluarga Dahlia tiada wang untuk membeli susu. - Dahlia tidak mahu rakan-rakannya datang ke rumah pada Hari Raya Aidilfitri kerana tidak mahu mereka tahu keadaan keluarganya yang hidup dalam kemiskinan. Novel Songket Berbenang Emas Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016

6. Persoalan kepercayaan karut masyarakat kampung. - Nek Kiah percaya di rumah Dahlia ada hantu oleh sebab itu, seorang demi seorang keluarganya ditimpa bencana. (m/s 50-53- Nek Kiah tidak mahu dipadamkan kapur yang diletakkan dipintu rumah Dahlia kerana dikatakan boleh menghalau hantu) - Nek Kiah menuruh seorang anak muda membawa Said keliling rumah sebanyak tujuh kali kerana dikatakan Said boleh hidup semula jika dibuat begitu. (m/s 56- Nek Kiah menyuruh seorang anak muda membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali )

7. Persoalan kesabaran dalam mengharungi dugaan hidup - Dahlia tetap bersabar apabila Aton menyindirnya sewaktu dihantar oleh Azhari. - Dahlia tetap bersabar apabila Aton mengatakan emaknya gila. - Dahlia bersabar mengharungi kehidupannya walaupun keluarga mereka hidup dalam kemiskinan. - Dahlia tetap bersabar menghadapi kerenah Nek Kiah yang membenci keluarganya.

8. Persoalan semangat untuk menempa kejayaan - Dahlia terpaksa berulang alik ke sekolah setelah emaknya dirawat di hospital kerana dia tetap ingin belajar. - Dahlia bersemangat mengulang kaji pelajaran di pusat pemindahan banjir demi mencapai kejayaan dalam STPM.

9. Persoalan keberanian menyelamatkan nyawa orang lain - Dahlia seorang yang berani kerana sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said walaupun sungai itu arusnya deras.

10. Persoalan semangat setia kawan - Kavita membawa Najib datang ke rumah Dahlia apabila Dahlia kerap tidak hadir ke sekolah. Hal ini membuktikan semangat setia kawan yang tinggi. - Kavita diminta oleh Cikgu Hisyam untuk membuat salinan nota untk diberikan kepada Dahlia. Kavita menurut suruhan cikgunya kerana dia mempunyai semangat setia kawan dalam membantu rakannya yang dalam kesusahan.

11. Persoalan sikap mementingkan diri sendiri - Nek Kiah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana tidak mahu membantu anak dan cucunya sendiri yang hidup dalam kemiskinan. - Seman, anak Nek Kiah juga seorang yang mementingkan diri sendiri kerana berpakat denganNek Kiah untuk menjual tanah yang menjadi tempat tinggal keluarga Dahlia.

12. Persoalan suka berprasangka buruk terhadap orang lain - Aton suka buruk sangka terhadap Dahlia apabila Azhari dan Najib berkunjung ke rumahnya. - Aton juga mengatakan emak Dahlia “orang gila” - Aton juga telah menuduh Dahlia yang menjadi penyebab kematian anaknya, Said. Novel Songket Berbenang Emas Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016

13. Persoalan sikap keprihatinan terhadap orang lain - Tauke Lim amat prihatin terhadap keluarga Embong. Beliau selalu membantu Dahlia dan keluarganya dengan memberi hutang apabila keluarga Dahlia membeli barang di kedainya. - Haji Sulaiman juga amat prihatin kepada keluarga Embong. Beliau juga membantu membawa Saleha untuk dirawat di hospital. Beliau juga selalu meminjamkan wang kepada Embong. - Cikgu Hisyam juga seorang yang prihatin terhadap masalah Dahlia. Beiau menyuruh Kavita membuat salinan nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah.

Watak Utama

1. Dahlia

• Anak sulung (m/s 8)- harapan keluarga mempunyai lima orang adik • Seorang yang bakal menduduki STPM (m/s 5) • Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim (Ting. 6) (m/s 42) dan Sekolah Menengah Tun Ismail (Ting.1 – Ting.5) • Tertekan dengan masalah yang menimpa keluarganya • Seorang yang bijak-Cikgu hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM. Dahlia merupakan pelajar harapan sekolah. Dahlia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun. • Hidup dalam suasana kemiskinan –berhutang dengan Tauke Lim (m/s 14) • Ibunya menghidap penyakit kemurungan • Bapanya dipatuk ular • Seorang yang tidak sombong –melayan Aton yang menyindirnya ketika dihantar pulang oleh Azhari (m/s 10) • Seorang yang taat akan perintah Allah- berdoa selepas sembahyang Isyak (m/s 19) • Seorang yang penyayang – sanggup keluar dari asrama untuk menguruskan adik-adiknya. • Seorang yang menghormati tetamu –memberi layanan yang baik kepada tetamu menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya (m/s 21)/ menghidangkan air bujang ketika Kavita dan Najib berkunjung ke rumahnya (m/s 78) • Seorang yang menjaga tatasusila budaya – akur kepada budaya Melayu yang melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua (m/s 27) • Seorang yang berani- Dahlia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said (m/s 53) • Seorang yang berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan (m/s 57) • Seorang yang bertanggungjawab- Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital (m/s 73) Novel Songket Berbenang Emas Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016 Watak Sampingan 1. Saleha • Ibu Dahlia • Berumur 39 tahun (m/s 16) • Mempunyai enam orang anak (Dahlia,Melati,Kiambang, Mawar,Anggerik dan Abu Bakar) • Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang • Bekerja sebagai penoreh getah • Seorang yang penyayang- semasa sihat ,beliau yang menjaga semua keperluan anak-anaknya.

2. Embong

• Bapa Dahlia . Berasal dari Melaka. • Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Beliau tidak mahu anakanaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit. • Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya • Seorang yang percaya akan kehendak takdir –Isterinya menjadi kurang siuman (m/s 22) • Seorang yang penyabar (m/s 24)- Sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin. • Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya – menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia (m/s 32) • Seorang yang berani- Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.

3. Azhari

• Berkumis nipis • Bermuka bulat (m/s 7) • Tinggi • Kacak • Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail. • Berpendidikan tinggi- baru mendapat segulung ijazah • Suka akan Dahlia • Seorang yang suka memberi nasihat- menyuruh Dahlia belajar bersungguhsungguh(m/s 6) • Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.

4. Siti Wangi

• Sahabat Dahlia • Bermuka bulat • Sentiasa ceria Novel Songket Berbenang Emas Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016

5. Tauke Lim

• Berbangsa Cina • Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia- sanggup membantu keluarga Dahlia dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada Embong untuk dibayar kepada Nek Kiah yang berhasrat menjual tanah tempat mereka tinggal. • Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia berhutang • Seorang yang prihatin akan masalah orang lain- Sangat prihatin atas nasib keluarga Embong • Seorang yang pemurah- menyumbangkan barang-barang untuk sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun. • Seorang yang setia kawan – menganggap dia dan Embong sudah berkawan lama • Seorang yang pandai bergaul- Walaupun Tauke Lim berbangsa Cina tetapi beliau amat disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul.

6. Nek Kiah

• Ibu Saleha • Suka membandingkan antara anaknya- Nek Kiah suka membandingkan anak-anaknya dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah lebih menyayangi cucu-cucunya yang lain. • Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah tidak suka akan keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan, dia langsung tidak membantu malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong yang tidak diketahui asal usulnya. • Seorang yang pemarah • Seorang yang suka mempercayai perkara tahyul- Nek Kiah mengatakan rumah Dahlia ada hantu. Dia menggores kapur di setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau hantu. • Seorang yang mementingkan diri- Nek Kiah tidak mengambil tahu akan keperitan hidup cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital.

Latar Tempat

1. Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi. (m/s 1)
2. Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia (m/s 4)
3. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima (m/s 7)
4. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
5. Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.(m/s 91-92)
6. Kebun getah- 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah (m/s 17)
7. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia (m/s 23). Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital.
8. Hospital Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal
9. Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular. (m/s 153) 10. Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat (m/s 46) di bilik 16. Di sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.
11. Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia (m/s 47)- Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai ini.
12. Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia di sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
13. Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini .(m/s58)
14. Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia. (m/s 58)- Dahlia disindir oleh Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.
15. Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampong Dahlia.

Latar Masa

1. Petang – Azhari menghantar Dahlia balik ke kampungnya dari asrama (m/s 9)
2. Maghrib- Sehingga maghrib Saleha belum pulang ke rumah ….kentung azan pun sudah bergema (m/s 17)
3. Pagi- Dahlia menunggu bas untuk ke sekolah
4. Malam- Haji Sulaiman datang bersama dengan tiga orang pekerja hospital
5. Empat bulan sebelum peperiksaan STPM- Cikgu Salwani tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama kerana periksaan STPM hanya tinggal empat bulan sahaja.
6. Pukul 8:30 malam- Kambing Embong hilang dicuri orang. (m/s 126)
7. Pukul 3:41 petang –Dahlia menunggu di luar wad untuk melawat abahnya. (m/s 138)
8. Tidak sampai seminggu- Embong dirawat di Hospital Batu Pahat. (m/s 177)
9. Pada waktu petang selepas solat Jumaat- Abu Bakar menemui Dahlia dan bertanyakan sama ada abah mereka masih marah akan tindakannya menjual kambing abahnya.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat kampung - Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain. - Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Mauludir Rasul.
2. Masyarakat guru - Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia. - Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. - Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana dia sorang yang bijak .
3. Masyarakat pelajar - Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah. - Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim. - Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum.
4. Masyarakat yang saling membantu – Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat Embong meluahkan perasaan (m/s 26) –Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
5. Masyarakat yang bertanggungjawab - Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi masalah (m/s 24 dan 27)
6. Masyarakat remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya - Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja.
7. Masyarakat yang insaf akan kesilapannya - Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakanrakannya. Dia juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik abahnya sendiri. - Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.
8. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup - Embong tabah menghadapi keadaan hidup mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan - Embong juga tabah apabila beliau tidak disukai oleh ibu mentuanya, Nek Kiah. - Embong tabah apabila isterinya mengalami masalah mental. Novel Songket Berbenang Emas Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016 - Embong tetap tabah apabila rumah yang diduduki oleh keluarganya dilanda banjir. - Dahlia tabah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar walaupun emaknya dimasukkan ke hospital dan ayahnya dipatuk ular. - Dahlia juga tabah apabila dihina oleh Aton yang menyalahkannya sewaktu menyelamatkan Said yang mati lemas. - Dahlia juga tabah berhadapan dengan Azhari yang ingin melamarnya walaupun pada ketika itu terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuhinya.
9. Masyarakat yang penyayang - Embong sangat menyayangi anak-anaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk menanggung keluarganya. - Dahlia juga amat menyayangi adik-adiknya. Dia sanggup ponteng sekolah apabila Anggerik sakit. - Saleha juga merupakan emak yang penyayang. Semasa beliau sihat, beliaulah yang menjaga keperluan keenam-enam anaknya itu.
10. Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaan - Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia mengetahui Dahlia mempunyai emaknya yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam kemiskinan namun akhirnya dia tetap melamar Dahlia . - Najib juga mencintai Dahlia. Dia mengambil berat apabila Dahlia kerap ponteng sekolah.

Binaan Plot

Plot novel ini mengikut kronologi urutan masa.
Permulaan Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola jaring.Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan.Azhari datang menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti . Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais. Perkembangan Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah pada waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung.Nek Kiah menyalahkan Embong yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaannya semakin serius.Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana menguruskan adik-adiknya.Abah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana dipatuk ular.

 Perumitan/Konflik
• Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak RM15,000.Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu. • Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said. • Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke rumah Dahlia.Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia. • Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang merisik Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain. • Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin terhadap orang lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga. Klimaks/Kemuncak Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya.Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia sehingga benar-benar pulih.Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga Dahlia. Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman.

Peleraian/ Pengakhiran Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir.Keluarga Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM tamat..Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia di stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.

 Gaya Bahasa (Lengkapkan contoh gaya bahasa di bawah ini) 1. Sinkope –Contohnya : 2. Metafora- Contohnya: 3. Simile –Contohnya : 4. Peribahasa–Contohnya : 5. Personifikasi–Contohnya : 6. Hiperbola–Contohnya : 7. Bahasa asing- –Contohnya : Bahasa Inggeris – Bahasa Jepun- Bahasa Indonesia- Bahasa Arab

Nilai
 1. Kasih sayang (Lengkapkan contoh bagi nilai kasih sayang) - Kasih sayang anak terhadap ibu bapanya – Contohnya: - Kasih sayang kakak terhadap adik-adiknya- Contohnya: - Kasih sayang suami terhadap isterinya - Contohnya: - Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya - Contohnya: - Kasih sayang bapa terhadap anak-anaknya - Contohnya: - Kasih sayang adik terhadap kakaknya- Contohnya: - Kasih sayang cucu terhadap neneknya- Contohnya: 2. Keberanian - Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya. - Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said. 3. Setia kawan - Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota – nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarganya. 4. Pengorbanan - Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adikadiknya dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM. - Embong sanggup berkorban bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari rezeki. 5. Keikhlasan - Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan. - Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia. - Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya. - Beliau ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di balai raya. - Haji Sulaiman juga ikhlas membantu keluarga Dahlia.Beliau membantu menghantar Dahlia ke stesen bas untuk ke Univesiti Malaya. 6. Nasihat- menasihati - Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah. - Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM. 7. Kerjasama - Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir. - Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran. - Haji Sulaiman bekerjasama dengan Hospital Batu Pahat untuk merawat Saleha. 8. Perpaduan/ Bersatu padu - Masyarakat di Kampung Parit Haji Rais bersatu padu selepas peristiwa banjir yang melanda kampung mereka. - Walaupun penduduk di Kampung Parit Haji Rais berlainan bangsa tetapi mereka hidup bersatu padu. Tauke Lim sanggup menyumbangkan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga selesa tinggal di kampung itu walaupun berbangsa Cina. 9. Kegigihan - Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk mencapai kejayaan dalam STPM. - Dahlia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital. 10. Ketabahan - Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular. - Dahlia juga tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat tinggal mereka. 11. Keinsafan - Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang suka berfoya-foya dengan rakannya. - Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang mencuri kambing abahnya. - Nek Kiah insaf akan kesalahannya yang membenci keluarga Dahlia. Sewaktu Nek Kiah sakit hanya Dahlia dan keluarganya yang menjaga beliau.

Pengajaran
(Lengkapkan contoh bagi setiap pengajaran di bawah ini) 1. Kita hendaklah membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. – Contohnya: 2. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang tugasan. – Contohnya: 3. Kita janganlah berprasangka buruk terhadap orang lain. – Contohnya: 4. Kita mestilah insaf setelah melakukan kesalahan. – Contohnya: 5. Kita mestilah nasihat-menasihati antara satu sama lain. – Contohnya: 6. Kita mestilah bersatu padu demi keharmonian hidup. – Contohnya: 7. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita. – Contohnya: 8. Kita mestilah berani berhadapan dengan sebarang masalah. – Contohnya: 9. Kita mestilah tabah dalam menempuh dugaan hidup. – Contohnya 10. Kita mestilah gigih belajar untuk mencapai kejayaan. – Contohnya: 11. Kita mestilah sedia berkorban demi kebahagiaan orang lain.

Khamis, 4 Februari 2016

DRAMA BUKAN GILA - SHARIF SHAARY

SINOPSIS ( Sumbangan Sy. Siti Hajar )

Drama ini berkisar tentang Azmir yang sedang dirawat di wad sakit jiwa Hospital Besar . Sewaktu di wad tersebut,Azmir telah berkhayal akan kehadiran kekasihnya,iaitu Ani. Azmir telah meminta Ani membawa dia keluar tetapi Ani memberitahu dia bahawa mereka bahagia di tempat itu.
            Kemudian, Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran ayahnya. Beliau bertanyakan khabar Azmir tetapi Azmir memanggil Ani untuk mengusir ayahnya. Ayahnya mengatakan bahawa beliau sayang akan Azmir tetapi Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong lalu berlaku pertelingkahan antara Azmir dengan ayahnya sehingga munculnya khayalan tentang Pak Haji datang dan memberikan salam. Azmir bertengkar pula dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain.
            Ani muncul semula. Azmir bertanya tentang sebab Ani masih di sisinya. Sewaktu itu, Azmir dan Ani bercakap tentang cinta mereka dan makna cinta. Azmir mengatakan bahawa cinta Ani masih bersifat luaran.
            Setelah itu, Azmir dikunjungi oleh doktor. Setelah memeriksa Azmir, doktor membenarkan Azmir bersiar-siar di luar. Kesempatan itu diambil oleh Azmir untuk keluar dari wad Hospital Besar. Akhirnya, Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama yang sedang berlatih drama bertajuk Sasau. Azmir mengatakan bahawa pelakon-pelakon drama Sasau itu sesat. Malah, Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem dalam kehidupan, iaitu sistem prorakyat.
            Sewaktu Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem tersebut kepada para pelakon yang berlatih itu, kepalanya berasa sakit. Setelah reda sakitnya, Azmir memberitahu pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahanya dan penyakitnya adalah betul. Azmir juga menjelaskan bahawa dia datang untuk membetulkan pelakon-pelakon itu bahawa tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah ketidakbenaran, kepalsuan, dan kepura-puraan. Azmir juga ditanya tentang gila. Sebaliknya, Azmir menjelaskan bahawa bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Kemudian, Azmir menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga berdarah. Azmir menjelaskan bahawa tindakannya menghantukkan kepala itu adalah bukan kerana gila tetapi akibat menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung dan tidak terucap dengan kata-kata.
Kemudian,doktor datang dan menjelaskan kedudukan sebenar Azmir. Doktor membawa Azmir pulang ke wad sakit jiwa semula. Setelah itu, keadaan Azmir begitu sejak tingkatan enam dan semakin teruk ketika di universiti. Arif menasihati  ibu bapa Azmir agar bersama-sama membantu Azmir. Arif memberitahu ibu bapa Azmir bahawa Azmir memerlukan kasih sayang, semangat dan perangsang, bukannya cemuhan dan penghinaan. Pelakon II memberitahu ibu bapa Azmir bahawa dia melihat Azmir sedang menghadapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Arif menasihati ibu bapa Azmir agar segera mengunjungi Azmir sebelum terlambat.
            Di wad pesakit jiwa, Azmir berkhayal dan mengimbas kembali tentang kisah cintanya dengan Ani dan kisah hidupnya. Ketika dia sedang berkhayal,dia menjadi lemah dan rebah ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Kematiannya dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak. Berita itu membuatkan Ani berasa bersalah dan berasa dirinya bersikap kejam terhadap Azmir.
  
PERWATAKAN
AZMIR
1.         Azmir merupakan watak utama drama.
2.         Dia seorang anak muda .
3.         Azmir menghidap penyakit barah otak.
4.         Dia dikatakan telah mengalami sakit jiwa.
5.         Azmir menerima rawatan sakit jiwa di Hospital Besar.

ARIF
1.         Dia merupakan pengarah drama Sasau.
2.         Arif prihatin terhadap keadaan Azmir.
3.         Arif telah menasihati ibu Azmir berkaitan dengan kasih sayang ibu terhadap        anaknya.
4.         Dia seorang yang berjiwa besar,iaitu sanggup belajar daripada Azmir untuk          membantunnya membikin drama Sasau.

DOKTOR RAZI
1.         Beliau merawat Azmir yang dikatakan menghidap sakit jiwa.
2.         Doktor Razi tidak memahami penyakit yang dialami oleh Azmir.
3.         Doktor Razi bersikap baik terhadap Azmir kerana telah membenarkan Azmir       bersiar-siar.

IBU AZMIR
1.         Beliau telah mengesan sikap gila-gila Azmir sejak anaknya itu di tingkatan enam.
2.         Beliau tidak mampu mengurus Azmir.
3.         Ibu yang tidak menjaga anaknya kerana Azmir lebih suka tinggal di rumah neneknya.
4.         Ibu yang berasa malu dengan sikap anaknya yang gila-gila.

  
NILAI
1.         Nilai keprihatinan.
            Contohnya, Arif prihatin akan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh   Azmir.             Arif juga memahami bahawa Azmir tidak gila.
2.         Nilai kesetiaan.
            Contohnya, Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia         terbayang-bayang       Ani datang kepadanya walaupun hakikatnya, Ani telah meninggalkannya.
3.         Nilai baik hati.
            Contohnya, doktor bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dengan mencari       dan membawa Azmir ke wad pesakit jiwa semula.
4.         Nilai menghargai.
            Contohnya, Azmir menghargai petani, nelayan dan buruh yang telah menyumbang          demi kesejahteraan hidup orang lain.
5.         Nilai kasih sayang.
            Contohnya, bapa Azmir menziarahi Azmir yang dirawat di wad pesakit jiwa.

  
PENGAJARAN
1.         Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat        membantu mereka.
            Contohnya, Arif prihatin terhadap nasib Azmir dan telah menasihati ibu Azmir agar        segera melawat Azmir di wad pesakit jiwa sebelum terlambat.
2.         Kita hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan     khianat.          
            Contohnya, Azmir setia terhadap Ani yang telah meninggalkannya setelah Ani    beranggapan bahawa Azmir gila.
3.         Kita mestilah bersikap baik hati kepada orang lain.
            Contohnya, doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dengan membenarkan Azmir         bersiar-siar di kawasan hospital.
4.         Kita hendaklah menghargai jasa orang lain supaya orang tersebut tidak berasa      dipinggirkan.
            Contohnya, Azmir menghargai jasa-jasa petani, nelayan, dan buruh yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup.

5.         Kita haruslah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak.     Contohnya, bapa Azmir menziarahi Azmir walaupun anaknya itu dikatakan gila.

GERHANA MANUSIA - AMINAH MOKHTAR

SINOPSIS ( Sumbangan Sy. Siti Hajar )

Cerpen ini memaparkan kisah seorang doktor yang mementingkan ganjaran material ketika merawat pesakit sehingga menyebabkan berlakunya pengabaian nilai kemanusiaan. Profesor Doktor Juaidi cuba mempengaruhi kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang utama kepada jamuan tahunan kelab elit mereka.
     Nusia sedang memberikan rawatan kepada Tuan Besar Musa yang koma dan semakin tenat akibat pengambilan minuman keras selama bertahun-tahun. Nusia memberitahu Doktor Murni berkaitan dengan bank darah yang sudah kehabisan stok tabung darah. Doktor Murni mengarahkan Nusia supaya menngebahkan masalah itu kepada pihak media dengan harapan ada insan yang mahu mendeerma darahnya kepada Tuan Besar Musa.
     Dalam keadaan dirinya yang seddang koma dan tenat itu, Nusia merasakan bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu lagi diselamatkan kerana dia hanya hidup bergantung pada alat sokongan hayat. Bagi Nusia, dalam keadaan kritikal tersebut, bacaan surah Yasin dan pengucapan Syahadah lebih diperlukan. Nusia turut mempersoalkan waris Tuan Besar Musa yang tidak kelihatan menjenguknya. Doktor Murni menyatakan bahawa Profesor Doktor Juaidi mahu Tuan Besar Musa hidup. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi itu. Menurut Nusia, harapan Tuan Besar Musa untuk hidup adalah terlalu nipis dan arahan Profesor Doktor Juaidi supaya dia memasukkan darah ke dalam tubuh Tuan Besar Musa itu dianggap satu pembaziran. Doktor Murni meminta Nusia agar tidak terlalu beremosi dan menurut sahaja arahan itu.
     Di wad Unit Rawatan Rapi terdapat pesakit-pesakit yang sedang koma serta menunggu bantuan darah untuk membolehkan mereka kembali sihat. Solehah tenat dan koma akibat pundi janinnya yang pecah di ovary. Al-Hafiz pula ditimpa kemalangan kereta. Di wad Unit Rawatan Rapi itu juga terdapat bayi buangan yang hampir kekeringan darah, gadis malang yang koma dan tenat akibat didera, dan mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia. Nusia mengatakan bahawa selagi riwayat hidup pesakit di wad itu ditentukan oleh Profesor Doktor Junaidi, maka selama itulah akan berlaku ketidakadilan dalam proses rawatan di situ.
     Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek darah daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan. Profesor Doktor Juaidi memberitahu Nusia bahawa Tuan Besar Musa merupakan tokoh korporat dan teknokrat yang banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit hospital itu. Sifat dermawannya yang telah menaja majlis makan malam tahunan yang bernilai ratusan ribu menyebabkan Profesor Doktor Juaidi berasa amat terhutang budi dan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawanya.
     Nusia memberitahu bhawa tekanan darah Solehah semakin rendah. Profesor Doktor Juaidi menyuruh Nusia memberikan gelafundin untuk menggantikan darah disebabkan bekalan darah tidak mencukupi. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak mahu memberikan darah tulen kepada Solehah. Profesor Doktor Juaidi menyoal Nusia mengenai status perempuan yang sedang koma itu jika dibandingkan dengan Tuan Besar Musa. Akhirnya, Nusia akur dengan arahan Profesor Doktor Juaidi dan mengambil sebotol gelafundin lalu dimasukkan ke dalam tubuh Solehah yang sedang koma untuk menggantikan darah.
     Nusia meluahkan rasa kesalnya kepada Doktor Murni mengenai pek-pek darah di dalam bank darah di hospital itu adalah kepunyaan kelab yang boleh dijual. Doktor Murni memujuk Nusia supaya tidak terlalu emosional kerana mereka ialah golongan minoriti di hospital itu. Nusia mengatakan bahawa berlakunya pembaziran darah apabila seratus pek darah diperlukan selama dua hari untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa yang koma serta memang tidak boleh diselamatkan. Walhal, hanya empat pek darah diperlukan untuk menyelamatkan mahasiswa yang berpenyakit leukemia itu dan setengah pek darah sahaja diperlukan untuk menghidupkan bayi buangan yang sedang koma.  
     Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk memberikan peluang kepada empat orang yang sedang koma pulih kembali. Juruteknik makmal darah itu menegaskan bahawa darah itu adalah untuk kegunaan Tuan Besar Musa. Nusia menjelaskan bahawa Tuan Besar Musa sebenarnya sudah mati kerana hanya adrenalin, dopamine, serta atropine yang masih merangsang denyutan jantungnya ketika itu. Juruteknik makmal darah itu termakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup menanggung segala risiko atas tindakannya itu.
     Nusia berasa bahawa bantuan darah-darah itu mampu menyelamatkan Solehah, mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia, dan menyembuhkan al-Hafiz yang boleh mengajar beratus-ratus tahfiz kecil. Bagi Nusia, sekiranya lima pek darah itu dimasukkan ke dalam Tuan Besar Musa, nilai pembaziran yang amat besar dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi.
     Profeser Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadar penggunaa adrenalina,dopamine dan atropina . Namun demikian,Tuan Besar Musa yang sedang tenat dan koma itu gagal di selamatkan dan meninggal dunia . Profesor  Doktor Juaidi berasa tertekan kerana kematiannya menyebabkan kelab elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu .
     Doktor Murni datang dan memberikan surat peletakkan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu yang mengetepikan nilai kemanusiaan terhadap pesakit. Keadaan itu menyebabkan Profesor Doktor Juaidi tercengang dengan keputusan Doktor Murni itu . Kemudian, Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah supaya mereka dapat menderma darah untuk disalurkan kepada semua pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu .


PERWATAKAN
NUSIA
1.    Nusia ialah seorang jururawat yang bertugas di Wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital .
2.    Dia merupakan seorang yang akur akan perintah ketua.Contohnya,dia menurut arahan Profesor Doktor Juaidi supaya memberikan sebotol gelafundin kepada Solehah untuk menggantikan darah tulen.
3.    Nusia seorang yang penyayang,iaitu dia amat menyanyangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
4.    Nusia seorang yang bertanggungjawab.
Contohnya, dia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan terhadap pesakitnya Tuan Besar Musa dengan penuh tanggungjawab .
5.    Dia seorang yang sangat bersimpati.
Contohnya,dia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah .

DOKTOR MURNI
1.  Doktor Murni merupakan pegawai perubatan muda di sebuah hospital .
2.  Dia bertugas merawat pesakit di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu .
3.    Doktor Murni mementingkan aspek kemanusiaan pesakit.
Contohnya, dia menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai doctor kerana tidak berpuas hati dengan kaedah rawatan untuk pesakit di hospital itu.
4.    Dia seorang yang prihatin dan bertanggungjawab .
Contohnya,dia memaklumkan kepada Profesor Doktor Juadi mengenai bekalan darah di bank hospital itu yang telah kehabisan stok .
5.    Dia bersifat tenang ketika merawat pesakit.
Contohnya,dia menasihati Nusia agar tidak terlalu emosional ketika merawat Tuan Besar Musa .

PROFESOR DOKTOR JUAIDI
1.  Profesor Doktor Juaidi merupakan pegawai perubatan senior di sebuah hospital.
2.  Dia merupakan ketua jabatan kepada Doktor Murni dan seorang jururawat,          Nusia.
3.  Profesor Doktor Juaidi sudah berumur, bermata bulat dan berkening lebat.
4.    Dia amat mementingkan ganjaran material daripada nilai kemanusiaan. Contohnya, dia berasa tertekan apabila Tuan Besar Musa meninggal dunia kerana kelab elit hospitalnya akan kehilangan tajaan berjumlah RM100 ribu.
5.  Dia seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah.
Contohnya, dia meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah tulen untuk mengisi tabung darah di hospitalnya yang kehabisan stok.

TUAN BESAR MUSA
1.    Tuan Besar Musa merupakan seorang elit korporat dan teknorat yang memiliki gedung perniagaan yang besar.
2.  Dia merupakan seorang dermawan.
3.  Tuan Besar Musa ialah seorang suami kepada wanita jelita yang tidak setia.
4.  Dia mempunyai sepasang anak yang menjadi penagih dadah berjenis heroin.
5.  Tuan Besar Musa mempunyai perut yang buncit.

NILAI
1.  Nilai kasih sayang.
Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
2.  Nilai belas kasihan.
Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
3.  Nilai tanggungjawab.
Contohnya, sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab untuk merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
4.  Nilai kebijaksanaan.
Contohnya, Profesor Doktor Juaidi bijak mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di bank darah, iaitu dengan mengarahkan Doktor Murni mendapatkan bekalan darah tersebut daripada hospital lain dengan segera.
5.  Nilai sayang akan nyawa.
Contohnya, Nusia mengatakan bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk menyelamatkan empat nyawa pesakit yang sedang koma.

PENGAJARAN
1.    Kita mestilah bersifat penyayang sesama insan tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
2.    Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang.
Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
3.    Kita perlulah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi. Contohnya, sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
4.    Kita hendaklah bijak berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni menghubungi hospital lain untuk mendapatkan bekalan darah bagi mengisi tabung darah di hospital mereka yang kehabisan.
5.    Kita hendaklah bersedia menderma darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit/insan yang memerlukannya.

Contohnya, Doktor Murni dan Nusia bermurah hati untuk menderma darah bagi menampung bekalan darah yang tidak mencukupi di bank darah hospital.

HIPERTENSI - ILLIAS ZAIDI

SINOPSIS ( Sumbangan Sy. Siti Hajar )

Cerpen ini mengisahkan seorang pelajar bernama Aiman Aqil yang sangat meminati bidang penerokaan sains angkasa lepas. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman yang berehat di rumah banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit yang sudah tergondola akibat kerja-kerja penerokaan dan pembangunan tanah. Kemudian, cerita ini berkisarkan tentang peristiwa masa lalu yang ditempuhi oleh Aiman sepanjang perjalanan hidupnya. Aiman teringat kembali peristiwa Cikgu Faridah mengajarnya dan murid-murid sekelasnya yang lain berkaitan dengan Teori Graviiti yang dicetuskan oleh Isaac Newton dalam sesi pengajaran subjek Sains tersebut, berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah sehingga suasana di dalam kelas itu menjadi riuh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai professor disebabkan kepintarannya dan dia mempunyai daya berfikir yang tinggi serta matang berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.
            Aiman juga teringat akan kisah dirinya sebagai anak sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. Ketika di rumah, Aiman selalu menyindir adik-adiknya yang kurang bijak menyelesaikan masalah matematik. Ketika menuntut di sekolah rendah, Aiman teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah akibat berasa bosan dan jelek dengan silibus sekolah rendah yang dikatakan tidak setanding dengan daya pemikirannya yang cerdik dan pintar pada waktu itu. Disebabkan Aiman dikurniakan daya berfikir yang tinggi, dia gemar menyakat kawan-kawannya yang agak lambat menyelesaikan latihan terutamanya bagi mata pelajaran Matematik. Perbuatannya yang suka menyakat kawan-kawannya dan merayau di dalam kelas itu menyebabkan Aiman selalu ditegur oleh guru kelas. Guru kelas Aiman melaporkan perkara itu kepada ibu bapa Aiman. Ibu dan bapa Aiman berasa marah apabila mengetahui hal tersebut. Bapa Aiman telah merotan Aiman pada bahagian pinggul sehinggga lebam.
            Aiman telah ponteng kelas disebabkan lebam pada pinggulnya yang belum hilang. Kesempatan itu digunakan oleh Aiman untuk berhalusinasi tentang dunia penerokaan Sains angkasa lepas. Dalam imaginasinya itu, usianya pada waktu itu telah ditambah sepuluh tahun. Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya diandaikan sebagai tempat berlepas ke angkasa lepas dengan menggunakan sebuah kapal angkasa Soyuz. Sikap peliknya terhadap dunia penerokaan Sains angkasa lepas dengan menjadikan pohon kelapa dara sebagai lokasi imaginasi telah diketahui oleh ibu dan bapanya. Kesudahannya, pinggul Aiman dirotan lagi oleh bapanya. Ibunya memprotes tindakan bapanya itu di dalam hati saja.
            Aiman semakin galak membayangkan dirinya sebagai seorang angkasa yang telah diberi peluang mengikuti latihan intensif di bawah program Aeroangkasa bersama-sama dengan pihak Rusia. Aiman membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang mendarat di bulan dengan menaiki kapal angkasa Soyuz dari Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman berpendapat bahawa dia perlu membuat kajian saintifik di Stesen Angkasa Antarabangsa itu terlebih dahulu sebelum meneroka bulan. Seterusnya, daya imaginasi Aiman semakin meluas apabila dia membayangkan dirinya berada di ruang udara angkasa bulan tanpa udara. dengan berpakaian lengkap sebagai seorang angkasawan, dia melihat ciri-ciri fizikal dan keadaan bulan yang sebenar.
            Setelah Aiman meningkat remaja, daya imaginasinya terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas itu masih kuat. Keadaan itu menyebabkan bapanya yang tegas dan kasar itu seringkali menampar Aiman yang masih kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap. Bagi mengatasi masalah Aiman yang gagap dalam pertuturan, ibu dan bapa Aiman telah membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan latihan terapi. Aiman terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata, iaitu kepada Ilahi. Aiman berasa bahawa ibu dan bapanya tidak perlu lagi membawanya untuk mengikuti latihan intensif dan latihan terapi itu. Akhirnya, Aiman sedar akan kesilapan yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan mengharapnya ke hadrat Ilahi.




PERWATAKAN
AIMAN AQIL
1.         Aiman Aqil berumur hampir 20 tahun.
2.         Dia berwajah agak cengkung dan memiliki jari-jemari tangan yang kurus dan       runcing.
3.    Dia merupakan anak sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan, iaiut Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah .
4.    Aiman seorang yang bercakap gagap, iaitu mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum keluar kata-kata.
5.    Aiman mementingkan pengambilan makanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat.
6.    Dia seorang murid yang pintar dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Matematik dan Sains.

BAPA AIMAN
1.    Bapa Aiman mempunyai tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
2.         Dia bertugas sebagai seorang jurutera mekanikal.
3.         Dia dipanggil dengan gelaran “babah” oleh aiman dan anak-anaknya.
4.    Dia seorang yang bertanggungjawab dengan membesarkan tiga orang anaknya di sebuah rumah.
5.    Dia seorang yang bengis dan garang, iaitu dia pernah menampar Aiman dan merotan Aiman kerana kedegilan dan kenakalan anaknya itu.
6.    Dia seorang yang penyayang, iaitu dia berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan terapi.



IBU AIMAN
1.         Ibu kepada tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
2.         Ibu Aiman bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi.
3.         Dia seorang yang penyayang.
Contohnya, dia berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya.
4.         Dia seorang isteri yang taat dan patuh akan suami.
Contohnya, ibu Aiman tidak melawan apabila suaminya merotan Aiman.
5.    Dia seorang yang penyabar.
Contohnya, dia tetap bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman yang bersikap kontras dengan suaminya.

CIKGU FARIDAH
1.         Cikgu Faridah ialah guru Sains di sekolah Aiman.
2.         Dia seorang yang dedikasi.
Contohnya, dia menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya.
3.         Dia seorang yang cepat marah.
Contohnya, wajahnya segera berubah apabila Aiman mempertikaikan teori gravity yang diajarinya dengan kuasa Tuhan.
4.    Cikgu Faridah seorang yang bijak melihat potensi murid.
Contohnya, dia menggelar Aiman sebagai professor kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya itu.

NILAI
1.   Nilai kasih sayang.
Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
2.  Nilai kebijaksanaan.
Contohnya, Aiman boleh menyelesaikan latihan Matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun.
3.  Nilai belas kasihan/bersimpati.
Contohnya, ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya.
4.  Nilai dedikasi.
Contohnya, Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti denga bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya.
5.  Nilai tanggungjawab.
Contohnya, bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.

  
PENGAJARAN
1.       Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.
Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
2.    Kita hendaklah bijaksana  dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, Aiman boleh menyelesaikan latihan matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun.
3.    Kita mestilah dedikasi dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Cikgu Faridahmenerangkan ilmu Teori Graviti denga bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya
4.    Kita perlulah bertanggungjawab terhadap aspek kesihatan ahli keluarga. Contohnya, bapa Aiman berusaha merawat kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.
5.       Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan masalah.

Contohnya, ibu Aiman bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman.

( Sumbangan Sy. Siti Hajar )