SAJAK – KUDUP PERANG (Tuah Saujana)
A MAKSUD
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa pada masa ini terus membuat kezaliman dan dendamnya terhadap manusia semakin bernanah. Walau bagaimanapun, penulis menasihati kita agar bersyukur kerana dapat melalui kehidupan yang bebas merdeka hasil daripada usaha pemimpin terdahulu. Kita juga mempunyai kebebasan bersuara dan kebebasan menulis tentang perdebatan pahlawan yang sebenarnya.
RANGKAP 2
Oleh sebab sejarah kepahlawanan Tuah dan Jebat sudah lama berlaku, kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang untuk menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Pelbagai rahsia yang disembunyikan daripada umum tentang kepahlawanan yang sebenar menyebabkan manusia tertanya-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah. Walau bagaimanapun, pada zaman ini, manusia masih lagi mengungkit pertanyaan tersebut kerana mereka belum mengetahui perkara yang sebenar.
RANGKAP 3
Hang Tuah tidak dilabelkan sebagai pemimpin yang tersohor pada ketika itu kerana kesetiaannya terhadap sultan masih diragukan. Selain itu, banyak pembohongan yang berlaku pada waktu itu menyebabkan masyarakat tidak pasti sama ada Hang Tuah benar-benar memiliki ciri-ciri kepahlawanan. Akhirnya, Hang Tuah tidak disanjung tinggi oleh masyarakat dan maruahnya sengsara kerana perbuatannya yang tidak betul.
RANGKAP 4
Hang Jebat tidak digelar sebagai pengkhianat kerana dia mencurahkan kesetiaannya kepada sultan pada waktu itu. Kesetiaan yang ada pada Hang Jebat menyebabkan dia membunuh kawan baiknya, Hang Tuah. Walau bagaimanapun, dia tidak digelar pengkhianat walaupun masyarakat bersedih atas kematian Hang Tuah. Selepas kematian Hang Tuah, Hang Jebat dinobatkan sebagai pemimpin yang sebenar sehingga membelakangkan keadilan.
RANGKAP 5
Peperangan yang berlaku antara pemimpin dengan pemimpin yang dikuasai penipuan. Kebenaran pada waktu itu tidak mempunyai nilai lagi kerana masyarakat lebih percaya dan yakin akan kewibawaan pemimpin daripada menilai kejahatan
yang pernah dilakukannya. Pada masa yang sama, masyarakat akan berusaha untuk membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat sehingga terlupa bahawa mereka belum mendapat seorang pemimpin yang benar-benar berkewibawaan dan berketerampilan.
RANGKAP 6
Walaupun sejarah sudah berlalu dengan waktunya, penulis sedar bahawa manusia pada zaman moden ini masih lagi mengungkit dan bertegang leher untuk memimpin negara dan menguasai pupuk kepemimpinan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka belum dapat mencari seorang pemimpin yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi.
B TEMA DAN PERSOALAN
Tema sajak ini ialah kepentingan kewibawaan dan ketokohan seseorang pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin pada masa ini semakin berani memutar-belitkan keadaan yang sebenar demi menjaga kepentingan diri. Oleh sebab itu, penulis berpendapat bahawa manusia pada zaman moden ini masih memikirkan calon pemimpin mereka yang paling berwibawa dan berketerampilan.
Persoalan
(a) Kewibawaan pemimpin
(b) Ketokohan pejuang bangsa
(c) Kebenaran sejarah kepemimpinan
(d) Perbezaan pendapat antara masyarakat tentang pemimpin
(e) Masalah peperangan yang masih berlaku
(f) Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin
C GAYA BAHASA
(a) Personifikasi
Buktinya, membajakan kezaliman – sering
mengudupkan putik dendam
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
dan darah yang tiba-tiba membuak
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
(b) Metafora
Buktinya, mengudupkan putik dendam
kepada jari-jemari takdir
menumbuhkan kelopak rahsia
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
perca-perca bahagia – seperti perawan
(c) Anafora
Buktinya, untuk berlari dengan tangan bergari
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
(d) Responsi
Buktinya, mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
(e) Sinkope
Buktinya, Andai namamu Tuah, kita masih
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
(f) Imejan atau imej alam
Buktinya, ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
Sehingga senja tiba,
(g) Simile
Buktinya, perca-perca bahagia – seperti perawan
(h) Perlambangan
Buktinya, Sehingga senja tiba
Senja dalam baris sajak di atas melambangkan waktu zaman sudah tua
D NILAI MURNI
(a) Keberanian
(b) Kebijaksanaan
(c) Hemah tinggi
(d) Bertanggungjawab
(e) Amanah
(f) Keadilan
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah berani meluahkan perasaan dan hujah tentang sesuatu perkara yang benar.
(b) Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar berkewibawaan dan memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi waima negara.
(c) Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang berkewibawaan demi menjaga maruah diri dan keluarga.
(d) Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada kita sebagai seorang pemimpin.
(e) Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang memimpin sesuatu organisasi.
(f) Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi memastikan kesempurnaan sesuatu organisasi yang kita pimpin
Rabu, 13 Januari 2016
SAJAK – ERTI HIDUP BERERTI (Teo Wei Sing)
SAJAK – ERTI HIDUP BERERTI (Teo Wei Sing)
A MAKSUD
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa setiap malam yang dilaluinya adalah sepi seribu bahasa yang tidak pernah membawa apa-apa perubahan dalam dirinya. Dia berteka-teki dengan diri sendiri sama ada anaknya akan datang menjenguknya. Oleh hal yang demikian, penulis yang mengeluh telah meluahkan kesunyiannya pada usia tua dengan harapan hari-hari tuanya akan menjadi lebih bermakna.
RANGKAP 2
Penulis hanya dapat membayangkan ketenangan hidup dan kesegaran usia mudanya yang pernah dilaluinya pada usia muda. Pada usia tua yang semakin terbatas ini, penulis meluahkan perasaan kecewanya terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah mengandungkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anaknya tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua, sebaliknya dihantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama. Hal ini menyebabkan penulis berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu sakit waima meneruskan hidupnya.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada anak-anak kandungnya. Penulis juga berharap agar anak-anaknya insaf akan kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak yang derhaka. Penulis ingin menegaskan bahawa setiap manusia akan melalui kehidupan, ketuaan, dan kematian. Oleh hal yang demikian, penulis berharap agar kesedihan dan kepiluan rasanya dapat diubati dengan kasih sayang dan keprihatinan daripada anak-anaknya.
B TEMA DAN PERSOALAN
Tema sajak ini ialah kesunyian hidup warga tua yang berharap agar anak-anak akan datang menjenguknya dan menyayanginya. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis berasa seih dan pilu serta kesunyian pada usia tua. Dia berharap agar anak-anak dapat melawatnya dan memberikan kasih sayang kepadanya sebagaimana dia menyayangi anak-anaknya sewaktu mereka kecil dulu.
Persoalan
(a) Kesunyian hidup pada usia tua.
(b) Kasih sayang ibu kepada anak.
(c) Pengorbanan ibu bapa terhadap anak.
(d) Nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak
(e) Harapan ibu bapa kepada anak.
(f) Kesepian hidup sendirian pada usia tua.
(g) Penderitaan ibu bapa yang diabaikan.
(h) Hidup dan mati ketentuan Tuhan
C GAYA BAHASA
(a) Personifikasi
Buktinya, malam sepi
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
(b) Simile
Buktinya, bagai kalung
(c) Sinkope
Buktinya, yang melingkari leherku
siapa yang akan datang menjengukku
kucari erti hidup
anakku bakaku
(d) Anafora
Buktinya, dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
ada yang mati
ada yang hidup
(e) Responsi

tiada yang kekal kecuali Tuhan.
(f) Metafora
Buktinya, Keheningan tasik
kehijauan rumput
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
(g) Imejan atau imej alam
Buktinya, Keheningan tasik
kehijauan rumput
D NILAI MURNI
(a) Kasih sayang
(b) Ketabahan
(c) Ketaatan
(d) Berdikari
(e) Kesabaran
(f) Bertanggungjawab
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua mereka.
(b) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.
(c) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah dari rumah ibu bapa, malah sentiasa menjenguk mereka.
(d) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain, walaupun sewaktu tua.
(e) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.
(f) Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka

SAJAK – PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS (Sazalee Yacob)

Penulis menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab suasana dan persekitaran bandar dan kampung jauh berbeza, penulis berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Penulis mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di sebuah universiti.
RANGKAP 2
Penulis sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan diri. Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa, dan negara pada masa depan.
RANGKAP 3
Penulis beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya yang sedang menimba ilmu di sana. Walau bagaimanapun, penulis beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif juga tersebar luas apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya waima pengaruh media massa. Oleh hal yang demikian, penulis berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong dan mementingkan status sebagai seorang mahasiswa di bandar.
RANGKAP 4
Penulis berhadap agar anak perempuannya yang belajar di universiti bijak menyesuaikan diri dan belajar dengan bersungguh-sungguh di bandar terutamanya dia yang terpaksa berjauhan daripada keluarga. Dengan kejayaan yang dikecap oleh anaknya, dia dapat mengembangkan sayapnya demi masa depannya yang lebih cerah. Sebaliknya, penulis berharap agar anaknya tidak mudah berputus asa lalu pulang ke pangkuannya. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis mahu anaknya menjadi seorang perantau yang tabah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan harian.
B TEMA DAN PERSOALAN
Tema sajak ini ialah nasihat dan peringatan seorang bapa kepada anak yang bakal melanjutkan pelajaran di menara gading. Dalam sajak ini, penulis berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza daripada di kampung halaman. Selain itu, penulis berharap agar anaknya dapat menjaga jati diri dan maruah diri sepanjang bergelar mahasiswa serta matang dalam pemikiran demi menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
Persoalan
(a) Kepentingan pendidikan demi masa depan
(b) Perbezaan kehidupan di bandar dan di luar bandar.
(c) Fikiran waras dan matang daripada pengalaman hidup.
(d) Cabaran hidup di bandar
(e) Harapan ibu bapa kepada anak yang bergelar mahasiswa
(f) Nasihat ibu bapa kepada anak
C GAYA BAHASA
(a) Sinkope
Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
Kulepaskan kau menjadi burung putih
Pandai-pandailah kau terbang
jangan kau pulang
(b) Responsi

memesrai azimat dan tangkal
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
Di awan kampus yang sarat ilmu
di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan
(c) Anafora
Buktinya, Di awan kampus yang sarat ilmu

(d) Metafora
Buktinya, mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.
(e) Perlambangan
Buktinya, burung kebebasan
sembilu kesedihan yang disebabkan oleh cabaran
tangga gading universiti
(f) Imejan atau imej alam
Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
dari tangga gading.
Kulepaskan kau menjadi burung putih
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api

tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
menongkah awan mulus dan kabus dingin
D NILAI MURNI
(a) Kasih sayang
(b) Kesungguhan
(c) Kegigihan
(d) Ketabahan
(e) Ketaatan
(f) Hemah tinggi
(g) Berdikari
(h) Kesabaran
(i) Kebijaksanaan
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
(b) Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa yang kita sukai.
(c) Kita haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi kegunaan pada masa depan.
(d) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.
(e) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah ke bandar.
(f) Kita haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri yang mulia di mana-mana sahaja kita berada.
(g) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain.
(h) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.
(i) Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan

SAJAK – SEJADAH RINDU (Mohd. Haikal Aminuddin)

Penulis menangis sewaktu sujud di atas kain sejadah sambil membaca ayat-ayat suci dalam sembahyang yang didirikannya. Pada waktu itu, dia yang khusyuk bersembahyang dikuasai rasa insaf yang sudah lama terpendam mula terbit di dalam hati. Hal ini terjadi demikian kerana penulis teringat akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya sejak dahulu.
RANGKAP 2
Dengan penuh keinsafan di dalam hati, penulis tetap bersyukur kerana dia mendapat peluang hidup yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Penulis juga sedar bahawa hidupnya semakin terbatas dan terhad kerana usianya semakin lanjut. Oleh hal yang demikian, penulis berharap agar Tuhan mengampunkannya sebelum dia menemui ajal pada waktu yang ditetapkan oleh-Nya.
RANGKAP 3
Sewaktu bersujud di atas tikar sembahyang, penulis mengalirkan air mata keinsafan dan ikhlas memohon keampunan daripada-Nya. Dalam kesepian dan kesunyian diri pada usia tua itu, penulis juga meluahkan rasa insaf dan taubatnya kepada Tuhan melalui doa yang dipanjatkannya dalam sembahyang yang didirikan. Pada masa yang sama, penulis berasa sebak atas segala-galanya yang terjadi kerana banyak dosa yang telah dilakukannya sebelum ini.
RANGKAP 4
Penulis berasa bahawa perasaannya sedih sekali dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang makin galak menguasai sanubarinya. Oleh sebab itu, dia terus memanjatkan doa di atas tikar sembahyang yang sudah lama digunakannya. Penulis meminta maaf dengan bersungguh-sungguh daripada Tuhan yang Maha Berkuasa agar mendapat keampunan demi meneruskan sisa-sisa hidupnya yang tidal lama lagi akan menemui Pencipta.
RANGKAP 5
Penulis berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa agar dia menjadi manusia yang taat akan didikan agama. Selain itu, penulis juga berjanji akan mengikut segala perintah Tuhan yang Maha Berkuasa. Hal ini penting agar dia tidak akan lupa untuk mengingatkan diri bahawa kita hidup untuk sementara waktu sahaja.
B TEMA DAN PERSOALAN
Tema sajak ini ialah ketuhanan dan ketaatan seseorang kepada agama. Hal ini dapat dibuktikan oleh penyajak yang berasa insaf ketika mendekatkan diri kepada Tuhan. Apabila mengabdikan diri kepada Tuhan, dia berharap agar dosa-dosanya dapat diampunkan sebelum dia meninggal dunia.
Persoalan
(a) Keinsafan seseorang yang banyak berdosa.
(b) Kepentingan mendirikan sembahyang.
(c) Kepentingan didikan agama
(d) Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan.
(e) Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa.
C GAYA BAHASA
(a) Metafora
Buktinya, di sejadah rindu
(b) Bahasa asing, bahasa Arab
Buktinya, mengungkap kalimah syahdu
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
aku sujud menghadap Ilahi
lafaz taubat mengiringi
(c) Pengulangan kata
Buktinya, di sejadah rindu
di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh
(d) Sinkope
Buktinya, mengenang dosaku yang terdahulu
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang Kautetapkan
kemaafan yang kupohon
(e) Responsi
Buktinya, izinkan aku menjadi manusia
agar aku tidak lupa
D NILAI MURNI
(a) Keinsafan
(b) Kepercayaan kepada Tuhan
(c) Rasional
(d) Kesyukuran
(e) Ketaatan
(f) Hemah tinggi
(g) Keikhlasan
(h) Kejujuran
(i) Keberanian
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.
(b) Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa.
(c) Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin tua.
(d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan kepada kita.
(e) Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan.
(f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup.
(g) Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih tenang.
(h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.
(i) Kita mestilah berani menghadapi segala cabaran dalam kehidupan demi ketenangan hidup pada usia tua

SELOKA – BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU (Za’ba)

Baginda sultan menitahkan empat orang pembesar untuk membina istana sebagai mercu tanda kotanya. Oleh hal yang demikian, Pawang Raja telah mengerah rakyat untuk bekerja keras. Sebanyak empat puluh empat orang jurubina dan pandai tukang dan projek pembinaan itu dijalankan siang dan malam tanpa henti.
RANGKAP 2
Pembinaan istana baginda itu menelan masa tujuh bulan sehingga siapkan sempurna dengan perabot dan segala peralatan di dalamnya. Istana yang disiapkan itu tersergam indah dengan sembilan ruang utama yang memiliki sepuluh batang tiang penyokong. Di dalam istana itu, ada kain yang disusun dan diikat serong dengan puncanya tergantung dan memiliki kawasan anjung yang tinggi.
RANGKAP 3
Di dalam istana itu, ada tiga sudut untuk kegunaan lapan orang menteri yang utama yang dihias dengan tiga batang tiang yang dinamakan maharaja lela. Di tengah-tengah istana itu, ada sebatang tiang besar yang kukuh yang bertanggam dengan ukiran corak ular yang garang. Kayu yang melintang pada atap istana pula bercorak seorang puteri yang menyembah dan sebatang kayu yang melengkung pada atap istana juga bercorak ukiran helang di sekelilingnya.
RANGKAP 4
Bahagian tingkap istana raja dibina dengan seni yang istimewa, yakni berukir corak bunga dan ular sawa yang berbaring dengan lemah longlai. Di samping itu, jendela istana pula diperbuat daripada batu yang kukuh dan bertiang. Seni bina ini dipercantik dengan ukiran Jawa dan Cina. Selepas itu, garam ditaburkan di sekeliling istana yang baharu untuk membuang segala kekotoran dan anasir jahat yang cuba dibawa oleh pendatang asing atau nakhoda. Pada pintu istana yang besar itu, ukiran bunga kenanga amat jelas kelihatan bersama corak ular. Demikianlah keunikan istana raja yang siap dibina.
RANGKAP 5
Setelah istana siap dibina, tukang bina istana pun meninggal dunia. Kesetiaan jurubina istana ini menyempurnakan pembinaan istana ini amat terserlah apabila tiada sesiapa yang dapat meniru teknik dan gaya pembinaan istana tersebut. Apabila istana siap dibina, pembesar yang bertanggungjawab dalam pembinaan itu mempersembahkan istana tersebut kepada baginda raja dan permaisuri.
B TEMA DAN PERSOALAN
Tema seloka ini ialah keunikan seni bina istana yang dibina oleh jurubina yang setia. Hal ini dapat dibuktikan apabila tukang bina istana meninggal dunia selepas istana siap dibina dan memastikan tiada sesiapa yang mampu meniru pembinaan itu.
Persoalan
(a) Kepentingan istana kepada raja.
(b) Keunikan seni bina istana.
(c) Kesetiaan pembesar kepada raja.
(d) Kesempurnaan seni bina istana lama.
C GAYA BAHASA
(a) Repitasi
Buktinya, empat puluh empat tukang dan utas
(b) Imej alam atau imejan
Buktinya, Berbunga sawa mengelempai,
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenangan dimakan ular
(c) Anafora
Buktinya, Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega
(d) Responsi
Buktinya, Istana siap dengan alatnya,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
D NILAI MURNI
(a) Kesetiaan
(b) Bertanggungjawab
(c) Amanah
(d) Kegigihan
(e) Ketaatan
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah setia kepada raja dan menjalankan titah perintah raja dengan sempurna.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab dalam semua tugasan yang kita jalankan.
(c) Kita mestilah memegang amanah yang diberikan kepada kita oleh raja.
(d) Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu tugasan sehingga selesai.
(e) Kita mestilah taat setia kepada raja dan mengikut titah perintah baginda.

GURINDAM – BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)
1 GURINDAM – BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)
A. MAKSUD
FIKIR DAN KATA
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa manusia yang kurang berfikir dan kurang mengkaji pasti tidak akan dapat mengatasi masalah yang dihadapinya.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa manusia mestilah berfikiran matang sebelum bercakap apa-apa supaya dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham waima persengketaan.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa manusia yang suka marah akan orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan hati akan melukakan perasaan orang lain.
RANGKAP 4
Penulis berkata bahawa manusia seseorang yang kasar dalam pertuturan akan menyebabkan dirinya ditimpa pelbagai masalah.
SILANG DAN SENGKETA
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa manusia yang suka bergaduh dan berselisihan faham akan hidup dalam kesedihan.
RANGKAP 2
Penulis menasihati kita agar tidak sengaja mencari pergaduhan dengan orang lain dan setiap perselisihan faham harus diselesaikan, bukannya dielakkan.
ILMU
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa ilmu mesti dikuasai dengan sempurna kerana ilmu yang tidak kuasai dengan baik tidak dapat memanfaatkan kita.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa ilmu pengetahuan dalam diri seseorang harus ditimba dengan kesungguhan dan kerajinan asalkan kita memiliki kemahuan yang tinggi.
DUNIA PERGAULAN
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa kehidupan di dunia ini menjadi lebih lengkap jika kita bijak memilih rakan sebaya.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa seseorang manusia dapat dikenali melalui budi bahasanya dan melalui pergaulannya.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa sekumpulan kawan yang baik biasanya akan bersama-sama dalam pelbagai aktiviti kehidupan dan sentiasa bersama di mana-mana sahaja.
SIFAT-SIFAT YANG BAIK
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa seseorang yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi dan dihormati oleh ahli masyarakat.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa seseorang yang murah hati dan suka menderma akan mendapat perhatian daripada masyarakat.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa seseorang yang bersifat pemurah akan mudah mendapat kawan dan menjadi tempat untuk meminta bantuan.
PERBUATAN YANG BAIK
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa seseorang yang banyak berjasa dalam masyarakat akan sentiasa dikenang orang pada bila-bila masa.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa kita haruslah membantu diri sendiri sebelum menghulurkan bantuan kepada orang lain.
SIFAT-SIFAT YANG JAHAT
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa kita mestilah berhati-hati terhadap manusia yang nampak baik tetapi berhati busuk.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa seseorang yang mengkhianati orang lain akan mendapat balasan Tuhan pada kemudian hari.
B TEMA DAN PERSOALAN
Tema gurindam ini ialah pelbagai amalan dan nilai murni yang dapat kita teladani dalam kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap manusia memiliki sifat yang berbeza. Oleh sebab itu, kita haruslah berhati-hati dalam pergaulan dan menjauhi sifat yang negatif.
Persoalan
(a) Kepentingan berfikiran matang dan rasional.
(b) Pergaduhan yang tidak memanfaatkan sesiapa.
(c) Penjagaan tutur kata demi maruah diri.
(d) Kesedihan daripada pertelingkahan.
(e) Kepentingan menimba ilmu.
(f) Kegigihan mencari ilmu demi masa depan.
(g) Kepentingan rakan sebaya dalam kehidupan.
(h) Sifat budi bahasa penting dalam kehidupan.
(i) Sifat pemurah yang disukai masyarakat.
(j) Kemuliaan seseorang daripada jasa yang ditaburkan.
(k) Kepentingan bekerjasama dalam kalangan ahli masyarakat.
(l) Kejahatan manusia yang tersembunyi.
(m) Pengkhianatan dalam kalangan manusia.
C GAYA BAHASA
(a) Repitasi
Buktinya, Kurang fikir, kurang siasat
Selalu berkumpul ke hulu ke hilir
(b) Imej alam atau imejan
Buktinya, dipandang sebagai bunga di taman.
(c) Pengulangan kata
Buktinya, Silang selisih jangan dicari
Jika tersua janganlah lari
Jikalau ilmu tiada sempurna
Jikalau kamu bersifat budiman,
Jikalau kamu bersifat dermawan
Jikalau kamu bersifat pemurah
(d) Sinkope
Buktinya, Tentu dirimu kelak tersesat
Tetapi tolonglah dirimu dahulu
(e) Simile
Buktinya, Ibarat beringin, racun dan upas
dipandang sebagai bunga di taman.
(f) Peribahasa
Buktinya, Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
D NILAI MURNI
(a) Rasional
(b) Keikhlasan
(c) Setia kawan
(d) Kegigihan
(e) Kesungguhan
(f) Kerajinan
(g) Baik hati
(h) Murah hati
(i) Hemah tinggi
(j) Berwaspada
(k) Keadilan
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah berfikiran rasional sebelum bercakap dengan orang lain demi menjaga maruah diri.
(b) Kita mestilah ikhlas dalam persahabatan dengan tidak bersengketa dengan sesiapa.
(c) Kita mestilah setia dalam pergaulan dengan kawan-kawan supaya kehadiran kita disukai.
(d) Kita mestilah gigih menimba ilmu demi menjamin masa depan yang lebih cerah.
(e) Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam usaha mencari ilmu supaya setiap masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan.
(f) Kita mestilah rajin berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dalam diri supaya dapat menjadi manusia yang bijak pandai.
(g) Kita mestilah berbuat baik sesama manusia agar dipandang tinggi dalam masyarakat.
(h) Kita mestilah bersifat murah hati dengan membantu sesiapa sahaja untuk meringankan beban mereka.
(i) Kita mestilah bersifat hemah tinggi supaya disanjung tinggi dan dihormati oleh ahli masyarakat.
(j) Kita mestilah berhati-hati dalam segala tingkah laku demi menjaga ketinggian budi dan akhlak.
(k) Kita mestilah berbuat baik sesama manusia agar segala perbuatan baik kita akan dibalas baik kerana Tuhan mengadili kita berdasarkan perbuatan kita.

CINTA AHMAD MUTAWAKKIL – Zainal Rashid Ahmad

A.
SINOPSIS
- Ahamad
Mutawakkil seorang pejuang nasionalis berjuang membebaskan negara daripada
penjajah Inggeris dan PKM (Parti Komunis Malaya). Ahamad telah ditemui dalam
keadaan cedera parah oleh penduduk kampung semasa mereka selesai sembahyang
maghrib di surau. Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap memapah Ahamad
yang cedera di bahu serta membaringkannya. Ahamad tercungap-cungap dan akhirnya
pengsan.
- Kampung
Ahamad telah diterokai sejak tiga generasi yang berkebun dan bertanam padi.
Pada tahun 30-an Tuan Booth datang ke situ dan meneroka hutan dengan mengupah
beratus-ratus buruh untuk menanam getah. Ahamad menjadi yatim piatu apabila
bapanya, Wak Sadir meninggal dunia. Ahamad terpaksa hidup menumpang Tuan Booth
selama 3 tahun.
- Pada tahun
1941, Jepun telah menjajah Tanah Melayu. Tuan Booth terpaksa berpindah dan
kekejaman Jepun menjadikan penduduk hidup susah. Ahamad telah dijadikan anak
angkat oleh Imam Deraman. Beliau mengajar Ahamad termasuklah bercakap bahasa
Inggeris. Pada tahun 1943, Ahamad bekerja di bandar.
- Pada tahun
1945 Jepun kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pada Tahun
1946, Ahamad menjadi seorang yang berpengaruh dan semua ucapannya dipercayai
oleh orang kampung serta daerahnya. Tuan Booth balik semula ke estetnya dan
beliau sungguh mesra dengan orang kampung di situ serta mengeratkan hubungan
antara penduduk di kampung itu.
- Ahamad
menjadi seorang pejuang nasionalisme dan semakin terserlah perjuangan serta
menentang perjuangan komunis serta penjajah melalui pidato dan penulisannya di
dalam surat khabar. Akhirnya dia telah mendapat jawatan nombor dua dalam
partinya pada tahun 1952. Anak Tuan Booth iaitu Sandra pula jatuh hati kepada
Ahamad dan ini menimbulkan prasangka kepada orang kampungnya.
- Pada tahun
1948, komunis mula mengganas di Perak dan Ahamad semakin tegas menyedarkan
rakyat supaya menentang ideologi komunis. Akibatnya, komunis menyerbu banglo
tuan Booth dan membunuh 5 orang penghuni. Mereka mengugut Tuan Booth supaya
menasihati Ahamad supaya berhenti mengajak orang kampung membenci Komunis.
Ahamad tidak mendengar nasihat Tuan Booth dan Penghulu Sigap, sebaliknya dia
semakin berani bersuara dengan lantang.
- Pada malam
Jumaat yang lepas semasa menyampaikan ceramah, seorang budak lelaki telah
datang berjumpa Ahamad. Ahamad mengikuti budak itu dan sejak itu Ahamad hilang
dan tidak ditemui. Tiga kumpulan penduduk termasuk Tuan Booth telah berusaha
mencari Ahmad tetapi Ahamad tidak dijumpai.
- Akhirnya,
selepas solat maghrib itu, segala kerungsingan penduduk kampung tentang
kehilangan Ahamad telah terjawab apabila Ahamad muncul dalam keadaan cedera
parah. Ahamad meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman dan Penghulu Sigap
akibat ditembak dengan 3 das peluru. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung
mengadakan doa tanda kemerdekaan serta tahlil ke atas Ahamad.
- Tuan Booth
balik ke England seminggu selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Setahun selepas
itu, Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana terkenangkan cintanya kepada
Ahamad. Dia telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.
B.
TEMA:
- Kegigihan
dan keberanian seorang pemuda berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan
tanah air.
- Contohnya
- Ahamad Mutawakkil seorang yang berani menyampaikan maklumat kepada masyarakat
agar berani menuntut kemerdekaan daripada penjajah serta menentang ideologi
komunis.
C.
PERSOALAN:
1.
Kasih--sayang sesama ahli keluarga. Contohnya, Tuan Booth bertindak membawa
semua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun kerana beliau
menyayangi keluarganya.
2. Ketabahan
menghadapi kesukaran hidup semasa peperangan. Contohnya, penduduk kampung
sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan
Jepun dan keganasan komunis.
3. Semangat
patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang tanah air. Contohnya, Ahamad
sentiasa berjuang untuk menyedarkan rakyat untuk mendapatkan kemerdekaan
daripada penjajah serta kekejaman komunis.
4. Hubungan
cinta yang sangat mendalam. Contohnya, Sandra amat mencintai Ahamad sehingga
dia sanggup kembali semula ke banglo bapanya setelah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.
5. Kerjasama
yang erat dalam kalangan masyarakat. Contohnya, penduduk kampung bersatu
membentuk tiga kumpulan untuk mencari Ahamad yang hilang.
6. Kekejaman
dan kezaliman pihak penjajah terhadap masyarakat. Contohnya, pengganas
menyerang banglo Tuan Booth dan membunuh lima penghuni di banglo itu.
D.
WATAK DAN PERWATAKAN:
1.
Ahmad Mutawakkil:
a. berusia
25 tahun ketika meninggal dunia kerana ditembak komunis.
b. anak
tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu apabila bapanya meninggal dunia.
c. pintar -
boleh membaca dan menulis bahasa Inggeris yang diajar Imam Ngah Deraman.
d.
patriotisme - berjuang menyedarkan rakyat untuk menentang komunis dan penjajah.
e. bijak
merancang masa depan - belajar membaca dan menulis bahasa Inggeris daripada
Sandra ketika tinggal di rumah Tuan Booth selama 3 tahun.
f. petah
berpidato - selalu berpidato kepada penduduk kampung untuk menyedarkan mereka
supaya menentang komunis dan penjajah.
g. berani -
berani bersuara menyatakan pendapatnya kepada rakyat supaya menentang komunis
dan penjajah walaupun dinasihati oleh Tuan Booth supaya menghentikannya.
h. Sanggup
berkorban - sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air
daripada penjajah serta menentang keganasan komunis.
i. sangat
berpengaruh - beliau dihormati dan dipilih sebagai pemimpin nombor dua
partinya.
j.
menghargai jasa - beliau menghargai jasa Tuan Booth yang telah memeliharanya
dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh Tuan Booth di banglonya.
2.
Tuan Booth:
a. pengurus
ladang dan majikan kepada beratus-ratus orang buruh di ladang getahnya.
b. mesra -
mudah tersenyum apabila bertemu dengan penduduk kampung.
c. baik hati
- menjemput pasangan pengantin di kampung itu datang ke banglonya untuk
diraikan serta sanggup memelihara Ahmad di banglonya.
d. peramah -
suka bersembang dan bergaul dengan penduduk di surau pada waktu petang.
e. penyayang
- membawa keluarganya yang disayangi berpindah ketika Jepun menyerang.
3.
Sandra:
a. anak Tuan
Booth yang fasih berbahasa Inggeris.
b. baik hati
- mengajarkan Ahamad menulis dan membaca Inggeris.
c. penyayang
- amat menyayangi Ahamad dan beliau menangis apabila Ahamad dilaoprkan hilang.
d. setia -
balik semula ke banglo bapanya selepas merdeka serta mengajar anak-anak kampung
itu menulis dan membaca kerana terkenang cintanya kepada Ahamad.
E. LATAR:
1. Latar Tempat:
- surau kampung - Ahmad balik dalam keadaan cedera parah di surau itu pada waktu selepas maghrib. Di surau itu dia meninggal dunia kerana ditembak oleh komunis.
- Banglo Tuan Booth - Tuan Booth tinggal di banglo estet itu bersama keluarganya. Di situ juga 5 orang dibunuh oleh komunis.
- Estet Ephill dan Estet Sungai Siput - komunis membunuh 3 orang pengurus estet berbangsa Inggeris.
- bandar - Ahamad bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat Inggeris kepada penentang Jepun.
- Tanah Estet Tuan Booth - tempat 15 keluarga buruh dari India tinggal dan bekerja di estet itu.
- Laman estet Tuan Booth - Komunis melepaskan tembakan ke udara untuk menakut-nakutkan orang kampung daripada menentang mereka.
- England - Tuan Booth dan keluarganya pulang ke England selepas seminggu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
2. Latar Masa:
- pertengahan tahun 30-an - Tuan Booth datang ke kampung itu dan membuka estet getah serta menggaji ratusan buruh.
- waktu pagi - 5 orang komunis memasuki banglo tuan Booth dan mendesaknya supaya menasihati Ahamad agar tidak menghasut rakyat menentang komunis.
- waktu petang - tuan Booth selalu pergi ke surau untuk bersembang dengan penduduk kampung.
- waktu malam - Ahamad selalu menyampaikan pidato untuk menyedarkan rakyat supaya menuntut kemerdekaan.
- tahun 1941 - tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan Tuan Booth keluar dari banglonya untuk menyelamatkan diri.
- Malam Jumaat - Ahmad melangkah lemah kerana kecederaan ke surau kampungnya. Dia meninggal dunia pada malam itu kerana ditembak komunis.
- 31 ogos 1957 - penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana kemerdekaan negara dan mengadakan tahlil untuk Ahmad.
- seminggu selepas merdeka - tuan Booth balik ke England.
- 31 Ogos 1958 - Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana dia terkenang akan cintanya kepada Ahamad.
3. Latar Masyarakat:
- masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi - Ahamad memberi pidato kepada penduduk kampung supaya bangun menentang penjajah dan komunis.
- masyarakat Melayu - tinggal di kawasan pedalaman sejak 3 generasi yang lalu dengan berkebun dan bersawah padi.
- masyarakat yang bersatu padu - orang kampung membentuk 3 kumpulan untuk bersama-sama mencari Ahamad yang hilang.
- masyarakat yang menjadi mangsa keganasan - Ahmad, 5 orang penghuni bunglo dan 3 orang pengurus estet berbangsa Inggeris menjadi mangsa keganasan komunis.
- Masyarakat penjajah yang bertindak mengaut keuntungan - Tuan Booth membuka ladang getah di Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan.
- Kumpulan komunis - kumpulan ini bertindak ganas dan kejam membunuh ramai mangsa termasuk Ahamad.
F. BAHASA:
1. bahasa Arab - solat maghrib/ Alhamdulillah/ syahadah
2. bahasa slanga/ bahasa pasar - "Gua tau...lu... Kasi tau sama ....."
3. Repitasi/ pengulangan - Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.
4. Personafikasi - ...ketenangan merayap ke seluruh negara...../ diratah atau dirobek peluru.
5. Simile - Sawah pula, laksana lautan emas.....
6. Metafora - garisan perang/ bola matanya/ sayap parti
7. Sinkope - tak, tu, dulu, tau
8. peribahasa - anak angkatnya, minta diri, tangan kosong
G. NILAI:
1. kasih sayang - Tuan Booth membawa semua keluarganya keluar dari bunglonya seminggu sebelum Jepun menjajah.
2. patriotisme - Ahamad berjuang meniupkan semangat mendapatkan kemerdekaan kepada penduduk kampungnya dan menentang kekejaman komunis.
3. keberanian - Ahamad berani bersuara dengan lantang dalam pidatonya mengajak penduduk kampung memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah.
4. ketabahan - Ahamad tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya menuntuk kemerdekaan negara.
5. kebijaksanaan - Ahmad bijak mengambil peluang belajar dan menulis bahasa Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo Tuan Booth.
6. tanggungjawab - Imam Ngah Deraman bertanggungjawab menjadikan Ahamad sebagai anak angkat setelah Ahamad menjadi yatim piatu.
7. kerjasama - penduduk kampung dan tuan Booth membentuk 3 kumpulan untuk bekerjasama mencari Ahamad yang hilang ditangkap komunis.
8. hormat-menghormati - Tuan Booth amat menghormati penduduk kampung dan selalu ke surau untuk berbual-bual dengan penduduk.
9. mengenang jasa - Ahamad mengenang jasa tuan Booth yang pernah memeliharanya dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh tuan Booth di banglonya.
H. PENGAJARAN:
1. kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik - Ahamad berani bersuara lantang mengajak penduduk supaya berjuang mendapatkan kemerdekaan.
2. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme - Ahamad mengajak penduduk kampungnya supaya berusaha mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah.
3. kita mestilah bekerjasama dan saling membantu - penduduk kampung dan tuan Booth bekerjasama untuk mencari Ahamad yang hilang kerana ditangkap komunis.
4. Kita mestilah mengenang budi - Ahamad mengenang budi tuan Booth yang pernah memeliharanya dengan menghadiri majlis tuan Booth di banglonya.
5. Kita mestilah menyayangi keluarga kita - tuan Booth membawa keluarganya berpindah sebelun Jepun menjajah kampung itu.
6. Kita mestilah mengambil peluang untuk membaiki diri - Ahamad mengambil peluang untuk belajar menulis dan bercakap Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo tuan Booth.

KOMPONEN SASTERA SEMESTER 3 2016
Modul KOMSAS
Puisi Tradisional
|
Pengarang
|
Tema
|
Nilai
|
Gurindam Beberapa
Petua Hidup
|
Za’ba
|
Nilai-nilai
murni yang dapat dijadikan pegangan dalam kehidupan seharian
|
-Rasional
-Berhati-hati
-Ketabahan
-Kerajinan
- Berhemah tinggi
|
Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu
|
Za’ba
|
Kesenian dan keunikan seni bina
sebuah istana pada zaman dahulu
|
-Kesetiaan
-Kerajinan
-Kebijaksanaan
-Kegigihan
|
Puisi Moden / Sajak
|
Pengarang
|
Tema
|
Nilai
|
Sejadah
Rindu
|
Mohd Haikal Aminuddin
|
Ketaatan
kepada Tuhan / agama
|
-Keinsafan
-Ketaatan
-Kesyukuran
-Rasional
-Keikhlasan
-Kepercayaan kepada Tuhan
|
Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus
|
Sazalee Yaacob
|
Nasihat ibu bapa kepada
anak-anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi
|
-Harga diri
-Nasihat-menasihati
-Rasional
-Bertanggungjawab
-Berdikari
|
Erti Hidup Bererti
|
Teo Wei Sing
|
Kesunyian warga tua yang
mengharapkan kasih sayang daripada anak-anak mereka
|
-Kasih sayang
- Bertanggungjawab
-Berdikari
-Amanah
|
Kudup Perang
|
Tuah Saujana
|
Kepentingan kewibawaan dan
ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi
|
-Kebijaksanaan
-Amanah
- Bertanggungjawab
-Keadilan
-Rasional
|
Prosa Tradisional
|
Penyelenggara
|
Tema
|
Nilai
|
Burung
Terbang Dipipiskan Lada
|
Mohd Yusof
Md Nor & Inon Shahaharuddin Abdul Rahman (Fajar Bakti -1998)
|
Kebijaksanaan seorang raja
dalam usaha menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kalangan pembesar
negeri.
|
-Kebijaksanaan
-Amanah
-Bertanggungjawab
-Keadilan
-Keberanian
-Rasional
|
Prosa Moden (Cerpen)
|
Pengarang
|
Tema
|
Nilai
|
Cinta
Ahmad Mutawakkil
|
Zainal Rashid Ahmad
|
Kegigihan
seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan dalam
perjuangan menuntut kemerdekaan.
|
-Kegigihan
-Ketabahan
-Keberanian
-Tanggungjawab
-Amanah
|
Hipertensi
|
Illias Zaidi
|
Keinginan
yang tinggi dalam bidang sains angkasa
|
-Kebijaksanaan
-Kerajinan
-Rasional
-Bertanggungjawab
|
Gerhana
Manusia
|
Aminah Mokhtar
|
Sikap
seorang doktor yang mementingkan material dalam merawat pesakit
sehingga berlakunya pengabaian dalam nilai kemanusiaan.
|
-Rasional
-Kebijaksanaan
-Amanah
-Bertanggungjawab
-Kesederhanaan
|
Prosa Moden (Drama)
|
Pengarang
|
Tema
|
Nilai
|
Bukan Gila
|
Sharif Shaary
|
Ketabahan
seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakit barah otaknya bersendirian.
|
-Berdikari
-Ketabahan
-Kegigihan
-Rasional
-Kasih sayang
|
Catatan : Para pelajar semester 3 hanya perlu fokus kepada Puisi Tradisional, Cerpen dan Drama sahaja bagi semester ini. Tak banyak kan! Selamat belajar...
Langgan:
Catatan (Atom)