Rabu, 13 Januari 2016

GURINDAM – BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)

1 GURINDAM – BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)

A. MAKSUD

FIKIR DAN KATA

RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa manusia yang kurang berfikir dan kurang mengkaji pasti tidak akan dapat mengatasi masalah yang dihadapinya.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa manusia mestilah berfikiran matang sebelum bercakap apa-apa supaya dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham waima persengketaan.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa manusia yang suka marah akan orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan hati akan melukakan perasaan orang lain.
RANGKAP 4
Penulis berkata bahawa manusia seseorang yang kasar dalam pertuturan akan menyebabkan dirinya ditimpa pelbagai masalah.

SILANG DAN SENGKETA

RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa manusia yang suka bergaduh dan berselisihan faham akan hidup dalam kesedihan.
RANGKAP 2
Penulis menasihati kita agar tidak sengaja mencari pergaduhan dengan orang lain dan setiap perselisihan faham harus diselesaikan, bukannya dielakkan.

ILMU
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa ilmu mesti dikuasai dengan sempurna kerana ilmu yang tidak kuasai dengan baik tidak dapat memanfaatkan kita.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa ilmu pengetahuan dalam diri seseorang harus ditimba dengan kesungguhan dan kerajinan asalkan kita memiliki kemahuan yang tinggi.

DUNIA PERGAULAN

RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa kehidupan di dunia ini menjadi lebih lengkap jika kita bijak memilih rakan sebaya.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa seseorang manusia dapat dikenali melalui budi bahasanya dan melalui pergaulannya.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa sekumpulan kawan yang baik biasanya akan bersama-sama dalam pelbagai aktiviti kehidupan dan sentiasa bersama di mana-mana sahaja.

SIFAT-SIFAT YANG BAIK

RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa seseorang yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi dan dihormati oleh ahli masyarakat.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa seseorang yang murah hati dan suka menderma akan mendapat perhatian daripada masyarakat.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa seseorang yang bersifat pemurah akan mudah mendapat kawan dan menjadi tempat untuk meminta bantuan.

PERBUATAN YANG BAIK
RANGKAP 1

Penulis berkata bahawa seseorang yang banyak berjasa dalam masyarakat akan sentiasa dikenang orang pada bila-bila masa.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa kita haruslah membantu diri sendiri sebelum menghulurkan bantuan kepada orang lain.

SIFAT-SIFAT YANG JAHAT

RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa kita mestilah berhati-hati terhadap manusia yang nampak baik tetapi berhati busuk.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa seseorang yang mengkhianati orang lain akan mendapat balasan Tuhan pada kemudian hari.

B TEMA DAN PERSOALAN

Tema gurindam ini ialah pelbagai amalan dan nilai murni yang dapat kita teladani dalam kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap manusia memiliki sifat yang berbeza. Oleh sebab itu, kita haruslah berhati-hati dalam pergaulan dan menjauhi sifat yang negatif.

Persoalan

(a) Kepentingan berfikiran matang dan rasional.
(b) Pergaduhan yang tidak memanfaatkan sesiapa.
(c) Penjagaan tutur kata demi maruah diri.
(d) Kesedihan daripada pertelingkahan.
(e) Kepentingan menimba ilmu.
(f) Kegigihan mencari ilmu demi masa depan.
(g) Kepentingan rakan sebaya dalam kehidupan.
(h) Sifat budi bahasa penting dalam kehidupan.
(i) Sifat pemurah yang disukai masyarakat.
(j) Kemuliaan seseorang daripada jasa yang ditaburkan.
(k) Kepentingan bekerjasama dalam kalangan ahli masyarakat.
(l) Kejahatan manusia yang tersembunyi.
(m) Pengkhianatan dalam kalangan manusia.

C GAYA BAHASA

(a) Repitasi
Buktinya, Kurang fikir, kurang siasat
Selalu berkumpul ke hulu ke hilir
(b) Imej alam atau imejan
Buktinya, dipandang sebagai bunga di taman.
(c) Pengulangan kata
Buktinya, Silang selisih jangan dicari
Jika tersua janganlah lari
Jikalau ilmu tiada sempurna
Jikalau kamu bersifat budiman,
Jikalau kamu bersifat dermawan
Jikalau kamu bersifat pemurah
(d) Sinkope
Buktinya, Tentu dirimu kelak tersesat
Tetapi tolonglah dirimu dahulu
(e) Simile
Buktinya, Ibarat beringin, racun dan upas
dipandang sebagai bunga di taman.
(f) Peribahasa
Buktinya, Telunjuk lurus kelengkeng berkait,

D NILAI MURNI

(a) Rasional
(b) Keikhlasan
(c) Setia kawan
(d) Kegigihan
(e) Kesungguhan
(f) Kerajinan
(g) Baik hati
(h) Murah hati
(i) Hemah tinggi
(j) Berwaspada
(k) Keadilan

E PENGAJARAN

(a) Kita mestilah berfikiran rasional sebelum bercakap dengan orang lain demi menjaga maruah diri.
(b) Kita mestilah ikhlas dalam persahabatan dengan tidak bersengketa dengan sesiapa.
(c) Kita mestilah setia dalam pergaulan dengan kawan-kawan supaya kehadiran kita disukai.
(d) Kita mestilah gigih menimba ilmu demi menjamin masa depan yang lebih cerah.
(e) Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam usaha mencari ilmu supaya setiap masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan.
(f) Kita mestilah rajin berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dalam diri supaya dapat menjadi manusia yang bijak pandai.
(g) Kita mestilah berbuat baik sesama manusia agar dipandang tinggi dalam masyarakat.
(h) Kita mestilah bersifat murah hati dengan membantu sesiapa sahaja untuk meringankan beban mereka.
(i) Kita mestilah bersifat hemah tinggi supaya disanjung tinggi dan dihormati oleh ahli masyarakat.
(j) Kita mestilah berhati-hati dalam segala tingkah laku demi menjaga ketinggian budi dan akhlak.
(k) Kita mestilah berbuat baik sesama manusia agar segala perbuatan baik kita akan dibalas baik kerana Tuhan mengadili kita berdasarkan perbuatan kita.

7 ulasan:

  1. Terima Kasih cikgu!!! banyak membantu

    BalasPadam
  2. alhamdulillah. nasib baik ada cikgu. masa-masa nak spm ni memang ramai yg perlukan nota macam ni. terima kasih cikgu bagi nota yg lengkap.

    BalasPadam
  3. terima kasih cikgu sebab sediakan nota ni. saya memang tak beli buku rujukan untuk komsas jadi saya hanya bergantung kepada sumber internet. nota cikgu sangat lengkap. alhamdulillah...

    BalasPadam
  4. Terima kasih banyak2 cikgu untuk nota ni! Dapat pun saya siapkan kerja komsas 😂

    BalasPadam