SELOKA – BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU (Za’ba)
A MAKSUD
RANGKAP 1
Baginda sultan menitahkan empat orang pembesar untuk membina istana sebagai mercu tanda kotanya. Oleh hal yang demikian, Pawang Raja telah mengerah rakyat untuk bekerja keras. Sebanyak empat puluh empat orang jurubina dan pandai tukang dan projek pembinaan itu dijalankan siang dan malam tanpa henti.
RANGKAP 2
Pembinaan istana baginda itu menelan masa tujuh bulan sehingga siapkan sempurna dengan perabot dan segala peralatan di dalamnya. Istana yang disiapkan itu tersergam indah dengan sembilan ruang utama yang memiliki sepuluh batang tiang penyokong. Di dalam istana itu, ada kain yang disusun dan diikat serong dengan puncanya tergantung dan memiliki kawasan anjung yang tinggi.
RANGKAP 3
Di dalam istana itu, ada tiga sudut untuk kegunaan lapan orang menteri yang utama yang dihias dengan tiga batang tiang yang dinamakan maharaja lela. Di tengah-tengah istana itu, ada sebatang tiang besar yang kukuh yang bertanggam dengan ukiran corak ular yang garang. Kayu yang melintang pada atap istana pula bercorak seorang puteri yang menyembah dan sebatang kayu yang melengkung pada atap istana juga bercorak ukiran helang di sekelilingnya.
RANGKAP 4
Bahagian tingkap istana raja dibina dengan seni yang istimewa, yakni berukir corak bunga dan ular sawa yang berbaring dengan lemah longlai. Di samping itu, jendela istana pula diperbuat daripada batu yang kukuh dan bertiang. Seni bina ini dipercantik dengan ukiran Jawa dan Cina. Selepas itu, garam ditaburkan di sekeliling istana yang baharu untuk membuang segala kekotoran dan anasir jahat yang cuba dibawa oleh pendatang asing atau nakhoda. Pada pintu istana yang besar itu, ukiran bunga kenanga amat jelas kelihatan bersama corak ular. Demikianlah keunikan istana raja yang siap dibina.
RANGKAP 5
Setelah istana siap dibina, tukang bina istana pun meninggal dunia. Kesetiaan jurubina istana ini menyempurnakan pembinaan istana ini amat terserlah apabila tiada sesiapa yang dapat meniru teknik dan gaya pembinaan istana tersebut. Apabila istana siap dibina, pembesar yang bertanggungjawab dalam pembinaan itu mempersembahkan istana tersebut kepada baginda raja dan permaisuri.
B TEMA DAN PERSOALAN
Tema seloka ini ialah keunikan seni bina istana yang dibina oleh jurubina yang setia. Hal ini dapat dibuktikan apabila tukang bina istana meninggal dunia selepas istana siap dibina dan memastikan tiada sesiapa yang mampu meniru pembinaan itu.
Persoalan
(a) Kepentingan istana kepada raja.
(b) Keunikan seni bina istana.
(c) Kesetiaan pembesar kepada raja.
(d) Kesempurnaan seni bina istana lama.
C GAYA BAHASA
(a) Repitasi
Buktinya, empat puluh empat tukang dan utas
(b) Imej alam atau imejan
Buktinya, Berbunga sawa mengelempai,
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenangan dimakan ular
(c) Anafora
Buktinya, Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega
(d) Responsi
Buktinya, Istana siap dengan alatnya,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
D NILAI MURNI
(a) Kesetiaan
(b) Bertanggungjawab
(c) Amanah
(d) Kegigihan
(e) Ketaatan
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah setia kepada raja dan menjalankan titah perintah raja dengan sempurna.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab dalam semua tugasan yang kita jalankan.
(c) Kita mestilah memegang amanah yang diberikan kepada kita oleh raja.
(d) Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu tugasan sehingga selesai.
(e) Kita mestilah taat setia kepada raja dan mengikut titah perintah baginda.
terima kasih atas makmlumat ini..
BalasPadamterima kasih atas makmlumat ini..
BalasPadamuseful , thanks
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsangat berguna! terima kasih ! moga moga dimurahkan rezeki.
BalasPadamboleh lh kurang lengkap skit
BalasPadamSangat berguna bagi saya.halal kan ap yg sy ambik point dari cikgu.doa kan sy cemerlang dalam spm 2016.amin
BalasPadamterima kasih cikgu doakan saya berjaya dalam peperiksaan SPM dan halalkan ilmu yang cikgu berikan pada saya....
BalasPadamterima kasih cikgu doakan saya berjaya dalam peperiksaan SPM dan halalkan ilmu yang cikgu berikan pada saya....
BalasPadamTerima kasih cikgu
BalasPadamTerima kasih cikgu
BalasPadamterima kasih cikgu
BalasPadamIzinkan saya mengambil bahan daripada blog tuan..... Terima kasih
BalasPadamThanks a lot.moga dipermudahkan urusan
BalasPadamassalamualaikum.saya ada kemusykilan.pada rangkap akhir seloka kerana ada yang menafsirkan tukang dibunuh setelah siap istana. sebab itu ada yg menyatakan tema bagi seloka ini ialah kekejaman pemerintah zaman dahulu yang sanggup membunuh demi kepentingan diri sendiri...dan sebagainya. apa pendapat tuan
BalasPadammati kat tuan
Padamterima kasih kerana menunjukkan rangkap ini.semoga tuhan permurahkan rezeki kpd cikgu...
Padamminta izin ambil nota ni...terima kasih
BalasPadamAssalamualaikum, cikgu Rahim KVSI. Saya pinjam nota ni ya, cikgu. Terima kasih.
BalasPadamehhhh membantu tidak
BalasPadamsangat berguna untk saya yg sdg dlm exam percubaan SPM 1... terima kasih.. semoga sentiasadirahmati Allah.
BalasPadamNk tanya apa fungsi istana zaman dahulu
BalasPadamNk tanya apa fungsi istana zaman dahulu
BalasPadamNk tanya apa fungsi istana zaman dahulu
BalasPadamNk tanya apa fungsi istana zaman dahulu
BalasPadamTERBAIKKKK
BalasPadamapa fungsi istana zaman dahulu
BalasPadamlambang kekayaan seorang raja....
Padamapa fungsi istana zaman dahulu
BalasPadamcuba cari maklumat kat laman lain. kot2 adaaaa jumpa
PadamMinta izin yeee . Thnkyou .
BalasPadamSimple dan padat. Sangat membantu. Tq
BalasPadamIzinkan saya mengambil bahan nota daripada blog cikgu..nota cikgu sangat berguna
BalasPadamkesetiaan dgn ketaatan sama la oi
BalasPadamEmm... bole laaa. bole berjumpa dgn pacik ka nnti... emmm... pacik nsemm lol.. ohk laa bai smpai disini jerr nak solat emm....
BalasPadamerrm daddy how r u im here missing you all the time.i dont know why.. but this feeling r kiliing me..
BalasPadam#callmewhenyouarefree
#imabdk2weechtmamang-_-
errm daddy how r u im here missing you all the time.i dont know why.. but this feeling r kiliing me..
BalasPadam#callmewhenyouarefree
#imabdk2weechtmamang-_-
Emm... bole laaa. bole berjumpa dgn pacik ka nnti... emmm... pacik nsemm lol.. ohk laa bai smpai disini jerr nak solat emm....
BalasPadamTerimakasih :)
BalasPadamtq.. doa kn sy berjaya spm2019 ni cg . nota ni terbaik 😇
BalasPadambagaimana tukang bina meninggal dunia
BalasPadamkena bunuh sbb raja taknak orng lain tiru reka bentuk istana yg tukang tukang tu telah buat
PadamBabi rahim
BalasPadamterima kasih ats nota ni😉👌
BalasPadam