SINOPSIS ( Sumbangan Sy. Siti Hajar )
Drama ini berkisar tentang Azmir yang sedang dirawat
di wad sakit jiwa Hospital Besar . Sewaktu di wad tersebut,Azmir telah
berkhayal akan kehadiran kekasihnya,iaitu Ani. Azmir telah meminta Ani membawa
dia keluar tetapi Ani memberitahu dia bahawa mereka bahagia di tempat itu.
Kemudian,
Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran ayahnya. Beliau bertanyakan khabar Azmir
tetapi Azmir memanggil Ani untuk mengusir ayahnya. Ayahnya mengatakan bahawa
beliau sayang akan Azmir tetapi Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong lalu
berlaku pertelingkahan antara Azmir dengan ayahnya sehingga munculnya khayalan
tentang Pak Haji datang dan memberikan salam. Azmir bertengkar pula dengan Pak
Haji tentang namanya dan sikap manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain
tetapi berbuat lain.
Ani
muncul semula. Azmir bertanya tentang sebab Ani masih di sisinya. Sewaktu itu, Azmir
dan Ani bercakap tentang cinta mereka dan makna cinta. Azmir mengatakan bahawa
cinta Ani masih bersifat luaran.
Setelah
itu, Azmir dikunjungi oleh doktor. Setelah memeriksa Azmir, doktor membenarkan
Azmir bersiar-siar di luar. Kesempatan itu diambil oleh Azmir untuk keluar dari
wad Hospital Besar. Akhirnya, Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama
yang sedang berlatih drama bertajuk Sasau. Azmir mengatakan bahawa
pelakon-pelakon drama Sasau itu sesat. Malah, Azmir memberikan pendapatnya
tentang sistem dalam kehidupan, iaitu sistem prorakyat.
Sewaktu
Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem tersebut kepada para pelakon yang
berlatih itu, kepalanya berasa sakit. Setelah reda sakitnya, Azmir memberitahu
pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahanya dan penyakitnya adalah betul. Azmir
juga menjelaskan bahawa dia datang untuk membetulkan pelakon-pelakon itu bahawa
tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah ketidakbenaran, kepalsuan, dan
kepura-puraan. Azmir juga ditanya tentang gila. Sebaliknya, Azmir menjelaskan
bahawa bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Kemudian, Azmir
menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga berdarah. Azmir menjelaskan bahawa
tindakannya menghantukkan kepala itu adalah bukan kerana gila tetapi akibat
menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung dan tidak terucap dengan
kata-kata.
Kemudian,doktor datang dan menjelaskan kedudukan
sebenar Azmir. Doktor membawa Azmir pulang ke wad sakit jiwa semula. Setelah
itu, keadaan Azmir begitu sejak tingkatan enam dan semakin teruk ketika di
universiti. Arif menasihati ibu bapa
Azmir agar bersama-sama membantu Azmir. Arif memberitahu ibu bapa Azmir bahawa
Azmir memerlukan kasih sayang, semangat dan perangsang, bukannya cemuhan dan
penghinaan. Pelakon II memberitahu ibu bapa Azmir bahawa dia melihat Azmir
sedang menghadapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Arif menasihati ibu
bapa Azmir agar segera mengunjungi Azmir sebelum terlambat.
Di
wad pesakit jiwa, Azmir berkhayal dan mengimbas kembali tentang kisah cintanya
dengan Ani dan kisah hidupnya. Ketika dia sedang berkhayal,dia menjadi lemah
dan rebah ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang
kematian Azmir seorang diri di wad. Kematiannya dikatakan berpunca daripada
penyakit barah otak. Berita itu membuatkan Ani berasa bersalah dan berasa
dirinya bersikap kejam terhadap Azmir.
PERWATAKAN
AZMIR
1. Azmir
merupakan watak utama drama.
2. Dia
seorang anak muda .
3. Azmir
menghidap penyakit barah otak.
4. Dia
dikatakan telah mengalami sakit jiwa.
5. Azmir
menerima rawatan sakit jiwa di Hospital Besar.
ARIF
1. Dia
merupakan pengarah drama Sasau.
2. Arif
prihatin terhadap keadaan Azmir.
3. Arif
telah menasihati ibu Azmir berkaitan dengan kasih sayang ibu terhadap anaknya.
4. Dia
seorang yang berjiwa besar,iaitu sanggup belajar daripada Azmir untuk membantunnya membikin drama Sasau.
DOKTOR RAZI
1. Beliau
merawat Azmir yang dikatakan menghidap sakit jiwa.
2. Doktor
Razi tidak memahami penyakit yang dialami oleh Azmir.
3. Doktor
Razi bersikap baik terhadap Azmir kerana telah membenarkan Azmir bersiar-siar.
IBU AZMIR
1. Beliau
telah mengesan sikap gila-gila Azmir sejak anaknya itu di tingkatan enam.
2. Beliau
tidak mampu mengurus Azmir.
3. Ibu
yang tidak menjaga anaknya kerana Azmir lebih suka tinggal di rumah neneknya.
4. Ibu
yang berasa malu dengan sikap anaknya yang gila-gila.
NILAI
1. Nilai
keprihatinan.
Contohnya,
Arif prihatin akan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh Azmir. Arif
juga memahami bahawa Azmir tidak gila.
2. Nilai
kesetiaan.
Contohnya,
Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia terbayang-bayang Ani
datang kepadanya walaupun hakikatnya, Ani telah meninggalkannya.
3. Nilai
baik hati.
Contohnya,
doktor bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dengan mencari dan membawa Azmir ke wad pesakit jiwa
semula.
4. Nilai
menghargai.
Contohnya,
Azmir menghargai petani, nelayan dan buruh yang telah menyumbang demi kesejahteraan hidup orang lain.
5. Nilai
kasih sayang.
Contohnya,
bapa Azmir menziarahi Azmir yang dirawat di wad pesakit jiwa.
PENGAJARAN
1. Kita
hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat membantu mereka.
Contohnya,
Arif prihatin terhadap nasib Azmir dan telah menasihati ibu Azmir agar segera melawat Azmir di wad pesakit jiwa
sebelum terlambat.
2. Kita
hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan khianat.
Contohnya,
Azmir setia terhadap Ani yang telah meninggalkannya setelah Ani beranggapan bahawa Azmir gila.
3. Kita
mestilah bersikap baik hati kepada orang lain.
Contohnya,
doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dengan membenarkan Azmir bersiar-siar di kawasan hospital.
4. Kita
hendaklah menghargai jasa orang lain supaya orang tersebut tidak berasa dipinggirkan.
Contohnya,
Azmir menghargai jasa-jasa petani, nelayan, dan buruh yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup.
5. Kita
haruslah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak. Contohnya, bapa Azmir menziarahi Azmir
walaupun anaknya itu dikatakan gila.
Assalamualaikum Cikgu...terima kasih untuk maklumat ini..sya seorang pelajar KV Lahad Datu....
BalasPadamSama2...kita kongsi ilmu kan
Padamcikgu.. tentang latar tiadakah cikgu
BalasPadamTiada...ini hasil kerja pelajar saya
BalasPadamcikgu.. tema drama ni apa ckgu? dan contoh untuk menyokong tema
BalasPadamtema drama bukan gila ialah ketabahan seorang anak muda melawan penyakit yang dihadapinya .
PadamTerima kasih kepada yang membantu...
BalasPadamTerima kasih kepada yang membantu...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTerima kasih cikgu..doakan kami cemerlang spm yaa
BalasPadamYa Allah terima kasih cikgu walaupon saya dah berlakon dlm citer ni di peringkat daerah tetapi saya masih tak tau lagi nilai yg paling tempat utk diceritakan TERIMA KASIH CIKGU
BalasPadam- murid smk serendah
Esok spm 2016 - murid smk setia alam
BalasPadamEsok spm 2016 - murid smk setia alam
BalasPadamizinkan saya copy .tq cikgu
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamWah hasil karangan student rupanya, hebat2, tahniah dan terima kasih bebanyak
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamteks yang bagus tetapi kurang lengkap sila tambah jenis jenis latar
BalasPadamcikgu, saya nak Tanya... pada akhir cerita azmir ni bukan gil, tapi dia ada penyakit barah otak... mengapa ibu ayah azmir menghantar azmir ke wad pesakit jiwa, bukan di hospital yang boleh merawat penyakitnya?
BalasPadamibu azmir anggap azmir gila dan x tahu ada penyakit barah otak.Lagipun azmir hebat berkata kata
Padambsk spm 2017. sm k k ii.. pray 4 me :D
BalasPadam