Khamis, 4 Februari 2016

DRAMA BUKAN GILA - SHARIF SHAARY

SINOPSIS ( Sumbangan Sy. Siti Hajar )

Drama ini berkisar tentang Azmir yang sedang dirawat di wad sakit jiwa Hospital Besar . Sewaktu di wad tersebut,Azmir telah berkhayal akan kehadiran kekasihnya,iaitu Ani. Azmir telah meminta Ani membawa dia keluar tetapi Ani memberitahu dia bahawa mereka bahagia di tempat itu.
            Kemudian, Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran ayahnya. Beliau bertanyakan khabar Azmir tetapi Azmir memanggil Ani untuk mengusir ayahnya. Ayahnya mengatakan bahawa beliau sayang akan Azmir tetapi Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong lalu berlaku pertelingkahan antara Azmir dengan ayahnya sehingga munculnya khayalan tentang Pak Haji datang dan memberikan salam. Azmir bertengkar pula dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain.
            Ani muncul semula. Azmir bertanya tentang sebab Ani masih di sisinya. Sewaktu itu, Azmir dan Ani bercakap tentang cinta mereka dan makna cinta. Azmir mengatakan bahawa cinta Ani masih bersifat luaran.
            Setelah itu, Azmir dikunjungi oleh doktor. Setelah memeriksa Azmir, doktor membenarkan Azmir bersiar-siar di luar. Kesempatan itu diambil oleh Azmir untuk keluar dari wad Hospital Besar. Akhirnya, Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama yang sedang berlatih drama bertajuk Sasau. Azmir mengatakan bahawa pelakon-pelakon drama Sasau itu sesat. Malah, Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem dalam kehidupan, iaitu sistem prorakyat.
            Sewaktu Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem tersebut kepada para pelakon yang berlatih itu, kepalanya berasa sakit. Setelah reda sakitnya, Azmir memberitahu pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahanya dan penyakitnya adalah betul. Azmir juga menjelaskan bahawa dia datang untuk membetulkan pelakon-pelakon itu bahawa tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah ketidakbenaran, kepalsuan, dan kepura-puraan. Azmir juga ditanya tentang gila. Sebaliknya, Azmir menjelaskan bahawa bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Kemudian, Azmir menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga berdarah. Azmir menjelaskan bahawa tindakannya menghantukkan kepala itu adalah bukan kerana gila tetapi akibat menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung dan tidak terucap dengan kata-kata.
Kemudian,doktor datang dan menjelaskan kedudukan sebenar Azmir. Doktor membawa Azmir pulang ke wad sakit jiwa semula. Setelah itu, keadaan Azmir begitu sejak tingkatan enam dan semakin teruk ketika di universiti. Arif menasihati  ibu bapa Azmir agar bersama-sama membantu Azmir. Arif memberitahu ibu bapa Azmir bahawa Azmir memerlukan kasih sayang, semangat dan perangsang, bukannya cemuhan dan penghinaan. Pelakon II memberitahu ibu bapa Azmir bahawa dia melihat Azmir sedang menghadapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Arif menasihati ibu bapa Azmir agar segera mengunjungi Azmir sebelum terlambat.
            Di wad pesakit jiwa, Azmir berkhayal dan mengimbas kembali tentang kisah cintanya dengan Ani dan kisah hidupnya. Ketika dia sedang berkhayal,dia menjadi lemah dan rebah ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Kematiannya dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak. Berita itu membuatkan Ani berasa bersalah dan berasa dirinya bersikap kejam terhadap Azmir.
  
PERWATAKAN
AZMIR
1.         Azmir merupakan watak utama drama.
2.         Dia seorang anak muda .
3.         Azmir menghidap penyakit barah otak.
4.         Dia dikatakan telah mengalami sakit jiwa.
5.         Azmir menerima rawatan sakit jiwa di Hospital Besar.

ARIF
1.         Dia merupakan pengarah drama Sasau.
2.         Arif prihatin terhadap keadaan Azmir.
3.         Arif telah menasihati ibu Azmir berkaitan dengan kasih sayang ibu terhadap        anaknya.
4.         Dia seorang yang berjiwa besar,iaitu sanggup belajar daripada Azmir untuk          membantunnya membikin drama Sasau.

DOKTOR RAZI
1.         Beliau merawat Azmir yang dikatakan menghidap sakit jiwa.
2.         Doktor Razi tidak memahami penyakit yang dialami oleh Azmir.
3.         Doktor Razi bersikap baik terhadap Azmir kerana telah membenarkan Azmir       bersiar-siar.

IBU AZMIR
1.         Beliau telah mengesan sikap gila-gila Azmir sejak anaknya itu di tingkatan enam.
2.         Beliau tidak mampu mengurus Azmir.
3.         Ibu yang tidak menjaga anaknya kerana Azmir lebih suka tinggal di rumah neneknya.
4.         Ibu yang berasa malu dengan sikap anaknya yang gila-gila.

  
NILAI
1.         Nilai keprihatinan.
            Contohnya, Arif prihatin akan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh   Azmir.             Arif juga memahami bahawa Azmir tidak gila.
2.         Nilai kesetiaan.
            Contohnya, Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia         terbayang-bayang       Ani datang kepadanya walaupun hakikatnya, Ani telah meninggalkannya.
3.         Nilai baik hati.
            Contohnya, doktor bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dengan mencari       dan membawa Azmir ke wad pesakit jiwa semula.
4.         Nilai menghargai.
            Contohnya, Azmir menghargai petani, nelayan dan buruh yang telah menyumbang          demi kesejahteraan hidup orang lain.
5.         Nilai kasih sayang.
            Contohnya, bapa Azmir menziarahi Azmir yang dirawat di wad pesakit jiwa.

  
PENGAJARAN
1.         Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat        membantu mereka.
            Contohnya, Arif prihatin terhadap nasib Azmir dan telah menasihati ibu Azmir agar        segera melawat Azmir di wad pesakit jiwa sebelum terlambat.
2.         Kita hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan     khianat.          
            Contohnya, Azmir setia terhadap Ani yang telah meninggalkannya setelah Ani    beranggapan bahawa Azmir gila.
3.         Kita mestilah bersikap baik hati kepada orang lain.
            Contohnya, doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dengan membenarkan Azmir         bersiar-siar di kawasan hospital.
4.         Kita hendaklah menghargai jasa orang lain supaya orang tersebut tidak berasa      dipinggirkan.
            Contohnya, Azmir menghargai jasa-jasa petani, nelayan, dan buruh yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup.

5.         Kita haruslah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak.     Contohnya, bapa Azmir menziarahi Azmir walaupun anaknya itu dikatakan gila.

23 ulasan:

  1. Assalamualaikum Cikgu...terima kasih untuk maklumat ini..sya seorang pelajar KV Lahad Datu....

    BalasPadam
  2. cikgu.. tentang latar tiadakah cikgu

    BalasPadam
  3. Tiada...ini hasil kerja pelajar saya

    BalasPadam
  4. cikgu.. tema drama ni apa ckgu? dan contoh untuk menyokong tema

    BalasPadam
    Balasan
    1. tema drama bukan gila ialah ketabahan seorang anak muda melawan penyakit yang dihadapinya .

      Padam
  5. Terima kasih kepada yang membantu...

    BalasPadam
  6. Terima kasih kepada yang membantu...

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Terima kasih cikgu..doakan kami cemerlang spm yaa

    BalasPadam
  11. Ya Allah terima kasih cikgu walaupon saya dah berlakon dlm citer ni di peringkat daerah tetapi saya masih tak tau lagi nilai yg paling tempat utk diceritakan TERIMA KASIH CIKGU
    - murid smk serendah

    BalasPadam
  12. Esok spm 2016 - murid smk setia alam

    BalasPadam
  13. Esok spm 2016 - murid smk setia alam

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  15. Wah hasil karangan student rupanya, hebat2, tahniah dan terima kasih bebanyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  16. teks yang bagus tetapi kurang lengkap sila tambah jenis jenis latar

    BalasPadam
  17. cikgu, saya nak Tanya... pada akhir cerita azmir ni bukan gil, tapi dia ada penyakit barah otak... mengapa ibu ayah azmir menghantar azmir ke wad pesakit jiwa, bukan di hospital yang boleh merawat penyakitnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ibu azmir anggap azmir gila dan x tahu ada penyakit barah otak.Lagipun azmir hebat berkata kata

      Padam
  18. bsk spm 2017. sm k k ii.. pray 4 me :D

    BalasPadam