Tema:
Ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.
• Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan
hidupnya. Apabila emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan
ke hospital, Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia
seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya.
Kehidupan
• Dahlia semakin tertekan apabila abahnya dipatuk ular. Dahlia terpaksa mengambil
alih semua tugas menguruskan adik-adik dan keperluan rumah mereka.Namun,
Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan tersebut.
• Dahlia juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang
lemas di sungai berhampiran rumahnya.
• Dahlia juga tabah melayan kerenah neneknya yang membenci keluarga Dahlia
kerana keluarga mereka hidup dalam kemiskinan berbanding anak-anaknya yang
lain yang hidup senang.
Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
• Dahlia tetap tabah apabila mengetahui neneknya dan Pak Cik Seman ingin menjual
tanah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini.
• Dahlia juga tabah mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang kurang selesa di
pusat pemindahan banjir.
• Berkat ketabahan Dahlia,akhirnya dia telah berjaya dalam STPM dan mendapat
tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.
Persoalan
1. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Allah
- Dahlia menyerahkan jodohnya dengan Azhari kepada Allah. Dia mahu
meneruskan pelajarannya demi membaiki taraf hidup keluarganya.
2. Persoalan kasih sayang antara keluarga
- Embong amat menyayangi isterinya, saleha dan anak-anaknya. Beliau sanggup
bekerja dari pagi hingga ke malam untuk menyara keluarganya. Beliau tetap
menyayangi isterinya walaupun Saleha menghidapi tekanan mental.
- Dahlia amat menyayangi emaknya. Dahlia sanggup ponteng sekolah untuk
menziarahi emaknya yang dirawat di Hospital Permai.
- Dahlia sangat menyayangi adik-adiknya, Melati, Anggerik, Mawar dan Abu
Bakar. Dahlia sanggup keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke
sekolah kerana mahu menguruskan keperluan adik-adiknya.
- Mawar sangat menyayangi keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah untuk
menjaga adik-adiknya.
3. Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan
- Embong sedar akan kepentingan ilmu kepada anak-anaknya. Oleh sebab itu,
beliau marah apabila mendapat tahu Dahlia mahu berhenti sekolah kerana mahu
menjaga adik-adiknya.Beliau mahu Dahlia meneruskan persekolahannya,
walaupun Embong sendiri tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalahnya
setelah isterinya dirawat di hospital.
- Embong mengatakan bahawa beliau sanggup bersusah payah untuk
memastikan anak-anaknya Berjaya dalam pelajaran.
4. Persoalan keinginan untuk membaiki taraf hidup (m/s 31 – Dahlia ingin membaiki diri
sendiri dan keluarga )
- Dahlia mahu membaiki diri dan keluarganya oleh sebab itu dia tidak memberi
kata putus semasa Azhari ingin melamarnya.
5. Persoalan kemiskinan hidup di kampung
- Keluarga Dahlia hidup dalam kemiskinan sehingga dibenci oleh neneknya
sendiri.
- Anggerik menangis kerana tidak mahu minum susu yang cair akibat susu telah
habis dan keluarga Dahlia tiada wang untuk membeli susu.
- Dahlia tidak mahu rakan-rakannya datang ke rumah pada Hari Raya Aidilfitri
kerana tidak mahu mereka tahu keadaan keluarganya yang hidup dalam
kemiskinan.
Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
6. Persoalan kepercayaan karut masyarakat kampung.
- Nek Kiah percaya di rumah Dahlia ada hantu oleh sebab itu, seorang demi
seorang keluarganya ditimpa bencana. (m/s 50-53- Nek Kiah tidak mahu
dipadamkan kapur yang diletakkan dipintu rumah Dahlia kerana dikatakan boleh
menghalau hantu)
- Nek Kiah menuruh seorang anak muda membawa Said keliling rumah sebanyak
tujuh kali kerana dikatakan Said boleh hidup semula jika dibuat begitu. (m/s 56-
Nek Kiah menyuruh seorang anak muda membawa Said keliling rumah tujuh kali
kerana dikatakan nyawanya boleh kembali )
7. Persoalan kesabaran dalam mengharungi dugaan hidup
- Dahlia tetap bersabar apabila Aton menyindirnya sewaktu dihantar oleh Azhari.
- Dahlia tetap bersabar apabila Aton mengatakan emaknya gila.
- Dahlia bersabar mengharungi kehidupannya walaupun keluarga mereka hidup
dalam kemiskinan.
- Dahlia tetap bersabar menghadapi kerenah Nek Kiah yang membenci
keluarganya.
8. Persoalan semangat untuk menempa kejayaan
- Dahlia terpaksa berulang alik ke sekolah setelah emaknya dirawat di hospital
kerana dia tetap ingin belajar.
- Dahlia bersemangat mengulang kaji pelajaran di pusat pemindahan banjir demi
mencapai kejayaan dalam STPM.
9. Persoalan keberanian menyelamatkan nyawa orang lain
- Dahlia seorang yang berani kerana sanggup terjun ke dalam sungai untuk
menyelamatkan Said walaupun sungai itu arusnya deras.
10. Persoalan semangat setia kawan
- Kavita membawa Najib datang ke rumah Dahlia apabila Dahlia kerap tidak hadir
ke sekolah. Hal ini membuktikan semangat setia kawan yang tinggi.
- Kavita diminta oleh Cikgu Hisyam untuk membuat salinan nota untk diberikan
kepada Dahlia. Kavita menurut suruhan cikgunya kerana dia mempunyai
semangat setia kawan dalam membantu rakannya yang dalam kesusahan.
11. Persoalan sikap mementingkan diri sendiri
- Nek Kiah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana tidak mahu membantu
anak dan cucunya sendiri yang hidup dalam kemiskinan.
- Seman, anak Nek Kiah juga seorang yang mementingkan diri sendiri kerana
berpakat denganNek Kiah untuk menjual tanah yang menjadi tempat tinggal
keluarga Dahlia.
12. Persoalan suka berprasangka buruk terhadap orang lain
- Aton suka buruk sangka terhadap Dahlia apabila Azhari dan Najib berkunjung ke
rumahnya.
- Aton juga mengatakan emak Dahlia “orang gila”
- Aton juga telah menuduh Dahlia yang menjadi penyebab kematian anaknya,
Said.
Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
13. Persoalan sikap keprihatinan terhadap orang lain
- Tauke Lim amat prihatin terhadap keluarga Embong. Beliau selalu membantu
Dahlia dan keluarganya dengan memberi hutang apabila keluarga Dahlia
membeli barang di kedainya.
- Haji Sulaiman juga amat prihatin kepada keluarga Embong. Beliau juga
membantu membawa Saleha untuk dirawat di hospital. Beliau juga selalu
meminjamkan wang kepada Embong.
- Cikgu Hisyam juga seorang yang prihatin terhadap masalah Dahlia. Beiau
menyuruh Kavita membuat salinan nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah.
Watak Utama
1. Dahlia
• Anak sulung (m/s 8)- harapan keluarga mempunyai lima orang adik
• Seorang yang bakal menduduki STPM (m/s 5)
• Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim (Ting. 6)
(m/s 42) dan Sekolah Menengah Tun Ismail (Ting.1 – Ting.5)
• Tertekan dengan masalah yang menimpa keluarganya
• Seorang yang bijak-Cikgu hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM.
Dahlia merupakan pelajar harapan sekolah. Dahlia mendapat tawaran untuk
melanjutkan pelajaran di Jepun.
• Hidup dalam suasana kemiskinan –berhutang dengan Tauke Lim (m/s 14)
• Ibunya menghidap penyakit kemurungan
• Bapanya dipatuk ular
• Seorang yang tidak sombong –melayan Aton yang menyindirnya ketika
dihantar pulang oleh Azhari (m/s 10)
• Seorang yang taat akan perintah Allah- berdoa selepas sembahyang Isyak
(m/s 19)
• Seorang yang penyayang – sanggup keluar dari asrama untuk menguruskan
adik-adiknya.
• Seorang yang menghormati tetamu –memberi layanan yang baik kepada
tetamu menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya
(m/s 21)/ menghidangkan air bujang ketika Kavita dan Najib berkunjung ke
rumahnya (m/s 78)
• Seorang yang menjaga tatasusila budaya – akur kepada budaya Melayu
yang melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua (m/s 27)
• Seorang yang berani- Dahlia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan
Said (m/s 53)
• Seorang yang berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan (m/s 57)
• Seorang yang bertanggungjawab- Dahlia bertanggungjawab menjaga makan
minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital (m/s 73)
Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
Watak Sampingan
1. Saleha
• Ibu Dahlia
• Berumur 39 tahun (m/s 16)
• Mempunyai enam orang anak (Dahlia,Melati,Kiambang, Mawar,Anggerik dan
Abu Bakar)
• Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang
• Bekerja sebagai penoreh getah
• Seorang yang penyayang- semasa sihat ,beliau yang menjaga semua
keperluan anak-anaknya.
2. Embong
• Bapa Dahlia . Berasal dari Melaka.
• Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Beliau tidak mahu anakanaknya
berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab
menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.
• Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya
• Seorang yang percaya akan kehendak takdir –Isterinya menjadi kurang
siuman (m/s 22)
• Seorang yang penyabar (m/s 24)- Sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri
kerana hidup miskin.
• Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya – menyuruh Dahlia
pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia (m/s 32)
• Seorang yang berani- Embong berani membunuh ular sawa yang membelit
badannya.
3. Azhari
• Berkumis nipis
• Bermuka bulat (m/s 7)
• Tinggi
• Kacak
• Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.
• Berpendidikan tinggi- baru mendapat segulung ijazah
• Suka akan Dahlia
• Seorang yang suka memberi nasihat- menyuruh Dahlia belajar bersungguhsungguh(m/s
6)
• Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai memujuk Dahlia agar menerima
lamarannya.
4. Siti Wangi
• Sahabat Dahlia
• Bermuka bulat
• Sentiasa ceria
Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
5. Tauke Lim
• Berbangsa Cina
• Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia- sanggup membantu keluarga
Dahlia dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada
Embong untuk dibayar kepada Nek Kiah yang berhasrat menjual tanah
tempat mereka tinggal.
• Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia berhutang
• Seorang yang prihatin akan masalah orang lain- Sangat prihatin atas nasib
keluarga Embong
• Seorang yang pemurah- menyumbangkan barang-barang untuk sambutan
Maulidur Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia
yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun.
• Seorang yang setia kawan – menganggap dia dan Embong sudah berkawan
lama
• Seorang yang pandai bergaul- Walaupun Tauke Lim berbangsa Cina tetapi
beliau amat disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul.
6. Nek Kiah
• Ibu Saleha
• Suka membandingkan antara anaknya- Nek Kiah suka membandingkan
anak-anaknya dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Nek
Kiah lebih menyayangi cucu-cucunya yang lain.
• Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah
tidak suka akan keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan,
dia langsung tidak membantu malah menyalahkan Saleha yang berkahwin
dengan Embong yang tidak diketahui asal usulnya.
• Seorang yang pemarah
• Seorang yang suka mempercayai perkara tahyul- Nek Kiah mengatakan
rumah Dahlia ada hantu. Dia menggores kapur di setiap pintu kerana
dipercayai boleh menghalau hantu.
• Seorang yang mementingkan diri- Nek Kiah tidak mengambil tahu akan
keperitan hidup cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital.
Latar Tempat
1. Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti
Wangi. (m/s 1)
2. Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia (m/s 4)
3. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia
pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima (m/s 7)
4. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar
tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
5. Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam
mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.(m/s 91-92)
6. Kebun getah- 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah
(m/s 17)
7. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia (m/s 23). Di sini, Dahlia menjaga
adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di
hospital.
8. Hospital Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan
pada peringkat awal
9. Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.
(m/s 153)
10. Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat (m/s 46) di bilik 16. Di
sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.
11. Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia (m/s 47)- Dahlia cuba menyelamatkan
Said yang lemas di sungai ini.
12. Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia di
sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun
kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
13. Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini .(m/s58)
14. Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia. (m/s 58)- Dahlia disindir oleh
Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.
15. Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong
semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat
pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampong Dahlia.
Latar Masa
1. Petang – Azhari menghantar Dahlia balik ke kampungnya dari asrama (m/s 9)
2. Maghrib- Sehingga maghrib Saleha belum pulang ke rumah ….kentung azan pun
sudah bergema (m/s 17)
3. Pagi- Dahlia menunggu bas untuk ke sekolah
4. Malam- Haji Sulaiman datang bersama dengan tiga orang pekerja hospital
5. Empat bulan sebelum peperiksaan STPM- Cikgu Salwani tidak membenarkan
Dahlia keluar dari asrama kerana periksaan STPM hanya tinggal empat bulan
sahaja.
6. Pukul 8:30 malam- Kambing Embong hilang dicuri orang. (m/s 126)
7. Pukul 3:41 petang –Dahlia menunggu di luar wad untuk melawat abahnya. (m/s 138)
8. Tidak sampai seminggu- Embong dirawat di Hospital Batu Pahat. (m/s 177)
9. Pada waktu petang selepas solat Jumaat- Abu Bakar menemui Dahlia dan
bertanyakan sama ada abah mereka masih marah akan tindakannya menjual
kambing abahnya.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat kampung
- Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua
kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong,
Tauke Lim dan lain-lain.
- Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji
Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Mauludir Rasul.
2. Masyarakat guru
- Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia.
- Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama.
- Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana
dia sorang yang bijak .
3. Masyarakat pelajar
- Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah.
- Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim.
- Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum.
4. Masyarakat yang saling membantu
– Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat
Embong meluahkan perasaan (m/s 26)
–Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
5. Masyarakat yang bertanggungjawab
- Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang
menghadapi masalah (m/s 24 dan 27)
6. Masyarakat remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya
- Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu
membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah
untuk menukar baju sahaja.
7. Masyarakat yang insaf akan kesilapannya
- Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakanrakannya.
Dia juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik
abahnya sendiri.
- Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia
dan emaknya yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak
yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.
8. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup
- Embong tabah menghadapi keadaan hidup mereka sekeluarga yang hidup dalam
kemiskinan
- Embong juga tabah apabila beliau tidak disukai oleh ibu mentuanya, Nek Kiah.
- Embong tabah apabila isterinya mengalami masalah mental.
Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
- Embong tetap tabah apabila rumah yang diduduki oleh keluarganya dilanda
banjir.
- Dahlia tabah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar walaupun emaknya
dimasukkan ke hospital dan ayahnya dipatuk ular.
- Dahlia juga tabah apabila dihina oleh Aton yang menyalahkannya sewaktu
menyelamatkan Said yang mati lemas.
- Dahlia juga tabah berhadapan dengan Azhari yang ingin melamarnya walaupun
pada ketika itu terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuhinya.
9. Masyarakat yang penyayang
- Embong sangat menyayangi anak-anaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi
hingga malam untuk menanggung keluarganya.
- Dahlia juga amat menyayangi adik-adiknya. Dia sanggup ponteng sekolah
apabila Anggerik sakit.
- Saleha juga merupakan emak yang penyayang. Semasa beliau sihat, beliaulah
yang menjaga keperluan keenam-enam anaknya itu.
10. Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaan
- Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia mengetahui Dahlia mempunyai emaknya
yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam kemiskinan namun akhirnya
dia tetap melamar Dahlia .
- Najib juga mencintai Dahlia. Dia mengambil berat apabila Dahlia kerap ponteng
sekolah.
Binaan Plot
Plot novel ini mengikut kronologi urutan masa.
Permulaan
Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola
jaring.Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa
berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan.Azhari datang
menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti .
Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia
pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.
Perkembangan
Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah
pada waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk
emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung.Nek Kiah menyalahkan Embong
yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha
dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru
kerana keadaannya semakin serius.Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng
sekolah kerana menguruskan adik-adiknya.Abah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana
dipatuk ular.
Perumitan/Konflik
• Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang
menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan
keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak
RM15,000.Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan
wang sebanyak itu.
• Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan
Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said.
• Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke
rumah Dahlia.Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.
• Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang
merisik Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.
• Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin
terhadap orang lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang
kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga.
Klimaks/Kemuncak
Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang
mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar
membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke
rumahnya.Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah
yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia
sehingga benar-benar pulih.Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga
Dahlia.
Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk
kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir
setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman.
Peleraian/ Pengakhiran
Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir.Keluarga
Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM
tamat..Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk
mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu
mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan
Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia di
stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket
berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya
sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.
Gaya Bahasa (Lengkapkan contoh gaya bahasa di bawah ini)
1. Sinkope –Contohnya :
2. Metafora- Contohnya:
3. Simile –Contohnya :
4. Peribahasa–Contohnya :
5. Personifikasi–Contohnya :
6. Hiperbola–Contohnya :
7. Bahasa asing- –Contohnya : Bahasa Inggeris –
Bahasa Jepun-
Bahasa Indonesia-
Bahasa Arab
Nilai
1. Kasih sayang (Lengkapkan contoh bagi nilai kasih sayang)
- Kasih sayang anak terhadap ibu bapanya – Contohnya:
- Kasih sayang kakak terhadap adik-adiknya- Contohnya:
- Kasih sayang suami terhadap isterinya - Contohnya:
- Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya - Contohnya:
- Kasih sayang bapa terhadap anak-anaknya - Contohnya:
- Kasih sayang adik terhadap kakaknya- Contohnya:
- Kasih sayang cucu terhadap neneknya- Contohnya:
2. Keberanian
- Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya.
- Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.
3. Setia kawan
- Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota –
nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana
masalah keluarganya. 4. Pengorbanan
- Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat
di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adikadiknya
dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar
dari asrama sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki
STPM.
- Embong sanggup berkorban bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari
rezeki.
5. Keikhlasan
- Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang
balasan.
- Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
- Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di
Universiti Malaya.
- Beliau ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur
Rasul yang diadakan di balai raya.
- Haji Sulaiman juga ikhlas membantu keluarga Dahlia.Beliau membantu
menghantar Dahlia ke stesen bas untuk ke Univesiti Malaya.
6. Nasihat- menasihati
- Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya
mengamalkan sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang
susah.
- Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar
yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.
7. Kerjasama
- Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka
bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir.
- Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan
kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.
- Haji Sulaiman bekerjasama dengan Hospital Batu Pahat untuk merawat Saleha.
8. Perpaduan/ Bersatu padu
- Masyarakat di Kampung Parit Haji Rais bersatu padu selepas peristiwa banjir
yang melanda kampung mereka.
- Walaupun penduduk di Kampung Parit Haji Rais berlainan bangsa tetapi mereka
hidup bersatu padu. Tauke Lim sanggup menyumbangkan barang-barang
sewaktu sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga selesa tinggal di kampung itu
walaupun berbangsa Cina.
9. Kegigihan
- Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk
mencapai kejayaan dalam STPM.
- Dahlia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa
menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital. 10. Ketabahan
- Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya
sakit dan abahnya dipatuk ular.
- Dahlia juga tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat
tinggal mereka.
11. Keinsafan
- Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang suka berfoya-foya dengan rakannya.
- Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang mencuri kambing abahnya.
- Nek Kiah insaf akan kesalahannya yang membenci keluarga Dahlia. Sewaktu
Nek Kiah sakit hanya Dahlia dan keluarganya yang menjaga beliau.
Pengajaran
(Lengkapkan contoh bagi setiap pengajaran di bawah ini)
1. Kita hendaklah membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
– Contohnya:
2. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang tugasan.
– Contohnya:
3. Kita janganlah berprasangka buruk terhadap orang lain.
– Contohnya:
4. Kita mestilah insaf setelah melakukan kesalahan.
– Contohnya:
5. Kita mestilah nasihat-menasihati antara satu sama lain.
– Contohnya:
6. Kita mestilah bersatu padu demi keharmonian hidup.
– Contohnya:
7. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.
– Contohnya:
8. Kita mestilah berani berhadapan dengan sebarang masalah.
– Contohnya:
9. Kita mestilah tabah dalam menempuh dugaan hidup.
– Contohnya 10. Kita mestilah gigih belajar untuk mencapai kejayaan.
– Contohnya:
11. Kita mestilah sedia berkorban demi kebahagiaan orang lain.
If you're attempting to lose pounds then you absolutely need to get on this totally brand new personalized keto meal plan.
BalasPadamTo create this keto diet, licensed nutritionists, fitness couches, and professional cooks have joined together to produce keto meal plans that are productive, suitable, price-efficient, and delightful.
Since their launch in early 2019, 1000's of clients have already transformed their figure and health with the benefits a certified keto meal plan can offer.
Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover eight scientifically-certified ones provided by the keto meal plan.