NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
(Sumber Bahagian Pembangunan Kurikulum)
Bab Satu.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk
menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun,
Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke
kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.
Bab Dua.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas
ekspres dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu
kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil
masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan
Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan
dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya
yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang
tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang
pemuda Cina atau kacukan.
Bab Tiga.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke
Pekan Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang.
Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku
penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili
menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.
Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan
sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu
bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan
gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat
kampung.
Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu.
Sepanjang malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu
ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk,
khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung
dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga
menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur
datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan
tradisional yang belum tentu kepastiannya.
Bab 6.
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili
menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan
untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih
pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi.
Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan
tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau
nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan.
Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan
masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.
Bab 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan
Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan
ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan
minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya
yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu
gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari
ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu
terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan
atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang
memujinya bukanlah sebangsa dengannya.
Bab 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah
datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili
tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan
ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman
kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali
berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran
keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa
segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan
tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak
datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana
William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai
pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan
membina rumah sewa.
Bab 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk
menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan
pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin
membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan
penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding membina
sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga, Danel telah
menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan
tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan
untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk
sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika
digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan
tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan
terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah
demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional,
kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu
Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel,
walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya.
Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat menerima
penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh
diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk William, malah Berjaya
mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula
menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah
menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung,
yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah
atau sebaliknya.
Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke
mana, namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa
menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti.
Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam
mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh
puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi
untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur.
Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang
ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk
terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan
tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang
datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili
tidak ketahui.
Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk
kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah
menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung,
iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari
tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan
bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan
mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan
yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti
bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam
jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah
menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang.
Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta
menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah
kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili
pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke
rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki
dan seorang perempuan.
Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah
berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa
sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili
ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya
akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung
hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu
api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya
datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa
henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah
Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili
membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa
berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan
bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.
Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan
rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah
neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka
bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah
neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar
di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung
tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam,
suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal
berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang
kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam
badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek
gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah
menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan
menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke
rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi
akar-akar kayu dan daun-daun hutan.
Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan
untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja
Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada
nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa
yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada
tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di
dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung.
Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya
dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar
pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli
barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan
adengan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili
mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek
dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam
keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek,
semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini
lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.
Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang
Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang
di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya
di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman
sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini
telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut
kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi,
malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh
menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula
boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung,
Imam Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya
masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang
Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran ranting di jendela
mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk
membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki
bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel
memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.
Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera
untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini
boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek
Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke
rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya
menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk
membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke
rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa,
sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili
dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan
seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang
memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan
masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam
yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah
berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.
Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel
telah datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang
tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu
kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq
satu sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan
bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti
mencuri, hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan
kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung
menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili dengan
tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang
kejadian yang menimpa Lili.
Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana
berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel,
Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung
pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian
mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang
menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperolehi dari
neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu,
Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang
lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia
biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan
menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha,
tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.
Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah
ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk
dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui
keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan
Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan
disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk
dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq
semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi
telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi
nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak
dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan
oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che
Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya
khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak
menolak pelawaan itu.
Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga
orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka
bermuka-muka. Kekadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili
menghampiri datuk yang masuh belum selesai dengan isu kubah surau dan
herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa
yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi
juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman
ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya
akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya
terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak
dalam membina keluarga bahagia.
Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori
membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam,
barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam
masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam
kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid
didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan
Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid,
yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.
Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama
ada melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar
dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut
nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel
datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan
menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga
minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di
mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api
tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain
termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan
tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan
sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh
ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk
perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah,
bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26.
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan
iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan
jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk
menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih member
tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu,
seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga
mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung
terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu
memperjuangkannya.
Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang
Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa
nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga
menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke
rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja
sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang.
Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang
pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya
berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah
menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang
berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang
berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi
dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya,
Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan
sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang
berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan
sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang
tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia
tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah
datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah
bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga
Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga,
penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil
kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk
memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah
keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta
Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan
membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi.
Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang
dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang
untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk
mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan
anak pak busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha
untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan
ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah
mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam
menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga
berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok
vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi
datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu
keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk
untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara.
Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut
lunas undang-undang.
Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini.
Beberapa orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak
Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan
keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada
kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah,
penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua
penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan
badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan
mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala
hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel,
biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin
membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan
pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat
pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah
melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah
biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke
pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis,
tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan
Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah
berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun.
Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk
mendapatkan rawatan.
Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil
pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah
mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya
anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung
menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju
perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula
menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek
rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan
projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini
semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu
tersentum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu
sehingga system tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan
membantunya sehingga pulih.
Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk
membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan
sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya.
Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk
menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman
menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang
terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman
komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya
pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari
Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari
ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan
pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan
hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke
Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap
jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.
TEMA
·
Tema novel ini ialah
Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara
bermuafakat.
·
Masalah
keganasan rumah tanggayang
berlaku kepada keluarga Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi
apabila Che Jah sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak
tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah akhirnya
Berjaya diselamatkan.
·
Masalah
masa depan perubatan tradisional.Datuk yang sememangnya menjadi sumber rujukan masyarakat
setempat dan luar tentang perubatan tradisional sudah mulai dipinggirkan.
Bertambah parah apabila isterinya sendiri mulai menyindir akan kemujaraban
herba yang diadun kerana boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.
·
Masalah
buruk sangka atas orang lain.Masyarakat di Pekan Sentosa buruk sangka terhadap anak-anak Che
Jah yang selama ini terkenal kenakalannya. Mereka menyangkakan bahawa Haziq dan
Rafiq yang melarikan kubah surau. Masalah terlerai apabila Che Jah menyatakan
bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau tersebut.
·
Keprihatinan
masyarakat terhadap masalah yang dihadapi. Lili begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che
Jah. Penduduk kampong yang selama ini menganggap keluarga Seman sebagai contoh
institusi kekeluargaan yang buruk, namun dengan bantuan kefahaman Geetha yang
bukan berbangsa Melayu menjadikan Lili tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan
bukannya cemuhan.
PERSOALAN
·
Persoalan
tentang keganasan rumah tangga. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan
minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya
Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya
apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana
sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
·
Persoalan
tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan
membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat
tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah
hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari
akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.
·
Persoalan
tentang sikap prihatin.
Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga.
Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka
kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering
ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan
Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan
tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.
·
Persoalan
tentang masalah sosial penduduk kampung. Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman
dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk
kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual
tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui
penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga
berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang
dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti
kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.
PLOT
Permulaan
·
Lili pulang ke kampung
datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak
gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak
ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
·
Dalam perjalanan ke
Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas.
·
Rumah datuk dan nenek
Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.
Perkembangan
·
Datuk menghadapi
situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.
·
Kekalutan turut timbul
apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan
kawasan perumahan di kampung datuk.
·
Datuk didatangi oleh
orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
·
Geetha memaklumkan
kepada Lili bahawa datuknya telah Berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang
sakit dengan menggunakan herba tradisional.
·
Danel sering datang
untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai
memasak dan masakan nenek sangat sedap.
·
Danel berbual mesra
dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang
berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati.
·
Danel sering menulis
artikel tentang pisang.
Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya diselamatkan
oleh Danel.
Konflik
·
Konflik
dengan diri sendiri
o
Datuk berhasrat untuk
tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap
dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.
·
Konflik
dengan orang lain
o
Datuk berasa terkesan
apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan
tradisional berbanding perubatan moden.
o
Che Jah berasa sangat
kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul
anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan
tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.
o
Lili berkonflik
terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat
persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi
demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.
Klimaks / Puncak
·
Che Jah memaklumkan
bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung
menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar.
Peleraian
·
Che Jah dicadangkan
oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat
diberkas dan dipulihkan.
·
Suami Che Jah
ditangkap di belakang pondok dusun.
·
Haziq diberi herba
sebagai penawar oleh datuk.
·
Rafiq dihantat ke
hospital untuk mendapatkan rawatan.
·
Sugi tidak mengaku ada
kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan
tanah mereka.
·
Datuk dituduh
melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
·
Sugi memaklumkan
bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan
dan penanaman Jatropha Cuncas.
·
Ibu pulang menaiki bas
tanpa ayah.
·
Lili pulang ke Kuala
Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
·
Haziq dan Rafiz
kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Lili
·
Lepasan sekolah
menengah
·
Tidak gembira pulang
ke kampung datuk dan neneknya
·
Berpura-pura menjaga
hari ibunya
·
Rajin membaca buku
panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
·
Akur cakap orang tua
·
Suka berkawan dan
peramah
·
Menjadi teman baik
Geetha
·
Cepat bersimpati
dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,
·
Prihatin dan meminta
bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang
melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
·
Mesra dengan Danel dan
sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.
Watak Sampingan
Datuk (Haji Abdul Rahman)
·
Pakar Akar Kayu Dan
Ubat Tradisional
·
Jadi Sumber Rujukan
Masalah Kesihatan Penduduk Kampung
·
Berjaya Sembuhkan
Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan Herba Yang Dibuat Oleh Datuk
·
Ajar Lili Ilmu
Kegamaan
·
Menguji Lili Dengan
Ilmu Agama
·
Saying Akan
Pekerjaannya Mengumpulkan Akar Kayu
·
Berjaya Mengislamkan
William
·
Dahulu Orang Mendengar
Cakap Datuk Tetapi Sekarang Tidak
·
Berumur 70tahun
·
Rajin Beribadat,
Solat, Zikir Dengan Tasbih
·
Rajin Membaca Kitab
·
Berjaya Mengubati Lima
Orang Dari Kuala Lumpur Menggunakan Herba
·
Tidak Balik Malam
Kerana Mencari Herba Di Hutan\
·
Pandai Mengurut
(Menngurut Danel)
Danel
·
Anak William
·
Jelaskan Isu Pembinaan
Kubah Surau
·
Jelaskan Kebaikan
Rawatan Mden
·
Berhujah Dengan
Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil Hati
·
Percaya Perubatan
Moden
·
Akrab Dengan Datuk
·
Menulis Artikel
Tentang Buah Pisang Di Tenom Sabah
·
Sering Membantu Nenek
Memasak
·
Memasak Menggunakan
Pisang
·
Bantu Menyelamatkan
Lili Daripada Diculik.
Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
·
Kurang Yakin Dengan
Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan
·
Isteri Kepada Datuk
·
Percaya Pantang Larang
(Terbalikkan Semua Cermin Untuk Terbalikkan Mata Kilat)
·
Bakar Kulit Bawang
Putih Untuk Bau Harum Dalam Rumah
·
Suka Menyindir Datuk
Tentang Ubat Tradisional.
·
Pandai Memasak Dan
Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.
Geetha
·
Kenalan Lili Dalam Bas
Sewaktu Pulang Ke Terengganu
·
Siswa Tahun Pertama
Jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
·
Anak Letchumi Yang Ada
Kedai Runcit Dan Sembuh Selepas Makan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan.
·
Menjadi Akrab Dengan
Lili.
·
Seorang Yang Tepati
Janji.
Abang Rashid
·
Sering Membantu Datuk
Dan Nenek
·
Mengambil Lili Di
Perhentian Bas Untuk Membawa Pulang Sewaktu Lili Pulang Ke Kampung.
·
Kutip Buah Dari Kebun
Datuk
·
Belum Berkahwin
Ibu Lili
·
Suka Seni Taman Ala
Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan Tumbuhan
·
Tanam Herba Pembuka
Selera Makan
·
Tidak Kisah Ilmu Agama
Akibat Kecuaian Datuk
·
Gemar Belajar Silat.
·
Belajar Di Luar Negara
·
Menjawat Jawatan
Penting.
Rafiq Dan Haziq
·
Anak Remaja Berumur
Belasan Tahun.
·
Menduduki Pmr
·
Anak Che Jah Yang
Sering Menimbulkan Masalah
·
Memulas Tangan Lili
Dan Menculik Lili
·
Menggunakan Senjata
Tajam Dan Mengacukan Di Leher Lili
·
Berubah Sikap Menjadi
Lebih Baik.
Seman
·
Suami Che Jah
·
Kaki judi, berhutang
dan minum arak
·
Melarikan kubah surau
·
Seorang yang pemarah
dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq
sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
·
Membelasah Haziq dan
Rafiq hingga teruk
·
Ditangkap di belakang
pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan
akidah.
Latar
Latar Tempat
·
Dungun
o
Daerah Tempat Nenek
Dan Datuk Tinggal
o
Daerah asal ibu Lili
·
Pekan
Sejahtera
o
Tempat Tinggal Geetha
o
Kedai milik Letchumi
ibu Geetha terletak di sini.
·
Pekan
Sentosa
o
Tempat Tinggal Datuk
Dan Nenek Lili
·
Bendang
o
Tempat Lili Bertemu
Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung
·
Masjid
o
Tempat Datuk
Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.
o
Tempat Datuk Bersolat
Berjemaah
·
Rumah
Datuk
o
Rekabentuk Yang Unik
Dengan Corak Jendela Dan Pintu
o
Tempat Datuk Bercerita
Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.
o
Tempat Danel datang
dan membantu nenek memasak
o
Tempat Danel berurut
dengan datuk
·
Kedai
Runcit Letchumi
o
Tempat Nenek Membawa
Lili Berbelanja
o
Tempat Lili Bertemu
Geetha
o
Tempat Geetha
Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.
·
Kedai
Runcit Ah Kwan
o
Tempat Lili Diminta
Membeli Barangan Dapur
o
Terletak Berhampiran
Dengan Rumah Nenek.
·
Balai
Raya
o
Tempat penduduk
kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh
orang yang tidak dikenali.
o
Tempat Che Jah membuat
pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau
Latar Masa
·
Maghrib
o
Menjelang Waktu Isyak,
Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat
Bulan Sabit.
·
Pagi
o
Lili Meminta Izin
Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surat Atau Bertemu Che Jah.
o
Lili Ke Rumah Che Jah
Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.
Latar Masyarakat
·
Latar
Masyarakat Yang Bermasalah Istitusi Kekeluargaan
o
Suami Che Jah
Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi, Berhutang, Menipu, Minum Arak Dan
Anak-Anak Serta Isterinya Seraing Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak Che
Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah Pergaulan Dan Menyebabkan Dia
Diberhentikan Sekolah.
·
Latar
Masyarakat Yang Suka Mengambil Tahu Hal Keluarga Orang Lain.
o
Nenek Memberitahu
Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-Muka. Suka Mengumpat Walaupun Melalui
Jendela.
·
Latar
Masyarakat Yang Prihatin
o
Lili Prihatin Dengan
Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah Atas Sikap Tidak Bertanggungjawab Seman
Suami Che Jah
o
Lili Meminta Bantuan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Memaklumkan Sikap Seman.
o
Lili Berpendapat
Bahawa Danel Bertanggungjawab Membagunkan Kampung Kerana Danel Penduduk Tetap
Dan Perlu Memperjuangkannya.
o
Danel Prihatin
Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya Ke Pean Dan
Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.
·
Latar
masyarakat yang buruk sangka.
o
Penduduk kampung buruk
sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang mencadangkan penjualan
tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
o
Penduduk kampung
menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam
mereka yang memang nakal.
o
Penduduk kampung
menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan
supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan
Teknik Penulisan
Pemerian
·
Penulis menceritakan
keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
·
Penulis menceritakan
sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak
bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat
persekolahan.
·
Penulis menceritakan
sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan
sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang mereka
hadapi.
Dialog
·
Dialog antara Lili dan
datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap
ilmu-ilmu agama.
·
Dialog antara datuk
dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional. Danel berbincang
dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan
datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
·
Dialog penduduk
kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan
rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
·
Dialog antara Lili
dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan
rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk.
Monolog
·
Datuk bermonolog
tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.
·
Lili bermonolog dalam
perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan
ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.
Imbas Kembali
·
Datuk mengimbas
kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak
memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang
mengamalkan ilmu kegamaan.
Saspens
·
Pembaca saspens
tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa kubah
surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung beranggapan
yang sama.
Nilai
Nilai Jati Diri
·
Datuk tetap menganggap
perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan
bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.
Nilai Tanggungjawab
·
Penduduk kampong
bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.
Nilai Prihatin
·
Lili prihatin Atas
Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari Masalah Keluarga Yang Dihadapi
Walaupun Mereka Pernah Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan
Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.
·
Penduduk kampong
prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka seperti kecurian,
aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka
berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang
tidak sesuai dan salah.
Nilai baik hati
·
Danel sering datang ke
rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan
nenek memang sedap.
·
Datuk menggunakan
kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar
kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada
menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
Nilai kasih sayang
·
Nenek dan datuk
melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan
neneknya.
·
Sebagai ketua
keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan.
Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang
bahagia.
Pengajaran
·
Kita
hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeliling kitasupaya masalah tersebut diatasi dan keadaan
menjadi seperti sediakala.
·
Kita
hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan manusia sejagat.
·
Kita
hendaklah hidup dalam harmonisupaya semua kaum dapat menikmati hidup yang aman.
·
Kita
hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusawarahsupaya segala masalah dapat diatasi tanpa
menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.
·
Kita
hendaklah sayang akan ahli keluargasupaya melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni serta
membesar dengan penuh kasih sayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan