NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
Sinopsis
|
Novel ini mengisahkan tentang
pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan.
Amira telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat
Raya di kawasan ibunya. Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama
pelajar tahun akhir. Di hutan tersebut
Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah
menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai.
Amira juga telah berkenalan dengan Malique.
Pengembaraan
Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia lubuk emas di hutan
tersebut. Tindakan Itai telah mengundang
kemarahan penduduk orang Asli di kawasan tersebut kerana jika orang bandar
mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan diterokai.
Salah seorang pekerja baru O’Hara
hilang, Malique, Roslan dan yang lain cuba mencari pekerja tersebut tetapi
pacuan empat roda yang mereka naiki terbenam dalam lumpur dan akhirnya
kenderaan tersebut tergelincir ke dalam gaung.
Dalam masa yang sama, Tau telah
mengubah fikiran untuk menolong Prof. Zaidah mencari bukti bahawa kawasan Bukit
Mat Raya adalah kawasan petempatan awal manusia. Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan
Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof. Zaidah.
Hasilnya mereka menemui kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman
Neolitik dan tulisan purba di dinding gua.
Di dalam gua tersebut juga, Amira telah menjumpai mobile disk milik Malique.
Amira mengagak bahawa mungkin Malique berada berhampiran kawasan
tersebut.
Amira nekad mencari Malique di
kawasan Gunung Gua Gajah dan terbongkarlah segala rahsia. Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh
Tau yang menyamar sebagai lembaga berbulu.
Jennifer akhirnya berterus-terang bahawa Tau adalah adalah bapa kandung
kepada Malique (Sabi). Kemudian, Ludin
menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan bahawa Itai adalah adik
Malique.
Akhirnya Amira telah melanjutkan
pelajaran dalam bidang aeroangkasa.
Jacinta pula melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Paris. Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan manakala Malique menetap di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek
ITnya.
Tema
|
Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan
hidupnya. Hal ini digambarkan melaui watak Amira. Amira sebagai watak utama
menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah
dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu
dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis
keluarga Tau.
Persoalan
|
1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan melalui sikap
Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung
Gua Gajah.
2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa
dalam diri anak-anak. Perkara ini
dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat
menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu
kandungnya. Konflik ini telah
menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.
3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam
sekitar. Hal ini dapat dibuktikan
melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan
khazanah hutan untuk mencari emas.
4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin
Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau
kawasan tersebut akan musnah.
5. Persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang
terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru
dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan
keluarga.
6. Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang
menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang
mengalami keretakan tulang tangannya.
7. Persoalan integrasi kaum.
Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu
dan Jacinta yang berbangsa Cina.
Plot
|
Pembinaan Plot
(i)
Permulaan
·
Amira
bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak
kewujudan tamadun awal manusia.
(ii)
Perkembangan
·
Amira
dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh
Itai.
·
Malique
hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari
salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.
·
Tau
bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan
tamadun awal manusia.
·
Malique
merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.
(iii)
Klimaks
·
Kumpulan
yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai
Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di
dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan
diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam
kawasan tersebut.
(iv)
Peleraian
·
Akhirnya
rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan
Itai adalah anak-anak Tau.
·
Akhirnya
kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang
harus dilindungi.
Teknik
Penceritaan
|
1.
Pemerian
Mereka berada di
khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah
tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur.
2.
Dialog
“ tentu tiket tu
dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak
“ Apa? ” Jacinta
bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.
3.
Imbas kembali
Amira ketawa kerana
mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut
serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis
sarjananya.
4.
Kejutan
Pembaca terkejut
apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau.
5.
Suspens
·
Dia tidak
pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia
sekarang. Tetapi siapakah manusia itu.
Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha
mencari dari mana dia datang.
·
Apa
benda itu?” Jacinta turut tidak
sabar. Hatinya berdebar-debar kencang
dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka
akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu
berlaku.
·
Tiba-tiba
Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr.
Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi
lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang
berharga dalam kajian mereka.
·
Ingatannya
kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah kenapa
emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut O’Hara ke dalam hutan itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri antara
emaknya dan O’Hara? Emaknya yang
berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan O’Hara yang
berkulit putih.
Watak
dan Perwatakan
|
Watak
Utama
Amira
·
Pelajar
sekolah swasta.
·
Anak
Profesor Zaidah.
·
Ayahnya
bekerja sebagai jurutera IT.
·
Seorang
yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua
Gajah walaupun berbahaya.
·
Seorang
yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri
kerana sesat di hutan.
·
Seorang
yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama
pelajar-pelajar ibunya.
·
Seorang
yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan
yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
WATAK
SAMPINGAN
1.
Jacinta
·
Berkulit
cerah.
·
Berbangsa
Cina.
·
Rakan
sebilik Amira di sekolah swasta.
·
Anak
seorang jutawan.
·
Telah
kematian ibunya empat tahun lalu.
·
Seorang
yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang
berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.
·
Seorang
yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya
diungkit.
·
Seorang
sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira
dalam apa-apa jua keadaan.
2.
Itai
·
Berkulit
gelap.
·
Berbadan
tegap.
·
Anak
orang asli yang bersekolah di bandar.
·
Anak
kepada Tau.
·
Bakal
ketua kampung.
·
Seorang
yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya
Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya
menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.
·
Seorang
yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza
seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk
dijadikan loket.
·
Seorang
yang berani. Contohnya, Itai berani
untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat
orang asli.
·
Seorang
yang mempunyai keistimewaan deria keenam.
Contohnya Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat
mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu
bau yang dibawa oleh angin.
3.
Profesor Zaidah
·
Wanita
pertengahan usia
·
Ibu
kepada Amira
·
Pensyarah
universiti
·
Meminati
bidang arkeologi
·
Seorang
yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira
ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari
Amira yang dihanyutkan oleh arus.
·
Seorang
yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas
dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan.
·
Seorang
yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan
pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga
terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.
4.
Tau
·
Seorang
yang tinggi lampai.
·
Berbadan
tegap.
·
Bapa
kepada Malique dan Itai.
·
Bekas
suami kepada Ipah (Jennifer).
·
Adik
kepada Ludin.
·
Seorang
yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke
kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka.
·
Seorang
yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin untuk
berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung.
·
Seorang
yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau sanggup berada di Desa Karpus
untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa pengetahuan mereka.
5.
Malique (Sabi)
·
Berkulit
gelap.
·
Berambut
kasar.
·
Anak
Tau dengan Ipah.
·
Abang
kepada Itai.
·
Seorang
yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, O’hara menyuruh Malique menyiapkan
laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.
·
Seorang
yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri
dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas
O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
·
Seorang
yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap
Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.
Gaya
Bahasa
|
1.
Simile
Contoh:
·
Nafasnya
naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.
2.
Personifikasi
Contoh:
·
Ketika
itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada
·
haiwan
itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.
3.
Hiperbola
Contoh:
·
“Aku
minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku
masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”
4.
Sinkope
Contoh:
·
“Oi...
kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk menarik
perhatian Jacinta
5.
Inversi
Contoh:
·
Kita
hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua
boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.
6.
Kata Ganda
Contoh:
·
Jidin
menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru
Samantha.
7.
Peribahasa
Contoh:
·
Akhirnya
ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.
Nilai
|
1.
Nilai bekerjasama
Contoh:
·
Pelajar
tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang
dijalankan berjaya.
2.
Nilai kasih sayang
Contoh:
·
Kasih-sayang
antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu,
Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta
tidak menyedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh
arus.
3.
Nilai keberanian
Contoh:
·
Itai
berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua
masyarakat orang asli.
4.
Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh:
·
Malique
sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk
menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
5.
Nilai semangat bermasyarakat
Contoh:
·
Dipaparkan
melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
6.
Nilai kesopanan
Contoh:
·
Semasa
melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati
Prof. Zaidah.
7.
Nilai ketaatan
Contoh:
·
Itai
taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke
kawasan lubuk emas.
8.
Nilai amanah
Contoh:
·
Ludin
sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-tahun
lamanya.
9.
Nilai keikhlasan
Contoh:
·
Amira
ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat
Raya.
10.
Nilai tolong-menolong
Contoh:
·
Ludin
menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang
berlaku bersama Pak Lias.
Pengajaran
|
1. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih-sayang
yang secukupnya kepada anak-anak.
Contohnya, kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk
Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang
mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.
2. Kita seharusnya
memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan
semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan
hutan tersebut.
3. Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan
sesuatu matlamat. Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan
bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.
4. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita
seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang
kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu
dan Jacinta yang berbangsa Cina.
5. Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya
semasa dalam kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah
yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.
Latihan
|
1. Jelaskan tiga
persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel Kembara Amira.
2. Jelaskan tiga perwatakan Prof. Zaidah.
Jawapan
|
1. Persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel Kembara
Amira ialah persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan melalui sikap
Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung
Gua Gajah. Persoalan kedua ialah persoalan perkahwinan kedua menimbulkan
konflik jiwa dalam diri anak-anak.
Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta
kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya
setelah kematian ibu kandungnya. Konflik
ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan
keluarganya. Persoalan ketiga pula ialah persoalan kegiatan manusia yang
merosakkan alam sekitar. Hal ini
dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan
penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.
2. Prof. Zaidah ialah watak sampingan novel Kembara Amira.
Perwatakan beliau ialah beliau seorang yang penyayang contohnya, sebagai
ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana
Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh
arus. Beliau juga seorang yang tegas.
Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi
arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan. Selai itu beliau juga seorang
yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani
dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga
terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan