MAKSUD RANGKAP DEMI RANGKAP
Rangkap 1
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Malaysia ialah tanah air sebagai pusaka peninggalan generasi pejuang kemerdekaan negara lebih 50 tahun yang lalu. Kaum-kaum utama ketika itu (Melayu, Cina, India), kemudian disertai oleh pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak telah bermuafakat dan bersetuju (menerusi kontrak sosial dan perlembagaan) tentang kemerdekaan negara. Maka, generasi yang kemudian hendaklah akur tentangnya.
Rangkap 2
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
Generasi sekarang sedang mengecapi dan menikmati hasil pengorbanan serta perjuangan nenek moyang mereka. Keamanan dan kemakmuran negara yang bergantung kepada perpaduan rakyat jelata hendaklah dijaga dengan teguh lagi ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kedaulatan negara mesti dilindungi daripada sebarang ancaman musuh bagi menjamin kelangsungan dan kesinambungan perpaduan yang telah terbina sekian lama.
Rangkap 3
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Generasi muda berjiwa merdeka hendaklah sanggup melawan ancaman tuduhan melulu yang berniat jahat jika mahu menjaga martabat bumi bertuah yang sangat dicintai ini. Seruan yang berbaur kebencian, permusuhan dan hasutan bagi menimbulkan kegelisahan atau ketakutan dalam kalangan masyarakat, melemahkan dan membakar perasaan hendaklah ditolak tanpa tolak ansur. Semua pihak hendaklah tidak cuba membakar perasaan yang berpotensi menggugat kerukunan masyarakat.
Rangkap 4
Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Penyajak menyeru agar generasi yang mencintai negara memperteguh jalinan perpaduan. Perbalahan sesama sendiri (walaupun memang wujud perbezaan latar belakang dan pendapat) hendaklah dijauhi.
Rangkap 5
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
Generasi sekarang sebagai penerima pusaka kemerdekaan negara menggalas kepercayaan supaya usaha membawa negara mendaki puncak jaya sentiasa kesampaian. Proses itu hendaklah sentiasa dipastikan berlaku bagi menjaga nama baik dan sebagai lambang sebuah negara yang dibanggakan. Tugas memajukan tanah air sebagai negara bangsa yang sentosa lagi disegani hendaklah dipikul dan dilaksanakan seumur hidup.
PERBINCANGAN
Tema
…
Nilai
…
…
…
Persoalan
…
…
…
Pengajaran
…
…
…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan