Rabu, 13 Januari 2016

SAJAK – SEJADAH RINDU (Mohd. Haikal Aminuddin)

SAJAK – SEJADAH RINDU (Mohd. Haikal Aminuddin)

A MAKSUD

RANGKAP 1
Penulis menangis sewaktu sujud di atas kain sejadah sambil membaca ayat-ayat suci dalam sembahyang yang didirikannya. Pada waktu itu, dia yang khusyuk bersembahyang dikuasai rasa insaf yang sudah lama terpendam mula terbit di dalam hati. Hal ini terjadi demikian kerana penulis teringat akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya sejak dahulu.

RANGKAP 2
Dengan penuh keinsafan di dalam hati, penulis tetap bersyukur kerana dia mendapat peluang hidup yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Penulis juga sedar bahawa hidupnya semakin terbatas dan terhad kerana usianya semakin lanjut. Oleh hal yang demikian, penulis berharap agar Tuhan mengampunkannya sebelum dia menemui ajal pada waktu yang ditetapkan oleh-Nya.

RANGKAP 3
Sewaktu bersujud di atas tikar sembahyang, penulis mengalirkan air mata keinsafan dan ikhlas memohon keampunan daripada-Nya. Dalam kesepian dan kesunyian diri pada usia tua itu, penulis juga meluahkan rasa insaf dan taubatnya kepada Tuhan melalui doa yang dipanjatkannya dalam sembahyang yang didirikan. Pada masa yang sama, penulis berasa sebak atas segala-galanya yang terjadi kerana banyak dosa yang telah dilakukannya sebelum ini.

RANGKAP 4
Penulis berasa bahawa perasaannya sedih sekali dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang makin galak menguasai sanubarinya. Oleh sebab itu, dia terus memanjatkan doa di atas tikar sembahyang yang sudah lama digunakannya. Penulis meminta maaf dengan bersungguh-sungguh daripada Tuhan yang Maha Berkuasa agar mendapat keampunan demi meneruskan sisa-sisa hidupnya yang tidal lama lagi akan menemui Pencipta.

RANGKAP 5
Penulis berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa agar dia menjadi manusia yang taat akan didikan agama. Selain itu, penulis juga berjanji akan mengikut segala perintah Tuhan yang Maha Berkuasa. Hal ini penting agar dia tidak akan lupa untuk mengingatkan diri bahawa kita hidup untuk sementara waktu sahaja.

B TEMA DAN PERSOALAN
Tema sajak ini ialah ketuhanan dan ketaatan seseorang kepada agama. Hal ini dapat dibuktikan oleh penyajak yang berasa insaf ketika mendekatkan diri kepada Tuhan. Apabila mengabdikan diri kepada Tuhan, dia berharap agar dosa-dosanya dapat diampunkan sebelum dia meninggal dunia.

Persoalan
(a) Keinsafan seseorang yang banyak berdosa.
(b) Kepentingan mendirikan sembahyang.
(c) Kepentingan didikan agama
(d) Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan.
(e) Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa.

C GAYA BAHASA
(a) Metafora
Buktinya, di sejadah rindu
(b) Bahasa asing, bahasa Arab
Buktinya, mengungkap kalimah syahdu
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
aku sujud menghadap Ilahi
lafaz taubat mengiringi
(c) Pengulangan kata
Buktinya, di sejadah rindu
di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh
(d) Sinkope
Buktinya, mengenang dosaku yang terdahulu
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang Kautetapkan
kemaafan yang kupohon
(e) Responsi
Buktinya, izinkan aku menjadi manusia
agar aku tidak lupa

D NILAI MURNI
(a) Keinsafan
(b) Kepercayaan kepada Tuhan
(c) Rasional
(d) Kesyukuran
(e) Ketaatan
(f) Hemah tinggi
(g) Keikhlasan
(h) Kejujuran
(i) Keberanian

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.
(b) Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa.
(c) Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin tua.
(d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan kepada kita.
(e) Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan.
(f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup.
(g) Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih tenang.
(h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.
(i) Kita mestilah berani menghadapi segala cabaran dalam kehidupan demi ketenangan hidup pada usia tua

22 ulasan:

  1. mohon izin print nota in terima kasih

    BalasPadam
  2. terima kasih amat membantu sangat

    BalasPadam
  3. terima kasih amat membantu sangat

    BalasPadam
  4. terima kasih atas nota yang disediakan..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, cikgu ..terima kasih atas nota yang disediakan..saya minta izin untuk print nota cikgu untuk ulangkaji .. doakan saya cikgu...semoga cikgu terus sukses dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum, cikgu ..terima kasih atas nota yang disediakan..saya minta izin untuk print nota cikgu untuk ulangkaji .. doakan saya cikgu...semoga cikgu terus sukses dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. :)

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. terima kasih cikgu untuk menyediakan nota ini

    BalasPadam
  9. saya minta izin untuk salin semula untuk ulangkaji saya

    BalasPadam
  10. UNTUK PENGETAHUAN CIKGU RAHIM TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA 15/07/2017.SAMA2 KITA SEDEKAHAKAN BACAAN AL- FATIHAH KEPADA ARWAH.

    BalasPadam
  11. izinkan saya untuk meniru yah tuan.

    BalasPadam
  12. izinkan saya menyalin semua untuk pembentangan.

    BalasPadam